Tuesday, October 22, 2013

KENAPA KUCING ANDA PERLU VAKSINASI?

VAKSIN

Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-
penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan 
kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada
 mikroorganisma yang berbahaya...!

Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda
 untuk merawat / membawa mereka ke Vet yang bertauliah.

P.s : Jgn pergi ke Vet yang tak bertauliah ye.. silap2, awak balik bawa carrier kosong je nanti...

Dalam banyak-banyak penyakit, semestinya jangkitan VIRUS / VIRAL infection pada kucing adalah yang 
paling menakutkan! Hanya boleh terbayang kucing anda akan semakin lemah, hilang selera makan, muntah 
hijau dan akhirnya mati...
Sedihkan? Jadi untuk menghalang jangkitan VIRUS MAUT ni, pemberian vaksin mengikut jadual adalah
 sangat penting.

Ada yang tanya, PENTING KE VAKSIN TU? UNTUK APA? KALAU TAK INJEK TAK PE KE?


APAKAH KEBAIKAN PEMBERIAN VAKSIN? 
APAKAH PENYAKIT YANG DAPAT DIHINDARKAN DENGAN PEMBERIAN VAKSIN?

Joooom kita baca tentang penyakit2 yang boleh dielakkan :

1)   FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) 
Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya
 anak kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg 
sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke 
bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.

2)  FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR)
Penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis
 (radang pada mata)

3)  FELINE CALICIVIRUS
Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus
 lain (seperti FVR) dan bakteria.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, 
batuk, konjunktivitis (radang pada mata).

4)  CHLAMYDIA PSITTACI 
Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan
 virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam
 dan radang mata)
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Radang mata, mata dan hidung berair.

5)  FELINE LEUKIMIA (FeLV)
Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.
Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema 
serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing 
mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.


Berikan vaksinasi pertama pada kucing anda seawal usia 2 bulan :)


Jadi, untuk mengelakkan jangkitan virus-virus di atas, anda dinasihatkan untuk memberikan vaksinasi
 mengikut jadual kepada kucing-kucing kesayangan anda..
Jangan pandai-pandai nak jadi doktor pula ye dengan melantik diri sendiri untuk menjadi doktor kepada
 kucing anda. Bawalah mereka ke Vet berdekatan..lebih selamat dan terjamin!


JADUAL PEMBERIAN VAKSIN:

***VAKSINASI PERMULAAN :
--> DOS PERTAMA :  Ketika anak kucing berusia 6 Minggu
--> DOS KEDUA :  Ketika usia 9 Minggu
--> DOS KETIGA : Ketila usia 12 Minggu

***VAKSINASI ULANGAN / BOOSTER :
--> SETIAP TAHUN! (YEARLY)

KOS VAKSINASI KUCING:

***VET KERAJAAN : RM 20.00 - RM 35.00 (SEEKOR)
***VET SWASTA : RM 35.00 - RM 45.00 (SEEKOR)

**Program Vaksinasi bergantung kepada cadangan doktor perubatan Veterinar anda.
**Sumber : Rhonema Pure Vax Malaysia, Dr. Toh, DVM


Jadi, sudahkan anda melakukan tanggungjawab anda terhadap kucing anda?

No comments:

Post a Comment