Monday, June 17, 2013

DENGGI: Fatimah cipta alat kesan denggi pertama di dunia

PENYAKIT demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang sangat merbahaya dan boleh bembawa maut. Bermula dengan satu gigitan nyamuk Aedes betina, penawar bagi virus flavivirus yang menjadi punca demam denggi sejak 232 tahun lalu, masih belum ditemui hingga ke hari ini.

Virus ini akan terpendam di dalam badan pesakit, puratanya selama empat hingga enam hari sebelum mangsa jangkitan menunjukkan tanda-tanda seperti sakit tekak, simptom seakan-akan selesema, ruam, sakit belakang dan perubahan bacaan pada sel darah pembeku atau platelet.
SEUNIT cakera padat boleh menjadi platform ujian virus denggi kepada 16 hingga 20 pesakit sekaligus.
“Lazimnya, sekitar lima hari selepas digigit nyamuk, mangsa akan mula mendapat demam panas diiringi dengan simptom,” ujar perunding kesihatan dari Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur, Dr. Mat Rifin Jusoh.
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam, ketika pesakit beransur sembuh.
Secara klinikalnya, bilangan platelet akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ketiga di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya kerana kapilari darah menjadi rapuh.
Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Jelas Mat Rifin, demam denggi berdarah terdiri daripada tiga fasa. Pada fasa pertama iaitu pada hari pertama hingga hari ketujuh jangkitan, mangsa berisiko mengalami kehilangan selera makan, loya selain demam dan sakit seluruh badan.
“Memasuki fasa kedua atau fasa kritikal iaitu hari ketiga hingga hari ketujuh jangkitan, demam awal bagi sesetengah pesakit mungkin telah reda.
Soal jawab
“Namun, dalam segelintir kes serius, kebocoran kapilari darah akan berlaku dalam jangka masa pendek,” katanya.
Tambahnya lagi, terdapat empat kategori demam denggi iaitu Denggi Jenis 1, 2, 3 dan 4. Kebanyakan mangsa menyangka diri mereka kebal selepas serangan demam denggi kali pertama.
“Hakikatnya, hampir 90 peratus kes jangkitan sekunder berlaku kepada mereka yang pernah mendapat denggi sebelum ini. Serangan kali kedua biasanya lebih teruk kerana imunisasi tubuh tidak hadir untuk semua jenis denggi.
“Lantaran itu, pesakit demam denggi perlu melindungi diri daripada serangan kali kedua kerana ia mungkin memberi kesan lebih serius sehingga boleh membawa maut,” pesannya.
Sebenarnya, sukar untuk membezakan di antara demam disebabkan penyakit virus lain dengan demam denggi atau demam denggi berdarah.
Untuk mengesahkan pesakit itu diserang demam denggi atau tidak, doktor akan melakukan ujian sel darah platelet. Jika jumlahnya kurang daripada 150,000 untuk setiap milimeter padu, dia akan disuspek menghidap demam denggi.
Selepas itu, ujian serologi yang dikenali sebagai kaedah ELISA akan dilakukan dalam makmal untuk mengesan antibodi khusus dalam serum pesakit lima hari selepas menghidap demam. Jika perlu, ujian tersebut harus diulang selepas dua hingga tiga minggu.
Melihatkan senario pengesanan demam denggi yang mengambil masa berhari-hari, sedangkan virus terus menyerang sistem tubuh tanpa henti, seorang jurutera bioperubatan, Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, tampil dengan dua model mendiagnosis demam denggi yang lebih cepat dan efektif.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM), memberitahu, satu daripada model tersebut dibangunkan menggunakan alat yang diberi nama bio-impedans yang boleh mengukur komposisi badan seseorang tanpa menggunakan sampel darah.
“Alat ciptaan saya ini boleh mengesan bacaan hemoglobin tidak normal yang biasa dikesan pada pesakit demam denggi.
“Secara tidak langsung, ia dapat membantu doktor mengenal pasti sama ada pesakit itu menghidap demam denggi ataupun tidak tanpa menceroboh tubuh pesakit dengan mengambil darah dalam jumlah yang banyak,” katanya.
Berdasarkan bacaan bio-impedans tersebut, Fatimah juga telah menghasilkan tiga set soalan yang boleh mengesan kehadiran virus denggi pada pesakit menggunakan model kecerdikan buatan yang direkanya.
“Model kecerdikan buatan ini dihasilkan selepas saya memasukkan banyak maklumat mengenai denggi di dalam komputer sebelum melatih komputer itu untuk mengenal pasti kehadiran virus denggi berdasarkan analisis soalan yang diberikan kepada pesakit.
“Menerusi set soalan ini, doktor sudah boleh mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami perubahan pada bacaan hemoglobin atau tidak.
“Set soalan kedua pula, melalui soalan ringkas yang diberikan kepada pesakit, doktor sudah boleh mengetahui sama ada pesakit tersebut berisiko untuk mendapat denggi berdarah atau sebaliknya.
“Melalui set soalan ketiga, doktor boleh mengetahui tempoh demam pesakit dan pemantauan rapi dapat diberikan memandangkan demam denggi boleh kembali memuncak ketika pesakit beransur sembuh,” katanya yang telah melakukan ratusan analisis denggi dengan pesakit berbeza sebelum berjaya tampil dengan set soalan tersebut.

