Tuesday, October 7, 2014

Rumah Hantu Terbesar dan Paling Menyeramkan Di Dunia..


Obake Yashiki adalah rumah hantu yang konon terbesar di dunia dan terletak di taman permainan Fuji Q Highland Park di kaki Gunung Fuji. Rumah hantu yang terletak di Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of World Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Rumah hantu ini mengambil tema rumah sakit berhantu dan dibina di sebuah bangunan tua dua tingkat. Di sini pengunjung bebas untuk melewati rumah sakit dari arah manapun, kerana memang tidak ada laluan khusus yang disediakan oleh si pemilik taman tema ini. Pekara ini disengajakan untuk memberikan sensasi seram yang 'real' bagi para pengunjung, terutama ketika mereka tersesat hehe.

Jadi bayangkan saja , rumah hantu biasa yang mempunyai laluan pun sudah boleh membuat kita meremang bulu roma, apalagi yang tidak mempunyai laluan.

Khabarnya lagi, tata rias hantu yang digunakan oleh para aktornya sudah disesuaikan dengan tata rias standard filem seram Jepun dan anda perlu menghabiskan masa 1 jam untuk menyelesaikan pengembaraan di rumah hantu ini.

Kononnya rumah hantu ini terinspirasi dari kisah rumah sakit yang ada di kaki Gunung Fuji. Di situ terdapat rumah sakit yang sudah lama ditinggalkan. Gara-garanya banyak arwah pesakityang membalas dendam terhadap doktor-doktor di rumah sakit tersebut kerana telah melayanmereka dengan buruk.


Info Ringkas:
Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu dan tingkap yang harus dibuka manual oleh para pengunjung. Selain penataan interior yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang dihias ngeri dalam pelbagai jenis karakter hantu.

Pengunjung boleh memasuki rumah hantu ini dalam kelompok seramai 2 atau 3 orang. Tidak hanya terlihat nyata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk untuk menambahkan rasa ngeri. 

Bangunan rumah hantu ini panjangnya 700m. Diperlukan sekitar 50 minit untuk berjaya keluar dari bangunan ini, itupun jika anda tidak tersesat. Tentunya, para 'hantu' juga selalu siap siaga untuk membantu anda keluar dari bangunan ini.

Rumah hantu ini penuh dengan lika-liku jalanan kecil di mana para pengunjung biasanya akan tersesat. Audio juga dipasang full volume yang merupakan suara teriakan hantu dan suara-suara lain yang menyeramkan. 

Kerana terlalu menakutkan, banyak pengunjung wanita yang terluka kerana jatuh / genggaman tangan yang terlalu kuat.












Sumber: ejeninfo.blogapot.com

No comments:

Post a Comment