Semalam kami ada siarkan berita seorang pelajar tingkatan 3 maut selepas jatuh dari siling dewan sekolahnya setinggi 40 kaki.
Sesiapa pun yang membaca berita ini akan tertanya-tanya apa punca mangsa memanjat siling dewan yang tinggi kerana ia perbuatan aneh dan berbahaya.
Bagaimana pun menerusi laman sosial, terdapat pihak mendakwa ada unsur buli dalam kejadian ini.
Mangsa didakwa kena ‘prank’ dengan kawan-kawan sorokkan bekas penselnya. Kalau nak bergurau pun agak-agakla kan..
Ini cerita yang kami dapat dan dikongsikan di laman sosial:
“sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling dewan sek… kwn dri perlis msg kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik…masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu..jatuh dri 30kaki tu…
melampau betul gurauan budak2 skrg…
budak susah…dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia…
kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat…masih dlm genggaman sbb budak ni org susah…nak exam pt3 lgi dah dekat…bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam
Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.”
Difahamkan juga, mangsa adalah anak yatim dari keluarga susah jadi bekas pensil tersebut amat bermakna buatnya terutama menjelang peperiksaan tak lama lagi.
Malah ketika mayatnya ditemui bekas pensil dikatakan masih tergenggam erat di tangan arwah.
Sejauh mana kebenaran mesej yang tersebar ini belum dapat dipastikan.
Begitu pun kalau ia benar maka ini adalah satu tragedi yang amat menghibakan -Lapormynewshub.cc
Dalam pada itu, terdapat juga salinan mesej meminta agar guru Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi tidak dipersalahkan ekoran kejadian ini.
Dewan lokasi kejadian dikatakan memang ditutup sementara waktu untuk dijadikan surau dan tiada siapa menyedari mangsa memanjat siling tersebut.
Sumber: ooomedianetwork.com
No comments:
Post a Comment