Cakera padat
Dengan ketepatan analisis sebanyak 87 peratus, model pengesanan denggi ini sangat efektif dalam membantu para doktor memantau pesakit denggi sekali gus mengurangkan risiko kritikal dalam kalangan pesakit.
Selain tiga model soalan tersebut, Fatimah turut mereka cipta satu platform yang dapat mengesan kehadiran virus denggi berdasarkan kaedah serologi ELISA yang mana dapat mengasingkan virus dengan hanya menggunakan sekeping cakera padat yang dilengkapi dengan teknologi pengesan nano.
“Kaedah pengesanan ini memerlukan sampel darah pesakit diambil, tetapi jumlahnya jauh lebih sedikit berbanding kaedah serologi konvensional. Darah hanya diambil di hujung jari, sama seperti ujian saringan diabetes.
“Darah pesakit kemudian dititiskan di atas cakera padat yang mempunyai beberapa saluran lain yang sudah dimasukkan dengan cairan tertentu yang dapat menenal pasti dan mengasingkan virus dalam masa cukup singkat.
“Dengan menggunakan kaedah ini, hanya 30 minit diperlukan untuk mendapat keputusan yang 95 peratus tepat.
“Jika sampel darah yang sama diuji menggunakan kaedah ELISA, ia boleh mengambil masa sehingga seminggu,” katanya.
Projek perintis yang dijalankan di bawah Skim Geran Penyelidikan Berimpak Tinggi daripada Kementerian Pengajian Tinggi ini merupakan hasil daripada perpindahan teknologi antara UM dengan Universiti Irvine California, Amerika Syarikat.
“Kaedah pengesanan menggunakan cakera padat ini jauh lebih murah dan cepat berbanding kaedah konvensional yang dipraktikkan sekarang.
“Berbanding dengan kelengkapan makmal yang mahal dan ruang lebih besar, pengesanan virus menggunakan teknologi nano ini hanya memerlukan pemain cakera khas yang kecil dan ia boleh dipindahkan ke mana-mana.
“Sekiranya teknologi ini diadaptasi di hospital, saya yakin ia dapat menjimatkan kos, ruang serta tenaga. Apa yang lebih penting, ia mampu mengurangkan jurang masa yang diambil oleh doktor yang mengesan kehadiran virus denggi. Secara tidak langsung, kualiti hidup pesakit dapat pertingkatkan dan risiko dapat dikurangkan,” jelasnya optimis.
Dengan kos pengeluaran alat pemain cakera untuk menganalis darah yang kurang daripada RM1,000, ciptaan ini merupakan yang pertama di Malaysia dan di dunia bagi sektor penyakit denggi.
“Menarik tentang platform cakera padat ini, ia boleh digunakan untuk menguji darah 16 hingga 20 pesakit pada satu masa.
“Kegunaannya bukan sahaja dapat mengesan virus denggi, malah sebanyak 10 ujian penyakit berbeza boleh dilakukan menggunakan cakera padat ini,” ujarnya yang sudah pun memohon paten bagi produk rekaannya itu. Beliau juga mempelawa mana-mana pihak untuk bekerjasama dan mengkomersialkan produknya sekaligus menyumbang kepada kelestarian kehidupan dan kesihatan rakyat di negara ini.
Sumber:Kosmo bertarikh 7 Oct 2012

