Wednesday, January 26, 2011

Kanser Mulut

Kanser Mulut 


Latar belakang 
Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. 
Pengesanan dan rawatan kanser mulut di peringkat awal dapat mencegah berlakunya hilang 
upaya yang teruk dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. 


Kanser mulut sering terjadi di kawasan: 
• lidah  
• lantai mulut  
• bahagian dalam pipi  
• gusi  
• lelangit  
• bibir bawah 
  
Golongan mana yang berisiko mendapat kanser mulut? 
Mereka yang mengamalkan tabiat seperti berikut berisiko mendapat kanser mulut: 
• merokok  
• mengunyah tembakau  
• mengunyah buah pinang (makan sireh) dengan atau tanpa tembakau  
• minum alkohol yang berlebihan  
• terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan  


Apakah tanda-tanda kanser mulut? 
Perhatikan tanda-tanda berikut: 
• ulser dalam mulut yang lambat atau tidak sembuh  
• tompokan putih (leukoplakia) atau merah (erythroplakia)  
• bengkak atau ketumbuhan dalam mulut  
• nafas berbau (halitosis) 

Anda juga mungkin mengalami: 
• rasa sakit dalam mulut  
• kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah  
• kebas pada lidah atau dalam mulut  
• Kesukaran untuk membuka mulut  Apa komplikasi kanser mulut? 


Sel kanser mulut boleh merebak ke bahagian lain dalam badan (metastasis). 
Apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko kanser mulut? 
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda: 
• tidak merokok  
• tidak minum alkohol  
• tidak mengunyah buah pinang (makan sireh) atau tembakau  
• elakkan pendedahan sinaran matahari yang berlebihan  
• dapatkan pemeriksaan pemeriksaan secara berkala  
• lakukan pemeriksaan mulut sendiri 


Langkah Pencegahan
-Amalkan memakan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan segar
-Tingkatkan pengambilan beta-keratin (vitamin A)

