Mata antara deria penting yang perlu dijaga dengan rapi bagi mengelakkan sebarang masalah atau jangkitan hingga menyebabkan kita tidak dapat melihat dengan selesa.
Antara masalah yang biasa berlaku pada mata adalah ketumbit. Apabila mengalami masalah berkenaan, bahagian ketulan yang bernanah itu akan berasa sakit terutama ketika menunduk.
Selain sakit, kehadiran ketulan kecil yang membonjol pada kelopak mata membuatkan kita tidak mahu tampil di khalayak ramai kerana berasa malu atau kurang yakin.
Bukan itu saja, masalah sama akan berulang dalam tempoh terdekat hingga menyebabkan mata tidak selesa kerana berasa seolah-olah terdapat pasir di permukaan biji mata.
Terdapat juga mitos yang dikaitkan dengan masalah ketumbit seperti tabiat suka mengintai sedangkan hakikatnya ketumbit sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.
Pakar Perunding Oftalmologi dan Pembedahan Refraktif Pusat Perubatan Prince Court, Dr Tan Niap Ming berkata, kelopak mata mempunyai kelenjar yang menghasilkan minyak.
“Ia membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata.
“Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil daripada jangkitan kuman staphylococcus ke atas folikel bulu mata.
“Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan bengkak kelenjar tarsal kelopak mata (hordeolum dalaman),” katanya.
Tambahnya, ramai yang salah anggap masalah ketumbit sebagai penyakit mata, namun sebenarnya ia bukan begitu. Ketumbit adalah penyakit kelopak mata seperti juga penyakit kulit.
Pada garisan mata terdapat kelenjar yang menghasilkan air bersih untuk memberi lembapan pada mata. Satu lapisan kelenjar air mata berkenaan mempunyai tiga komponen penting iaitu minyak, air dan mucin.
Kulit manusia mempunyai kelenjar berdekatan kelopak mata yang menentukan bulu mata sentiasa kalis air. Untuk memastikan bulu mata kalis air, kelenjar pada bulu mata akan mengeluarkan minyak.
Kadangkala sekitar tempat yang biasanya mengeluarkan minyak itu tersumbat mengakibatkan ia membengkak. Terdapat dua jenis ketumbit sama ada jenis stye atau chalazion.
Jika terasa seperti ketulan atau benjolan, itu chalazion, tetapi jika tiada rasa ketulan dan hanya sakit di kelopak mata, ia adalah stye.
Biasanya, nanah akan menonjol keluar di sekitar bulu mata yang menunjukkan rupa bentuk stye manakala chalazion pula kelihatan seperti ketulan di kelopak dan bengkak pada bahagian dalam mata.
Punca chalazion biasanya disebabkan kelenjar yang tersumbat manakala stye pula, kadangkala bulu mata dan juga bulu roma di kelopak mata mempunyai folikel yang dijangkiti kuman sehingga menyebabkannya bengkak.
Stye hanya berlaku pada kelopak mata (kulit) yang disebabkan kelenjar minyak seperti kulit biasa yang mempunyai kelenjar peluh serta liang roma.

Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Namun, sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.
“Jarang ketumbit menyebabkan gangguan teruk pada mata kerana kebanyakannya kecil. Ia boleh dirawat di rumah dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari.
“Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya. Namun, sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk salap mata mungkin diperlukan.
“Untuk beberapa kes teruk, pembedahan kecil akan dilakukan bagi mengeluarkan nanah yang terkumpul di kelopak mata,” katanya.
Stye dan chalazion tidak berbahaya, cuma jika stye dialami anak berusia satu hingga dua tahun dengan keadaan sistem ketahanan tubuhnya tidak kuat, kadangkala ia boleh merebak ke seluruh kelopak mata.
Untuk merawatnya cuma letakkan antibiotik, tetapi sebaik ada jangkitan, anak perlu terus dibawa berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan.
Jika chalazion menjadi besar dan terkena atas kornea (di tengah-tengah), ia akan menekan kornea menyebabkan pandangan menjadi sedikit kabur, tetapi hanya sementara.
Selain kelenjar tersumbat dan jangkitan kuman, masalah blepharitis atau gejala kelemumur pada bulu mata juga boleh menyebabkan ketumbit.

Masalah ini biasanya dialami warga tua dan perlu dirawat dengan menyapu pangkal bulu mata dengan ubat atau minyak bayi untuk merawat akarnya kerana akar ketumbit boleh merebak.
Sumber:hmetro.com.my[270114]
No comments:
Post a Comment