Thursday, June 13, 2013

Bahayanya kebas kaki dan tangan...

HIMPITAN yang berlaku pada dalam atau luar saraf akan memberi impak terhadap postur tubuh, kemampuan anggota tangan dan kaki serta kesakitan semasa berjalan.

KEBAS di bahagian kaki atau belakang paha yang kadang kala melibatkan kawasan pinggul sering sahaja dianggap remeh oleh kebanyakan daripada kita.Dengan hanya menyapu salap panas atau mengurut, kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu.Dalam istilah perubatan, kebas atau paresthesia merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa.

Menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.

Tekanan terhadap saraf

“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.

Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.

Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Serang tidak kira masa

Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai.“Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa.

Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.“Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya.

Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

Friday, June 7, 2013

Bahaya Virus Hepatitis

Bahaya Virus Hepatitis

GAYA hidup tidak sihat membuka laluan luas kepada penyakit untuk bersarang dalam badan.
Badan manusia adalah ‘perumah’ paling disukai virus dan bakteria kerana menerima bekalan makanan yang berterusan.

Virus hepatitis merupakan antara virus yang perlu diberikan perhatian yang serius.

Hepatitis bermakna keradangan hati dan virus hepatitis boleh menyebabkan kita mengalami masalah ini yang mungkin berakhir dengan kematian jika tidak diberikan rawatan yang sewajarnya.

Punca utama hepatitis ialah jangkitan virus dan tahap kerosakan pada hati bergantung kepada jenis virus yang menyerang.

Sehingga kini, tujuh jenis virus hepatitis telah dikesan di seluruh dunia yang dinamakan mengikut nama huruf iaitu virus hepatitis A,B,C,D,E,F dan G.

Bagaimanapun, virus yang lazim ditemui adalah hepatitis jenis A hingga E manakala jangkitan untuk hepatitis F pula hanya dijumpai sekali di India pada 1994 dan Hepatitis G hanya dikesan pada 1995.

Jangkitan virus-virus ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu akut (gejala yang teruk dalam masa yang singkat) atau kronik (kerosakan teruk yang berlaku secara perlahan dalam tempoh yang panjang).

Virus Hepatitis A dan E

Dua virus ini mempunyai ciri yang lebih kurang sama. Ia disebarkan melalui makanan tercemar dan menyebabkan hepatitis akut.

Biasanya pesakit akan mengalami masalah kesihatan selama sebulan.

Antara gejala jangkitan adalah;

- demam kuning, demam,

- sakit perut, muntah, cirit-birit,

- sakit kepala, mata menjadi kuning dan lesu

Apabila virus memasuki badan, ianya mengambil masa kira-kira dua minggu (dipanggil tempoh inkubasi) sebelum menyebabkan masalah kesihatan.

Biasanya individu dijangkiti juga mengambil masa kira-kira dua minggu untuk pulih semula.

Sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai kes virus Hepatitis A (HAV) kerana jangkitan virus Hepatitis E (HEV) hanya dilaporkan berlaku di India dan Afrika.

Walaupun gejala jangkitan HAV dan HEV dianggap lebih ‘ringan’ berbanding virus Hepatitis B dan C, wanita hamil yang mendapat jangkitan HEV menghadapi risiko paling tinggi menemui maut (antara 15 hingga 25 peratus).

Hepatitis A boleh merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar (disebarkan penyedia makanan yang telah dijangkiti atau daripada makanan mentah) atau melalui sentuhan, seperti membabitkan alat keperluan harian dan permainan di pusat jagaan kanak-kanak.

Malah, ada individu yang dijangkiti melalui darah yang tercemar (pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan) tetapi jangkitan melalui cara ini jarang berlaku.

Kanak-kanak yang dijangkiti HAV biasanya mengalami penyakit demam kuning pada kadar yang berbeza.

Kurang daripada 10 peratus kanak-kanak di bawah umur enam tahun mengalami demam kuning sementara 40 hingga 50 peratus kanak-kanak dalam lingkungan umur enam hingga 14 tahun mengalami demam kuning.

Kebarangkalian untuk mendapat demam kuning meningkat sehingga 70 atau 80 peratus jika jangkitan berlaku pada kanak-kanak lebih dewasa atau peringkat remaja sekitar umur 14 tahun ke atas.

Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus untuk penyakit ini tetapi ia boleh dielakkan melalui pengambilan dua dos vaksin pada jarak enam hingga 12 bulan.

Pengambilan vaksin disarankan bagi individu yang berisiko tinggi seperti pengembara, lelaki homoseksual dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan.

Virus Hepatitis B

Virus Hepatitis B (HBV) mempunyai tempoh inkubasi yang lebih lama iaitu antara dua hingga tiga bulan.

Virus ini juga boleh menyebabkan dua jenis masalah, sama ada akut atau kronik.

HBV adalah virus yang paling lazim berjangkit di dunia. Dianggarkan lebih dua bilion penduduk dunia dijangkiti penyakit HBV dan kira- kira 350 juta lagi menjadi pembawa HBV yang kronik.

Lebih menyedihkan, kebanyakan pembawa HBV kronik ini berada di India dan Afrika.

Di Malaysia, 60 hingga 70 peratus kes HBV berlaku di kalangan orang Cina, Melayu (30 peratus) dan 10 peratus di kalangan orang India.

Virus ini disebarkan melalui hubungan seks, berkongsi jarum suntikan atau pemindahan darah.

Wanita hamil yang telah dijangkiti HBV juga boleh memindahkan virus ini kepada anak ketika bersalin.

Selain itu, HBV dikatakan 100 kali lebih cepat merebak berbanding virus HIV dengan gejala jangkitan seperti;

- demam kuning

- kematian akut (mengejut)

- jangkitan kronik

- kematian akibat penyakit hati yang kronik

Bagaimanapun, bukan semua orang yang mendapat penyakit hepatitis akibat HBV dan ada yang tidak mengalami masalah kesihatan dan boleh bekerja seperti biasa.

Hampir 90 peratus individu yang dijangkiti HBV mampu menyingkirkan virus tersebut melalui tindakan antibodi badan manakala 10 peratus lagi menjadi pembawa.

Oleh kerana itu, HBV lebih bersifat kronik dan gejala kesihatan biasanya muncul apabila usia menjangkau umur 40 tahun.

Di kalangan pesakit, dianggarkan 20 hingga 25 peratus mengalami masalah sirosis hati (sel hati mati, mengeras dan menyebabkan parut).

Daripada jumlah yang mengalami sirosis hati ini, kira-kira lima hingga 10 peratus mendapat kanser hati.

Jangkitan HBV boleh dikesan melalui pemeriksaan fungsi hati terutama ujian paras enzim hati (ALT).

Biasanya bagi individu yang dijangkiti, paras antibodi adalah tinggi, walaupun hatinya boleh berfungsi secara normal.

Selain itu, ujian yang boleh dilakukan bagi mengesan jangkitan virus ini adalah melalui proses serologi, imbasan bunyi, DNA bagi mengesan HBV dan biopsi hati untuk mengesan darjah keradangan atau kehadiran fibrosis (tisu hati bengkak dan bertukar menjadi parut).

