Subang Jaya: Jika dahulu pil gastrik Cytotec menjadi pilihan remaja yang mahu menggugurkan janin namun kini mereka dikesan menelan pil sakit sendi tulang untuk membunuh bayi dikandung dalam tempoh kurang 12 jam.
Dalam kejadian Isnin lalu, suspek penuntut kolej swasta berusia 21 tahun itu dipercayai menelan pil mengandungi kimia celecoxib untuk kegunaan antiradang dan sakit sendi bagi membolehkan janin bayi dikandung mengalami keguguran.
Sumber polis berkata, tindakan gadis itu bagaimanapun diketahui rakan sekolej serta seorang penjaga asrama kolej didiami wanita itu di Puchong di sini.
Menurutnya, suspek dipercayai melakukan hubungan seks terlarang dengan teman lelaki menyebabkan dia mengandung anak luar nikah awal tahun ini.
“Pada hari kejadian, suspek memberitahu rakan asrama kononnya dia mengalami sakit perut. Susulan itu dia segera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment