Wednesday, October 23, 2013

Bunyi dalam telinga

TINNITUS adalah satu keadaan di mana seseorang mengalami atau berperasaan ada bunyi aneh di dalam telinga sama ada berdering, berdengung, berdenyut atau apa-apa bunyi lain, seperti bunyi desiran angin yang ada kala susah ditafsirkan.

Ia boleh berlaku disebabkan penyakit dalam telinga luar, telinga tengah, telinga dalam atau kerana keabnormalan dalam otak. Kebanyakan kes bukan masalah serius tetapi mendatangkan ketidakselesaan kepada sesiapa yang mengalaminya. 

Bagaimanapun, ia boleh membayangkan keadaan kesihatan serius di dalam kes tertentu yang jarang berlaku. Ada kala ia mungkin simptom penyakit tertentu. 

Beberapa fakta tinnitus: 

  • Bunyi yang paling biasa didengari termasuk bunyi cengkerik, mengaum, dengung, desiran, bersiul dan deringan nada tinggi. 

  • Jenis tinnitus lain termasuk pulsatile tinnitus iaitu berdetik atau bernadi (bunyi menyusul selepas degupan jantung seseorang). 

  • Jenis tinnitus paling biasa dikenali sebagai tinnitus subjektif, bermaksud anda terdengar sesuatu bunyi tetapi ia tidak boleh didengar orang lain. 

  • Jenis lebih jarang berlaku dipanggil tinnitus objektif, bermakna doktor adakalanya boleh terdengar bunyi tinnitus itu apabila mendengar dengan teliti. 

    Penyebab tinnitus: 

    Tinnitus bukan penyakit tetapi tanda atau gejala yang membayangkan sesuatu berlaku dalam sistem pendengaran atau otak. 

    Punca paling biasa terjadinya tinnitus ialah kehilangan pendengaran akibat peningkatan umur atau penuaan, selain trauma telinga (melalui bunyi bising, ubat- ubatan atau bahan kimia), atau bahagian telinga yang membolehkan kita mendengar, termasuk koklea, menjadi rosak. 

    Teori ini disebabkan koklea tidak lagi menghantar isyarat biasa kepada otak, menyebabkan ia menjadi keliru dan akhirnya mengeluarkan bunyi sendiri bagi menampung kekurangan isyarat bunyi biasa yang kemudian diterjemahkan sebagai tinnitus. 

    Tinnitus akibat kekurangan pendengaran boleh menjadikan pendengaran kita lebih teruk lagi, seperti jangkitan telinga atau tahi telinga berlebihan di dalam telinga. 

    Tinnitus juga boleh disebabkan kehadiran cecair dan jangkitan di telinga luar atau telinga tengah, penyakit tulang (ossicles) di telinga tengah (middle ear) dan ia boleh terjadi selepas berenang atau air masuk ke dengan telinga bagi seseorang yang mempunyai tahi telinga tersumbat. 

    Ia juga disebabkan trauma telinga (ubat-ubatan atau bahan kimia) biasanya membabitkan kedua-dua telinga, kerana telinga biasanya terdedah kepada penyebab sama. 

    Pendedahan kepada bunyi bising yang sangat kuat atau berterusan juga adalah punca terjadinya tinnitus hari ini, seterusnya menyebabkan kerosakan pendengaran. 

    Malangnya, ramai tidak mempedulikan kesan bahaya bunyi bising yang berlebihan dan kuat, misalnya senjata api, muzik intensiti tinggi atau sumber bising lain, selain faktor ubat-ubatan seperti aspirin, antibiotik aminoglycoside dan kuinina. 

    Penyakit telinga dalam seperti sindrom Meniere boleh menyebabkan gejala tinnitus, kurang pendengaran dan pening (vertigo). 

    Dalam keadaan yang jarang berlaku, tinnitus boleh menjadi tanda masalah serius kerana aneurisma (aneurysm) otak atau ketumbuhan otak. 

    Satu ketumbuhan otak yang biasa ialah acoustic neuroma, di mana ketumbuhan berlaku pada saraf yang membekalkan pendengaran dan menyebabkan tinnitus. 

    Jenis tinnitus ini biasanya hanya disedari pada sebelah telinga, tidak seperti jenis lebih biasa yang disebabkan kehilangan pendengaran yang biasanya dilihat di kedua-dua telinga. Tinnitus juga boleh menjadi jenis objektif atau subjektif. 

    Jenis paling biasa dikenali sebagai tinnitus subjektif, bermaksud seseorang itu terdengar bunyi tetapi ia tidak boleh didengar orang lain. Biasanya membabitkan sebelah atau kedua-dua telinga. 

    Jika ia membabitkan sebelah telinga dan berlaku gejala kurang pendengaran secara tiba-tiba, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan segera untuk memastikan ia bukan ketumbuhan. 

    Jenis lebih jarang berlaku dipanggil objektif tinnitus, bermaksud doktor mungkin boleh mendengar bunyi tinnitus berkenaan apabila mendengar dengan teliti. 

    Punca tinnitus biasanya lebih mudah dicari. Tinnitus yang berdetik (pulsatile tinnitus) biasanya berkaitan aliran darah, sama ada melalui saluran darah normal atau abnormal berdekatan telinga. 

    Puncanya termasuk mengandung, anemia (kekurangan sel darah merah), tiroid terlalu aktif atau tumor membabitkan saluran darah berhampiran telinga seperti Glomus Tumor. 

    Tinnitus berdebar-debar juga boleh disebabkan keadaan dikenali sebagai benign intracranial hypertension iaitu peningkatan dalam tekanan cecair yang mengelilingi otak. 

    Wujud sejenis tinnitus objektif disebabkan sendi rahang temporomandibular (TMJ) di mana doktor boleh mendengar klik di sendi itu apabila membuka dan menutup mulut. 

    Bila perlu mendapatkan rawatan: 

    Tinnitus perlu dinilai oleh doktor kerana ia tanda sesuatu penyakit lain. Walaupun majoriti kes ini tidak disebabkan masalah akut, simptom tertentu perlu dinilai bagi menentukan sama ada satu keadaan perubatan lebih serius menyebabkan gejala itu. 

    Jika tinnitus datang secara tiba-tiba, terutama pada sebelah telinga atau dikaitkan dengan kehilangan pendengaran, segera dapatkan rawatan. 

    Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba sering diiringi tinnitus, dan ada ubat boleh membantu memulihkan pendengaran itu jika dirawat secepat mungkin. 

    Sesetengah jenis tumor juga boleh menyebabkan kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan tinnitus itu memerlukan penilaian. 

    Tinnitus yang berdenyut (seirama dengan degupan jantung) dan datang secara tiba-tiba perlu diperiksa segera. Dalam keadaan tertentu, tinnitus ini disebabkan salur darah mengembang kerana aneurisma (dinding saluran darah membonjol) dekat dengan telinga atau dari salur darah lain. 

    Pemeriksaan dan ujian: 

    Penilaian awal sejarah lengkap dan pemeriksaan fizikal kepala serta leher termasuk penilaian saraf kranial. Ujian pendengaran lengkap (audiogram dan tympanometry) boleh dilakukan bergantung kepada jenis tinnitus, sama ada audiogram khas yang dikenali sebagai auditori tindak balas batang otak (ABR) atau imbasan otak seperti imbasan tomografi berkomputer (CT scan) atau pengimejan resonans magnetic (MRI) juga mungkin dikehendaki. 

    Dalam sesetengah kes, tekanan darah anda dan mungkin juga ujian darah untuk hipertiroidisme boleh diambil. 

    Rawatan diri di rumah: 

    Kebanyakan kes tinnitus perlu dinilai oleh doktor telinga, hidung dan tekak sebelum rawatan di rumah bermula untuk memastikan ia tidak disebabkan masalah lain yang boleh dirawat. 

    Rawatan perubatan bergantung kepada punca asas masalah berkenaan. Dalam kebanyakan kes, tinnitus disebabkan kerosakan organ pendengaran. 

    Dalam kes ini, biasanya tidak memerlukan rawatan selain jaminan tinnitus tidak disebabkan penyakit lain yang boleh dirawat. Dalam keadaan yang jarang berlaku, tinnitus sangat mengganggu, namun ada beberapa pilihan rawatan. 

    Bantuan pendengaran dan peralatan penghadang (masker) dapat membantu menghalang bunyi. Bagi individu yang diganggu tinnitus ketika ingin tidur, bunyi kipas, radio biasanya diperlukan untuk melegakan masalah. 