Rawatan yang ada sekarang adalah untuk memperlahankan dan memberhentikan tindakan HBV daripada terus merosakkan hati.

Ianya diberikan dalam bentuk suntikan yang perlu diambil tiga kali setiap minggu dalam tempoh empat hingga enam bulan.

Pesakit juga perlu mendapatkan pemeriksaan susulan setiap enam bulan atau setahun sekali bagi memastikan tiada keradangan baru pada hati mereka.

Sebagai perlindungan, anda boleh mengambil vaksin Heptitis B yang diberikan dalam tiga dos dengan jarak tiga bulan setiap suntikan.

Virus Hepatitis C

Hepatitis C dikategorikan sebagai penyakit kronik. Virus ini dikenali sebagai HCV dan boleh berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan dengan individu yang dijangkiti, menerima darah atau menjalani pembedahan pemindahan organ sebelum 1995, menjalani dialisis darah dalam tempoh berpanjangan, hubungan seks (terutama yang kerap bertukar pasangan), akupuntur dan jangkitan dari ibu kepada bayi ketika bersalin.

HVC mempunyai tempoh inkubasi antara enam hingga tujuh minggu. Antara gejala yang biasa yang dibabitkan dengan HCV adalah;

- demam kuning (30 hingga 40 peratus kes)

- demam yang tidak teruk

- sakit perut

- keletihan

- kerap mendapat jangkitan virus lain seperti virus selesema

HVC boleh menyebabkan sirosis hati dan pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mempercepatkan proses sirosis hati di kalangan penghidap Hepatitis B dan C.

Jika seseorang itu mendapat kedua-dua jangkitan HBV dan HCV, masalah sirosis dan kanser hati akan menjadi bertambah teruk. Bagaimanapun kes ini jarang berlaku.

Ubat yang diberikan kepada pesakit HCV biasanya bertujuan menghentikan tindakan virus berkenaan dan perlu diambil melalui suntikan atau pil selama enam hingga 12 bulan.

Virus Hepatitis D

Virus Hepatitis D (HDV) dikategorikan sebagai virus yang tidak lengkap kerana ianya memerlukan HBV untuk bertindak.

Maknanya jika seseorang itu hanya dijangkiti HDV, dia tidak akan mengalami sebarang masalah.

Gejala kesihatan hanya muncul jika individu berkenaan juga dijangkiti HBV selepas dijangkiti HDV. Namun, kes seperti ini jarang berlaku.

Jika anda mengalami mana-mana gejala seperti yang telah disebutkan, segera jalani ujian lanjut untuk hepatitis, terutamanya bagi individu yang lahir sebelum 1989.

Berbincang dengan doktor mengenai kaedah rawatan yang sesuai dengan anda.

Individu yang disahkan bebas daripada jangkitan mana-mana virus hepatitis disaran mengambil suntikan vaksin sebagai perlindungan.

Ditulis oleh:
Dr Abdul Malik Jamal Buhari
Pakar Runding Perubatan dan Gasteroenterologi
Kelana Jaya Medical Centre (KJMC)

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Thursday, June 6, 2013

Bekam Angin dan Bekam Darah

Bekam angin adalah bekam tanpa mengeluarkan darah,kawasan yang dibekam adalah bahagian yang dirasakan banyak angin dan sengal-sengal.Khasiat kaedah bekam ini ialah dapat mengeluarkan angin dari badan,menyegarkan badan,melonggarkan urat saraf yang bersimpul,menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.

Info Ringkas Tentang Kaedah Bekam Angin & Bekam Sunnah..
Kaedah Bekam Angin

-Ia juga dikenali sebagai bekam cina/bekam kering dan ia bukan sunnah nabi.
-Ia dilakukan dibahagian belakang badan/dada.
-Tiada tusukan jarum dan proses pengeluaran darah dari badan.
-Cup diletakkan kira-kira 20min pada anggota badan bagi proses pengeluaran angin dari dalam badan.
-Boleh melakukan rawatan ini dengan kerap dan tiada kesan sampingan.
-Akan ada kelihatan wap-wap air pada cup bekam selepas tamat rawatan ini.
-Manfaat kaedah bekam ini akan membuatkan badan terasa ringan dan menghilangkan kelesuan badan.
Kaedah Bekam Sunnah
-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.
-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.
-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.
-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.
-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.
-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.
-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula dengan krim antiseptik
-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN.

Khasiat Bekam Darah

Bekam darah adalah bekam sunnah dan ia dapat menghindari 93 jenis penyakit dimasa-masa akan datang. Bekam darah amat berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, migrain, resdung, gout, sihir, penyakit kulit dan banyak lagi.Kebaikan bekam darah berbanding dengan bekam angin ialah bekam darah boleh mengeluarkan angin dan darah kotor serentak.Oleh itu pesakit adalah lebih digalakkan melakukan bekam darah bagi kesembuhan yang maksimum.

Bukan bermakna jika anda melakukan bekam angin dan tiada wap yang kelihatan atau tapak bekam tidak lebam dan kemerahan menandakan anda bebas dari sebarang penyakit.Kadang-kadang bekam angin sahaja tidak mampu untuk menunjukkan bahawa badan anda sebenarnya mempunyai toksid yang banyak.

Bekam Angin dan Bekam Darah

Bekam angin adalah bekam tanpa mengeluarkan darah,kawasan yang dibekam adalah bahagian yang dirasakan banyak angin dan sengal-sengal.Khasiat kaedah bekam ini ialah dapat mengeluarkan angin dari badan,menyegarkan badan,melonggarkan urat saraf yang bersimpul,menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.

Info Ringkas Tentang Kaedah Bekam Angin & Bekam Sunnah..
Kaedah Bekam Angin

-Ia juga dikenali sebagai bekam cina/bekam kering dan ia bukan sunnah nabi.
-Ia dilakukan dibahagian belakang badan/dada.
-Tiada tusukan jarum dan proses pengeluaran darah dari badan.
-Cup diletakkan kira-kira 20min pada anggota badan bagi proses pengeluaran angin dari dalam badan.
-Boleh melakukan rawatan ini dengan kerap dan tiada kesan sampingan.
-Akan ada kelihatan wap-wap air pada cup bekam selepas tamat rawatan ini.
-Manfaat kaedah bekam ini akan membuatkan badan terasa ringan dan menghilangkan kelesuan badan.
Kaedah Bekam Sunnah
-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.
-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.
-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.
-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.
-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.
-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.
-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula dengan krim antiseptik
-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN.

Khasiat Bekam Darah

Bekam darah adalah bekam sunnah dan ia dapat menghindari 93 jenis penyakit dimasa-masa akan datang. Bekam darah amat berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, migrain, resdung, gout, sihir, penyakit kulit dan banyak lagi.Kebaikan bekam darah berbanding dengan bekam angin ialah bekam darah boleh mengeluarkan angin dan darah kotor serentak.Oleh itu pesakit adalah lebih digalakkan melakukan bekam darah bagi kesembuhan yang maksimum.

Bukan bermakna jika anda melakukan bekam angin dan tiada wap yang kelihatan atau tapak bekam tidak lebam dan kemerahan menandakan anda bebas dari sebarang penyakit.Kadang-kadang bekam angin sahaja tidak mampu untuk menunjukkan bahawa badan anda sebenarnya mempunyai toksid yang banyak.

Demam Denggi Bahaya?

APA ITU DEMAM DENGGI ?

- Penyakit yang disebabkan oleh virus denggi.
- Jangkitan biasanya terjadi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi.
- Sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
- Tiada ubat untuk merawat denggi.
- Cara paling berkesan untuk mencegah demam denggi ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

MENGENALI NYAMUK AEDES.

- Berbelang hitam & putih di badan dan kaki
- Mengigit pada awal pagi (5.00 Pg - 7.00 pg) & awal senja (5.00 ptg-7.00 mlm)
- Membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
- kitaran hidup (telur hingga dewasa) lebih kurang seminggu.

MENGENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.

1. DI DALAM RUMAH :
- Kolah bilik mandi & baldi yang menakung air
- Bekas perangkap semut
- Bekas menakung air peti sejuk
- Piring menakung air pasu bunga

2. DI LUAR RUMAH :
- Tayar terpakai
- Tempurung kelapa
- Tempurung koko
- Botol dan Tin-tin kosong
- Saluran air hujan
- Parit-parit bertakung

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI.

1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
3. Ruam merah di kulit.
4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
5. Sakit kepala
6. Hilang selera makan
7. Muntah-muntah dan Sakit perut.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN DEMAM DENGGI.

1. PERINGKAT JENTIK-JENTIK :
- Musnahkan tempat pembiakan Aedes dengan menanam atau membuang semua bekas
kosong yang boleh menakung air.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate/garam).
- Tutup bekas penyimpan air.
- Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga setiap minggu dan basuh serta berus
sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari piring-piring alas pasu bunga sekali seminggu dan berus piring-piring
itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
- Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
- Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air.

2. PERINGKAT DEWASA :
- Tidur menggunakan kelambu.
- Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
- Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
- Semburan kabus secara besar-besaran.

Wednesday, June 5, 2013

Kenali 'Septicaemia' @ jangkitan kuman dalam darah

Penyakit jangkitan kuman dalam darah atau Septicaemia merupakan antara penyebab utama kematian rakyat negara ini di hospital kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Septicaemia atau kewujudan bakteria dalam darah menjadi penyebab utama kematian dengan kadar 16.8 peratus daripada 40,000 kematian di hospital kerajaan pada 2006.

"Septicaemia adalah keadaan yang berkaitan dengan penyakit yang teruk seperti jangkitan daripada paru-paru, abdomen atau saluran kencing, dan ia boleh timbul sebelum atau semasa jangkitan pada tulang (osteomyelitis), dari sistem saraf (meningitis) atau tisu-tisu lain," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari Rabu.

Liow berkata selain Septicaemia, penyakit jantung turut menjadi punca utama dengan kadar 15.70 peratus kematian, diikuti kanser (10.59 peratus), Strok (8.49), Pneumonia (5.81) dan kemalangan (5.59).

Menjawab soalan Mohamed mengenai langkah yang akan diambil bagi meningkatkan sistem penyampaian hospital-hospital kerajaan, Liow berkata tumpuan utama diberikan kepada usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.

Ini termasuk memastikan hospital-hospital mematuhi Pekeliling berhubung tempoh masa menunggu untuk mendapatkan rawatan yang dipendekkan kepada 30 minit dan menyediakan laluan khas kepada warga emas dan orang kurang upaya semasa mendapatkan rawatan pesakit luar.

"Bagi memastikan tempoh masa menunggu 30 minit itu dilaksanakan, pemantauan akan dilakukan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan saya sendiri akan memantaunya setiap minggu," katanya.

Berhubung aduan mengenai sikap sesetengah jururawat hospital kerajaan yang didakwa tidak mesra pelanggan, Liow berkata kementerian memberi perhatian dalam usaha memantapkan amalan budaya korporat di semua fasilitinya dengan memberi penekanan kepada tiga nilai iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.

Liow turut menangkis persepsi umum bahawa ubat yang disediakan di hospital kerajaan kurang berkesan, sebaliknya berkata kerajaan amat prihatin dalam soal berkenaan dan telah menyediakan peruntukan RM1 bilion untuk bekalan ubat.

Menjawab soalan Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), Liow berkata kerajaan menjalankan pelbagai kempen untuk mempromosi cara hidup sihat termasuk Kempen Sihat Sepanjang Hayat yang dilaksanakan sejak 2005 bagi mengubah cara hidup masyarakat dan mengurangkan gejala penyakit berbahaya termasuk kanser dan strok di kalangan rakyat.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memberi geran penyelidikan kepada pihak universiti yang mahu membuat penyelidikan berhubung kesihatan.