Friday, January 14, 2011

Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus

SAKIT kepala hingga kadang-kadang menjadi demam dengan hidung yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria bau adalah antara petanda yang anda menghidapi sejenis penyakit yang dinamakan sinusitis.
Walaupun ramai yang menganggap ia seperti selesema biasa, hakikatnya ia boleh berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika tidak dirawat.
Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, wartawan Noor Fazrina Kamal dan jurugambar, Ida Dayana Karim telah menemu bual Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Loganathan Athanari.
Menurut Dr. Loganathan, penyakit sinusitis sebenarnya melibatkan bahagian rongga angin dalam tengkorak. Ia terbahagi kepada empat kumpulan rongga sinus iaitu maxillary sinus, ethmoid sinus, frontal sinus dan sphenoid sinus.
“Yang dikatakan sinusitis ialah apabila rongga sinus tersebut dijangkiti kuman (yang terdiri daripada virus atau bakteria). Perkataan ‘itis’ bermakna bengkak di bahagian dalam rongga sinus. Jadi kesimpulannya, sinusitis ialah jangkitan kuman dalam rongga sinus,” katanya.
Dr. Loganathan menjelaskan tentang simptom dan bagaimana seorang pesakit itu dijangkiti jangkitan dalam rongga sinus.
Antaranya hidung tersumbat, sakit kepala, banyak mukus dalam hidung berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk, pesakit-pesakit ini juga boleh memberi simptom bahawa deria bau mereka berkurangan.
“Sinusitis terdiri daripada dua jenis, iaitu akut dan kronik. Yang dikatakan akut ialah apabila simptom-simptom itu baru berlaku. Selalunya pesakit akan datang dengan demam tinggi dan hidung tersumbat. Apabila dengan perubatan yang diberi doktor masih tiada nampak kesan lebih daripada empat minggu, doktor akan mengkategorikan pesakit tersebut mengalami sinusitis kronik.
Salah satu sebabnya menjadi kronik, ialah pengaliran (pembukaan rongga sinus tersumbat), kadang-kadang pesakit menghadapi anatomi dalam hidung yang menghalang laluan mukus dan bahagian dalam hidung bengkak yang menghalang pengaliran mukus. Mukus akan bertakung dalam rongga sinus dan seterusnya mendatangkan jangkitan peringkat kedua, iaitu bakteria,” jelas beliau.
Salah satu lagi sebab ialah apabila tulang dalam hidung (septum) bengkok dan turut menutup aliran dari dalam rongga sinus (aliran normal dari rongga sinus ke dalam ruang hidung).
“Selalunya punca keadaan septum bengkak ini semula jadi, atau mungkin juga kerana trauma (kemalangan).
Sesetengah pesakit yang mengalami masalah rhinitis (yang selalunya dipanggil resdung) yang disebabkan oleh alahan kepada habuk atau suasana sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat, berair dan salah satu struktur dalam hidung yang dipanggil ‘turbinate’ akan menjadi bengkak. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan sinusitis,” tutur beliau lagi.
Dr. Loganathan berkata, adakalanya apabila seseorang pesakit melalui pembedahan hidung, bahagian rongga sinus boleh tertutup, justeru menyebabkan infeksi di rongga tersebut seterusnya menyebabkan sinusitis.
Menurut Dr. Loganathan lagi, akut sinusitis disyaki apabila pesakit demam, sakit kepala selama dua atau tiga hari dan hidung tersumbat atau hingus kuning kehijauan.
Apabila seseorang pesakit mempunyai simptom-simptom tersebut, pemeriksaan klinikal yang sepenuhnya harus dibuat. Bahagian sinus yang ditekan iaitu bahagian atas mata (frontal sinus), bahagian bawah (maxillary sinus), bahagian dalam mata (ethmoid sinus) akan merasa sakit, jika ada nanah atau mukus berkumpul di bahagian tersebut. Doktor juga akan membuat ‘nasal endoskopi’, menggunakan skop fiber optik melalui kamera untuk melihat pembukaan rongga sinus dalam hidung dan meneliti sama ada rongga sinus itu tertutup atau bernanah. Dari pemeriksaan ini, doktor boleh mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi akut sinusitis atau tidak.
Sekiranya doktor telah diagnosis seseorang pesakit itu menghidapi akut sinusitis menerusi sejarah dan pemeriksaan klinikal, pesakit boleh terus dirawat dengan pengambilan ubat sahaja.
