Tips untuk membaiki tandas tersumbat..
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan kolam sebab lambat benar alirannya keluar. Kalau panggil tukang paip memang paling murah pun akan dikenakan bayaran RM50. (Berdasarkan pengalaman sendiri). Rasanya kat rumah aku sebelum ini, memang sudah beberapa kali jugalah aku terpaksa panggil tukang paip untuk masalah tandas tersumbat ini. (Selepas usaha memperbaiki sendiri gagal). Tapi sejak mengetahui tips ini, tandas tersumbat bukan lagi masalah buat kami.
Emak memang tidak bersekolah tinggi. Tapi pengamatannya cukup tinggi. Hanya melihat bagaimana tukang paip menyelesaikan masalah, emak sudah dapat bayangan bagaimana mahu membuatnya sendiri. Bila panggil tukang paip, selalunya mereka menggunakan peralatan khas seperti mesin tekanan tinggi. Ada juga yang menggunakan gumpalan kain. Jadi emak ambil idea dari gumpalan kain tu menggunakan alatan yang ada di rumah. Alhamdulillah, caranya cukup berkesan. Maka, tanpa tukang paip yang dikenakan bayaran, tandas tersumbat mampu kami tangani sendiri dengan hanya menggunakan mop yang kita gunakan untuk mengelap lantai. (Mop yang conventional tu yer. Mop yang canggih-canggih aku tak pasti berhasil atau tidak.
Caranya :
1. Masukkan separuh gumpalan kain mop itu ke dalam saliran tandas sehingga padat. Separuh bahagian lagi kita biarkan menutupi drain tandas itu. Pastikan tiada langsung lubang udara. (Cover toilet drain tu perlu dibuka dulu yer).
2. Kemudian, seperti cara mengepam, kita pam mop itu beberapa kali. Untuk pam yang mula-mula tu, memang kotoran akan naik balik keluar dan menjadikan air semakin bertakung. Makanya kita kena buat beberapa kali. Keluarkan kain mop itu, masukkan kembali dan pam lagi.
3. Ulang beberapa kali. Selalunya aku buat sehingga terasa, sedutan kuat dari bawah yang menarik air-air dan kain mop itu. (Ada masanya bila tarikan dari bawah kuat, memang akan mengeluarkan bunyi). Bila sedutan kuat, air yang bertakung akan mengalir laju dan kotoran tersumbat akan tertarik sekali. Masalah tandas tersumbat akan selesai selepas itu.
Bagi yang mempunyai masalah tandas tersumbat bolehlah mencuba cara ini bila pam hitam yang kita gunakan masih tidak berhasil. Pagi tadi aku tersenyum sendiri bila cara ini berhasil lagi. Itu yang terasa nak berkongsi di sini. Harap-harap cara ini dapat digunapakai oleh orang yang mempunyai masalah yang sama. Selamat mencuba.
Sunber dari hanisazlablogspot
No comments:
Post a Comment