Gambar rumah dekat atas ni bukan dari kamera gua ataupun dari sesiapa.., tetapi dari kamera Google hihi.., power dak..?? ala live view dari Google Street View Malaysia
Gua rasa ada yang dah biasa dengar Google Street View yer dak..? tapi sebelum ni dekat Malaysia takda.., yang ada kita boleh view jalan dari atas je dari google map..view dari satelit sahaja yer dak...?
Baru ini google map Malaysia dah update dan lagi best kita boleh live view lagi..!!! , lagi memudahkan korang untuk tengok jalan sebenar.., gua dulu melancong ke London study jalan guna google street view la..hihi
Tak sure bila Google Street View Malaysia ni bermula..tapi yang pasti gua baru tau la hahahaah
Kalau korang ada perasan baru-baru ini ada nampak kereta google maps berlegar-legar dijalan raya yer dak..? ni la hasilnya selepas dia tawaf satu malaysia..hehe. Dapat la kita melihat gambar secara dekat kasan mana yang kita nak tuju..idok la melihat dari pandangan satelit je
Meh gua pahamkan ke korang apa yang gua maksudkan Google Street View.
Bawah ni gambar rumah mak gua dari google map, yang selepas renovate hasil design gua..wohaaaa, boleh baca detail di SINI
Tapi ni belum 100% lagi..
Bawah ni pula live view perking di opis gua.., fuh.. ada gak gambar kete gua hahaha, parking haram tu..
Lepas ni siapa yang rindukan kampung halaman, boleh la main-main dengan google street view ni ok.., menarik wooo hahaha
Ni gua ajar sikit cara dia..., mula-mula korang google la nama taman atau nama kampung korang.., lepas google korang klik tab MAPS
Dah masuk GOOGLE MAPS, korang carik belah kanan, suduh bawah sekali akan jumpa gambar orang.., tengok gambar bawah ni
Dah jumpa gambar orang tu..,korang klik orang tu..hold dan tarik mouse ke jalan yang korang nak steet view tu..., dan lepaskan orang tu ke jalan yang korang nak live view....
Setakat ini gua rasa street view boleh dilihat dari jalan utama sahaja.., kalau jalan-jalan kampung tak sure lagi.., korang boleh la cuba dan share lokasi live view kampung korang dari Google Street View..
***************************************
Lepas ni tidak la korang sesat lagi untuk pergi ke rumah kawan-kawan.., kerana sebelum korang pergi satu lokasi tu, elok la dulu google alamat dan boleh View Live lokasi kawasan yang dituju yer dak..?
Tips untuk melancong pun, korang elok guna google street view untuk memudahkan kepala otak korang save suasana tempat yang untuk tiju..('',)
Sumber:azfar9897.blogspot.com
No comments:
Post a Comment