“Dalam minggu pertama selalunya akut sinusitis berlaku disebabkan oleh virus, jadi tidak perlu mengambil antibiotik. Tetapi pesakit akan diberi ubat untuk membuka rongga-rongga sinus ini yang terdiri daripada ubatan antihistamin, ubat titis hidung dan decongestan. Pesakit harus minum banyak air agar badan mereka tidak terhidrasi,” tambah beliau.
Tetapi, menurut Dr. Loganathan, kalau masalah ini tidak beransur pulih dalam masa seminggu, pemeriksaan darah harus dilakukan untuk menentukan sama ada infeksi itu disebabkan oleh virus ataupun bakteria dan tahap keseriusannya.
Sinar-X pada nasal sinus akan dilakukan untuk memerhatikan betapa serius infeksi tersebut. Jika doktor dapati infeksi itu disebabkan bakteria dan nanah yang banyak terkumpul di bahagian rongga sinus, pesakit boleh dirawat dengan dua kaedah.
Pertama dengan memberi antibiotik intra-vena kepada pesakit dan satu lagi ialah dengan mengeluarkan nanah tersebut dengan kaedah pembedahan,” ujar beliau.
Dr. Loganathan menjelaskan, surgeri ini dibuat dengan bius penuh melalui endoskopi (ruang hidung) untuk membuka laluan rongga sinus dan membersihkan rongga yang terlibat.
Komplikasi akut sinusitis, jika tidak dirawat dengan betul akan menjadi kronik, simptom itu akan berterusan ataupun boleh mendatangkan komplikasi ke bahagian lain.
Kuman boleh merebak ke bahagian lain seperti mata (dipanggil obital cellulitis). Ini dikategorikan serius dan perlu ditangani dalam masa 24 jam, sama ada dengan perubatan antibiotik atau pembedahan endoskopi untuk mengalirkan nanah yang terkumpul di bahagian mata keluar.
Komplikasi lain ialah kepada bahagian tengah telinga. Apabila nanah mengalir dari bahagian sinus ke belakang hidung atau tekak, ia akan menyebabkan infeksi di belakang hidung dan tekak. Kuman dari bahagian ini akan merebak ke telinga tengah pula. Apabila ini berlaku, telinga akan berdengung, kurang pendengaran dan sakit (otitis media).
Jika tidak ditangani dengan segera, nanah yang terkumpul di telinga tengah akan memecahkan gegendang dan telinga boleh bernanah. Kadang-kadang ada di kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa telinga anak mereka mengeluarkan nanah ketika selesema.
Infeksi tonsilitis peringkat kedua yang disebabkan oleh akut sinusitis juga boleh terjadi. Sakit tekak dan suara pesakit akan menjadi serak jika infeksi merebak ke kawasan peti suara. Jika tidak dirawat ia boleh merebak ke paru-paru dan mendatangkan infeksi kepada paru-paru yang dipanggil pneumonia.
“Ini adalah kesan yang akan berlaku sekiranya akut sinusitis tidak diberi rawatan secepat mungkin.
Simptom sinusitis kronik adalah sama seperti akut tetapi pesakit tidak demam. Pesakit akan hanya sakit kepala, hidung tersumbat, hingus yang kekuningan, telinga berdengung dan sebagainya. Selalunya pesakit akan banyak berkahak apabila bangun pagi.
Penyiasatan endoskopi hidung dan imbasan CT sinus akan dijalankan untuk menentukan diagnosis. Imbasan CT akan memberi gambaran sepenuhnya tentang tahap kroniknya sinusitis itu.
Jika diagnosis dapat dibuat selepas imbasan tersebut, kaedah rawatannya selepas itu ialah surgeri yang dipanggil Functional Endoscopic Sinus Surgery (FESS). Bahagian rongga sinus akan dibuka supaya pengalirannya betul dan nanah dari bahagian sinus ini akan disedut keluar.
Doktor juga akan mengambil kira punca pesakit ini menghidapi kronik sinusitis dan seterusnya dirawat. Jika septum (rawan atau tulang tengah) bengkok, maka akan diluruskan supaya tiada halangan pengaliran,” kata beliau.
Jika kaedah rawatan betul, sinusitis boleh diubati sepenuhnya. Sinusitis sebenarnya biasa di kalangan pediatrik kerana mereka lebih terdedah kepada bakteria di taska atau sekolah dan tahap imuniti mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan kalangan dewasa.
Selalunya anak-anak yang terkena jangkitan ini mengadu sakit telinga, selesema dan demam tinggi. Ditahap yang lebih serius, bengkak juga boleh berlaku di bahagian mata.
“Sinusitis akut dan kronik akan dapat diubati dengan sepenuhnya jika pemeriksaan yang teliti dan kaedah perubatan yang betul dapat diberi secepat yang mungkin” ujar Dr. Loganathan.

Pisang elok untuk kesihatan

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda. Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!.

Pisang mengandungi :
-tenaga,
-vitamin A,
-serat,
-vitamin C
-Kalsium.
-3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa
- asid, enzim, dan sebatian kimia penting.
-magnesium,
-fosforus,
-iodine,
-kuprum,
-vitamin B1, B2, & B6,
-niasin,
- folat.

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga

Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium.

Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian. Antara khasiat dan kegunaan pisang ialah:

Tekanan atau stres
Buah pisang mengandungi protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang mampu membuat perassaan seseorang berasa tenang dan bahagia, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium

Neutralkan paras glukosa
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah,

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi
Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi kadar ‘potassium‘ tinggi yang menjadikannya amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam. ‘Potassium‘ juga mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Sembelit
Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

Keletihan
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula.

Panas Jantung
Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. ‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

Demam Pagi
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.

Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.

Ulser
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.

Seasonal Affective Disorder(SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati kita.

Baik untuk wanita yang hamil
Pisang juga disaran untuk wanita hamil kerana ia mengandungi asid folik, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan diambil secara berlebihan. Ini kerana sebiji buah pisang mengandungi sekitar 85-100 kalori.

Kurangkan rasa mual
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

Baik untuk bayi
Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

Kolestrol 
pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit 
potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Mengawal berat badan
Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu. Selain itu, diet tersebut membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%).

Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya. Selain buah pisang, bahagian lain dari pokok pisang juga banyak kegunaan dan khasiatnya. Contoh seperti kulit pisang, jantung pisang, daun pisang.

Antara kegunaan kulit pisang ialah:

-Gigitan Nyamuk
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.

-Penyakit Kulit:
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya. Parut luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira apa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

Antara kegunaan jantung pisang ialah:
- Dicelur untuk dibuat ulam,
-dibuat gulai jantung pisang
-Elok untuk menambahkan susu badan bagi ibu2 yang menyusukan anak

Antara kegunaan daun pisang ialah:
-Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.
-Digunakan sebagai pelindung hujan
-Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Antara kegunaan batang pisang ialah:
-Digunakan untuk membuat rakit.
-Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
-umbut dalam batang pisang boleh dimakan dengan dimasak gulai

PENYAKIT DAN UBAT-UBATAN SINTETIK

Pernahkah kita terfikir akan punca-punca peningkatan penyakit-penyakit berbahaya di dunia ini? Dan adakah benarkah ubat-ubatan sintetik buatan makmal yang disediakan oleh hospital benar-benar selamat?


Sebenarnya punca peningkatan penyakit didunia ini adalah disebabkan kita sendiri. Ianya sebenarnya adalah kesan daripada kadar tindakbalas bahan-bahan kimia didunia yang semakin tinggi disebabkan oleh aktiviti manusia yang dikenali sebagai tamadun. Bahan-bahan kimia dan toksik-toksik semakin banyak dan berkadar langsung dengan pertumbuhan kilang-kilang yang menggunakan bahan-bahan kimia. Secara tidak langsung, ini telah mendedahkan kita kepada dunia yang dipenuhi dengan kesan dari tindakbalas banyak bahan-bahan kimia.

Namun fokus post kali ini adalah merujuk kepada penyakit-penyakit serta ubat-ubatan yang diesediakan oleh golongan freemason, yang bertujuan untuk menghancurkan populasi manusia seluruh dunia seperti yang dibincangkan dalam post sebelum ini.
Kajian telah membawa kepada kesimpulan bahawa penyakit HIV adalah rekaan mereka. Penyakit AIDS itu wujud. tetapi ia bukanlah disebabkan oleh virus HIV. Inilah faktanya. AIDS itu adalah satu keadaan dimana badan kita mengalami penurunan antibodi dengan teruk dan gagal melawan sebarang penyakit walaupun luka yg kecil. Tetapi, apakah yang menyebabkan orang yang mendapat penyakit AIDS mati? Ianya direka khas untuk mengurangkan tahap antibodi manusia dalam badan dan membawa kepada serangan penyakit yang membawa maut kerana tiada daya tahan kepada penyakit yang telah dilumpuhkan oleh virus HIV ini. Pada asalnya sasaran penyakit HIV ini adalah untuk mengurangkan populasi kaum kulit hitam terutama di Afrika.
Ramai saintis yang tahu pasal penipuan HIV telah dinafikan hak bersuara. mereka ada yang telah mencipta pelbagai alat dan ubatan yang mampu menyembuhkan AIDS semuanya telah di halang habis-habisan oleh kerajaan. Di India juga banyak ubat tradisional yang mampu mengubati AIDS. Bahkan di Amerika, Ramai orang sudah mengetahui tentang hal ini. mereka mendesak kerajaan membetulkannya. Tapi disebabkan pemimpin mereka adalah Freemason, maka maklumat kebenaran akan terus dihalang.
Inilah salah satu dari agenda menguasai dunia oleh Freemason dan Illuminati. Selain dari bisnes produk makanan dan pakaian, ubatan juga adalah bisnes mereka. Mereka bukan saja mahu menguasai ekonomi dari segi kewangan tetapi menguasai nyawa manusia itu sendiri.
Mereka dah menyuntik ubat ke badan kita sejak kita bayi lagi dan kita percaya ubat sakit itu dan ini. Mungkin disebabkan ubat itulah kita mendapat sakit macam-macam apabila dewasa sekarang. Dunia kita kiri dan kanan dipenuhi penyakit dan orang sakit zaman ini. Mereka sudah plan untuk bisnes jangka panjang untuk menjual ubat kepada kita. kelak Kita sebenarnya sudah dikawal sepenuhnya tanpa disedari.

Konsep mereka mudah. mereka mencipta virus, dan mereka akan cipta ubatnya. Samalah seperti komputer. Sudah pastilah orang yang mencipta anti-virus itu sendiri yang mencipta virus..semua orang tahu perkara ini ..
Sampailah hari ini, selsema burung, H1n1 dicipta dan diciptakan vaksinnya sekali. Kedua-duanya adalah bahan yang sangat berbahaya yang mempunyai tujuan yang sama. Sila rujuk video ini untuk melihat kesan sampingan vaksin H1N1 yang dialami oleh seorang pesakit di Amerika.
http://www.youtube.com/watch?v=QG5pj_TWJ6o

Sebelum ini mereka turut menghasilkan selsema burung pada sekitar tahun 1918, dimana kadar kematian disebabkan penyakit ini amatlah tinggi. Manakala kadar kematian akibat vaksin yang dikeluarkan untuk penyakit ini ketika itu dianggarkan mencecah 50juta manusia. Dan tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi suatu masa kelak. Tiada siapa akan menyedari pembunuhan beramai-ramai ini kerana secara fakta yang dikeluarkan, pesakit-pesakit ini perlu diberikan rawatan kerana dijangkiti selsema burung yang berbahaya.
Hospital sebenarnya adalah satu institusi BISNES. Menjual ubatan. Dan kebanyakan ubat-ubatan mereka hanyalah bertindak sebagai 'pain killer' ataupun 'tahan sakit'. Pesakit tidak diberikan 'penyembuh' kerana mereka tidak mahukan manusia bebas dan sembuh dari penyakit. Kita tahu bahawa ubat kebanyakannya adalah dadah dan ada juga candu. Ubat itu hanya memadamkan isyarat otak yang merasa sakit supaya berhenti merasakannya. Ia bukanlah menyembuhkan penyakit.
Itulah sebabnya ubat-ubat alternatif sering tidak diiktiraf kerajaan. Dikatakan tidak mengikut standard 'kementerian kesihatan'. Saya pasti anda sudah mengetahui sebabnya. Ya. mereka mengawal kesihatan kita. Sebenarnya, banyak ubat alternatif yang terbukti berkesan menyembuhkan sakit. Tetapi ia tidak diiktiraf. Ini adalah salah satu cara pengawalan minda agar hanya fokus kepada ubat-ubatan yang dikeluarkan oleh "mereka". Hanya ubat-ubatan sintetik tertentu sahaja yang dibenarkan untuk digunakan. Sedangkan kita tahu hampir semua ubat sintetik mempunyai kesan sampingan. 
Inilah sebabnya mengapa orang-orang tua kita selalu memberitahu dizaman mereka tidak ramai pesakit yang mengunjungi hospital. Ini adalah kerana tahap kesihatan mereka yang jauh lebih baik berbanding di zaman kita. Mereka tidak mengambil ubat-ubatan makmal yang penuh dengan bahan kimia sintetik. Mereka hanya mengambil ubat-ubatan alternatif yang disediakan oleh tuhan secara semulajadi di atas muka bumi ini. Dan kemudian datang para penjajah yang mengubah fahaman kita tentang ubat-ubatan secara perlahan-lahan, sehinggalah di zaman ini ubat-ubatan kita haruslah diiktiraf oleh mereka sebelum digunakan oleh kita. Bijak sungguh mereka mengawal kita dalam semua perkara.
Sebab jika ubat alternatif berjaya menyembuhkan penyakit, tentulah orang ramai tidak akan mengambil ubat doktor lagi. Maka hospital tidak boleh BISNES. ubat mereka takkan laku. Ubat hospital kebanyakkan hanyalah menahan sakit saja. Memang ubat sengaja dicipta sedemikian untuk membolehkan orang terus mengambil ubat dari mereka.. tak sembuh-sembuh. Ini semua BISNES.
Maka, ramai orang yang mati adalah akibat kesan jangka panjang akibat makan ubat. Bukan akibat sakit.
Adakah anda kenal pertubuhan dunia yang mengawal bidang kesihatan dunia ini? Pertubuhan yang memberi nasihat kepada dunia untuk jenis-jenis vaksin yang perlu diambil oleh manusia. Dan pertubuhan yang mengiktiraf ubat-ubatan yang berada di farmasi dan hospital sekarang? Mereka adalah pertubuhan yang diberi nama WORLD HEALTH ORGANIZATION(WHO). Perhatikan logo pertubuhan ini dan anda akan jelas terdapat simbol yang tidak ada kaitan dengan kesihatan dan banyak dimiliki oleh pertubuhan-pertubuhan illuminati dan ini menunjukkan bahawa mereka turut terlibat sama dengan gerakan illuminati.
Jelas bukan pertubuhan kesihatan ini menggunakan simbol ULAR. Sungguh tidak logik dan tiada kaitan dengan kesihatan.
Sekadar berkongsi- pernahkah kita terfikir akan persamaan lambang hospital-palang merah dan salib?. kerana hospital dahulu asalnya adalah gereja. sekitar 1920'an. kenapa? bukankah kristian itu sendiri adalah agama yang terseleweng dan penipuan Luciferian yang menyembah syaitan? ... pada pendapat saya, dari dulu lagi mereka sudah merancang semua agenda menipu ini.

Kesimpulan
Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan. Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketapikan.
Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.

Friday, January 7, 2011

SINUS / RESDUNG

Apa itu sinus?
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini
mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada
rongga hidung. 

Radang sinus?
Radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. 

Ia terbahagi kepada 2 bahagian: 
• Radang sinus akut 
• Radang sinus kroni

Apakah agen penyebab radang sinus?

Radang sinus boleh disebabkan oleh :
• Virus 
• Bakteria 
• Kulat

Agen penyebab radang lain: 
• Alahan 
• Iritasi kimia 
• ketumbuhan dalam hidung (polyp)

Apakah tanda dan gejala radang sinus?  
Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
• Hidung tersumbat 
• Batuk 
• Sakit kepala atau muka 
• Jerawat pada muka 
• Selsema berpanjangan 
• Hidung berbau busuk 
• Demam 
• Letih dan lesu 
• Hilang deria rasa dan bau 
• Batuk teruk pada waktu malam

Bagaimanakah radang sinusmenjadi bahaya?
Radang sinus akut boleh menyebabkan:
• Radang sinus kronik 
• Sakit kepala kronik 
• Bisul pada sinus maxilar 
• sinus frontal 
• sinus ethmoidal 
• otak 
• mata. 
Bisul periorbital kanan

Bagaimanamerawat radang sinus? 
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara : 
• Rehat yang cukup 
• Bernafas dalam wap panas dari semangkok air (boleh tambah sedikit minyak angin). 
• Makan ubat penahan sakit (panadol)  
• Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung 
• Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria. 

Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu: 
• Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang) 
• Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang 
• Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Bagaimana cara mencegah radang sinus?
Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:
• Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. 
• Pastikan kelembapan di rumah baik 
• Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara  
• Berhenti merokok 
• Hindari alkohol 
• Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.


Picture of the anatomy of the sinuses


Picture of the detail of the sinuses