Friday, March 28, 2014

Hai la CNN cerita pesawat MAS terhempas tahun 1977 disebut balik kenapa??Motif??

Masuk hari ke-21 misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, ahli keluarga penumpang sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas menunggu selama 37 tahun dan masih belum mendapatkan jawapan sebenar, lapor CNN.

Pada 1977, pesawat MH653 ditawan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Boeing 737-200 itu terhempas ke kawasan paya bakau, menyebabkan kesemua 100 orang penumpang dan anak kapal terbunuh. 

Ia merupakan kejadian paling dahsyat dalam sejarah Malaysia Airlines sebelumMH370.

“Tiga puluh tujuh tahun dan kami masih belum tahu perkara sebenar yang berlaku,” kata Ruth Parr yang berumur 19 tahun ketika ayahnya, Thomas meninggal dunia dalam kemalangan itu kepada CNN.

Orang atau kumpulan yang menawan MH653 masih belum dikenalpasti walaupun rakaman suara merakamkan segala-galanya daripada kokpit, termasuk bunyi tembakan yang membunuh kedua-dua juruterbang.

Laporan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengatakan pesawat itu ditawan ketika ianya menghampiri Kuala Lumpur.

Terdapat kekeliruan sama ada pesawat tersebut akan mendarat di situ atau terbang menuju ke Singapura.

Anak kapal ditembak dan pesawat akhirnya terhempas ke dalam tanah paya pada kedudukan 450 knot.

Laporan itu yang dipetik CNN, membuat kesimpulan kemalangan itu disebabkan oleh anak-anak kapal cedera parah dan tidak berupaya, lalu menyebabkan pesawat tidak terkawal.

Bagaimanapun, sesetengah saksi yang melihat kejadian itu mengatakan pesawat terbakar sebelum mencecah tanah, manakala ada yang berkata mendengar letupan sebelum kemalangan itu, walaupun tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan ini.

Bagi anggota keluarga penumpang yang dihubungi CNN, kehilangan MH370 menggembalikan memori silam yang cuba mereka lupakan.

“Memori ini akan tetap bersama sepanjang masa,” kata Tom Sherrington, yang mana bapanya Richard berada dalam MH653, kepada CNN.

Beliau percaya bercakap secara terbuka tentang kenangan bapanya, yang beliau sifatkan sebagai "lelaki yang kelakar" dan "pengembara", membantu keluarganya untuk berdepan dengan kesedihan.

Keluarganya juga melawat memorial yang dibina berhampiran lokasi kemalangan di bandar pantai Tanjung Kupang, Johor, dan menurut Sherrington ini membolehkan keluarganya melawat tempat tersebut bagi menampung kesedihan mereka.

Sherrington memberitahu CNN keluarga penumpang MH370 perlu memberi tumpuan memperingati orang yang tersayang dan tidak menyalahkan orang lain untuk di atas apa yang berlaku.

Kedua-dua Parr dan Sherrington memberi amaran bahawa setiap orang melupakan kesedihan masing-masing dengan pelbagai cara dan tiada jalan pintas untuknya.

“Ia akan menjadi lebih mudah lama kelamaan akan tetapi anda tidak akan melupakan tarikh itu,” kata Parr kepada CNN.

Keluarga penumpang MH370 yang kesedihan mendesak Putrajaya membuktikan Boeing 777-200ER memang berakhir di Lautan Hindi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin.

Ch'ng Khai Cheak, yang kakaknya Ch'ng Mei Ling dalam penerbangan tersebut, berkata pengumuman hanya perlu dibuat apabila sudah terdapat bukti fizikal pesawat tersebut terhempas di lautan. – 28 Mac, 2014.


Sumber dari: themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment