Friday, October 3, 2014

MH17: Lima lagi jenazah tiba pagi ini

  • mh17
 1 / 1 
SEPANG - [DIKEMASKINI] Pesawat MH19 yang membawa lima jenazah mangsa MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 8.38 pagi tadi.

Jenazah itu ialah Matthew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Allahyarham Muhammad Afruz Tambi.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada lima jenazah ini, tiga jenazah akan diterima dalam keranda, manakala dua jenazah (pasangan suami isteri-Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen) akan dibawa dalam bekas abu.
 
"Bagaimanapun, dua bekas abu tersebut akan dibawa dalam satu kenderaan jenazah sahaja atas permintaan keluarga mangsa," katanya.

Sementara itu, suasana di pekarangan Kompleks Bunga Raya sayu sebaik upacara bertafakur selama seminit diadakan pada jam 8.58 pagi sebagai tanda penghormatan kepada lima jenazah mangsa tragedi MH17.

Bekas abu Yau Chee dan Kiah Yeen akan dibawa ke Nirvana Sungai Besi manakala jenazah Matthew pula akan dibawa ke St. Fatima Church di Brickfields.
 
Jenazah Muhammad Afruz dan Meling Anak Mula pula akan diterbangkan menggunakan pesawat C130, masing-masing ke Kuching dan Bintulu.

Sumber: sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment