Semua lelaki bujang ingin hidup berpasangan walaupun poket tidak seberapa adanya. Namun tidak pada seorang lelaki ini yang sanggup menolak ketepi hasratnya itu. Dia sanggup memilih untuk menjadi bujang semata-mata ingin menjaga ibunya yang tersayang.
Baca kisah beliau di bawah:
Che Ramli Che Osman, 64, terpaksa melupakan hasratnya untuk berkahwin ketika di usia muda hanya semata-mata mahu menjaga ibunya yang uzur.
Dia tidak pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga, tetapi apabila mengenangkan nasibnya dan keluarga, dia terpaksa melupakan hasratnya itu.
Che Ramli yang tinggal di Kampung Sena, pernah dikeji malah diherdik kerana tidak bergaji besar oleh seorang wanita yang cuba dikenalinya dan dia sedar dirinya tidak seperti orang lain kerana hanya bekerja kampung.
“Dulu ketika berusia 30-an memang saya ingin berumah tangga seperti lelaki lain, tetapi kini segala perasaan itu sudah tiada dan sudah tidak mahu berkahwin.
CHE Ramli membantu melakukan kerja harian di kediaman mereka di Kampung Sena.
“Ditambah pula selepas kakak, Norliah Che Osman, 60, berkahwin dan tiada siapa menjaga ibu Chah Hamzah, 86,” katanya. - Harian Metro
Sumber: iniblogberita.blogspot.com
No comments:
Post a Comment