    Kebanyakan individu menghadapi masalah ini mendapati tanda itu lebih teruk apabila mereka tertekan, jadi teknik bersantai (relaxation) boleh membantu. 
    Elakkan kafein kerana ia boleh memburukkan lagi gejala. Elakkan juga aspirin atau produk berkaitan dalam kuantiti besar. 

    Penggunaan peralatan baru seperti tinnitool menggunakan pancaran laser dalam telinga. Penggunaan ubatan antianxiety atau anti depressent boleh membantu dengan nasihat doktor. 

    Dalam kes disebabkan satu daripada masalah lain yang jarang berlaku (seperti tumor atau aneurism), rawatan punca akan menyembuh atau mengurangkan tinnitus. Walaupun tidak semestinya menyelesaikan tinnitus pada sesetengah kes, sekurang-kurangnya ia dapat melegakan gejala itu. 

    Rawatan susulan: 

    Ikut arahan doktor untuk mendapatkan penilaian dan ujian lanjut. Anda mungkin perlu temu janji dengan pakar telinga, hidung, dan tekak (otolaryngologist) atau audiologist untuk ujian seterusnya. 

    Ini penting bagi memastikan tinnitus anda bukan disebabkan penyakit lain. Pencegahan sebenarnya hanya untuk tinnitus disebabkan kerosakan pendengaran. Kebanyakan kehilangan pendengaran tidak mempunyai strategi pencegahan. 

    Menurut Persatuan Tinnitus Amerika Syarikat, beberapa perkara boleh anda lakukan untuk mengelak tinnitus. Antaranya, melindungi pendengaran mengikut peraturan di tempat kerja yang ditetapkan Keselamatan dan Pentadbiran Kesihatan (OSHA) seperti alat penutup telinga dan mengikut garis panduan pemeliharaan ditetapkan majikan. 

    Apabila berada di kawasan bising yang mengganggu telinga (konsert, acara sukan, memburu, pengering rambut, mesin potong rumput), alat pelindung pendengaran akan mengurangkan tahap bunyi bising. 

    Kesimpulan: 

    Bergantung kepada jenis tinnitus, gejala akan cenderung datang dan pergi dari semasa ke semasa. Tahap tekanan, diet, dan pendedahan kepada bunyi bising boleh memburukkan tinnitus. 

    Gangguan yang biasa kita hadapi 

    ANDA disarankan agar memakai alat penutup telinga sekiranya anda berada dekat sebarang sumber bunyi melebihi 85dB, yang termasuklah: 

  • keriuhan lalu lintas 
  • pengering berangin 
  • keretapi bawah tanah 
  • jeritan kanak-kanak 
  • peralatan bermesin 
  • mesin potong rumput 
  • motosikal 
  • penggerudi tukul 
  • pesawat jet 
  • tembakan senapang 
  • letupan mercun

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/15-hmetro.com.my

  • Tuesday, October 22, 2013

    KENAPA KUCING ANDA PERLU VAKSINASI?

    VAKSIN

    Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-
    penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan 
    kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada
     mikroorganisma yang berbahaya...!

    Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda
     untuk merawat / membawa mereka ke Vet yang bertauliah.

    P.s : Jgn pergi ke Vet yang tak bertauliah ye.. silap2, awak balik bawa carrier kosong je nanti...

    Dalam banyak-banyak penyakit, semestinya jangkitan VIRUS / VIRAL infection pada kucing adalah yang 
    paling menakutkan! Hanya boleh terbayang kucing anda akan semakin lemah, hilang selera makan, muntah 
    hijau dan akhirnya mati...
    Sedihkan? Jadi untuk menghalang jangkitan VIRUS MAUT ni, pemberian vaksin mengikut jadual adalah
     sangat penting.

    Ada yang tanya, PENTING KE VAKSIN TU? UNTUK APA? KALAU TAK INJEK TAK PE KE?


    APAKAH KEBAIKAN PEMBERIAN VAKSIN? 
    APAKAH PENYAKIT YANG DAPAT DIHINDARKAN DENGAN PEMBERIAN VAKSIN?

    Joooom kita baca tentang penyakit2 yang boleh dielakkan :

    1)   FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) 
    Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya
     anak kucing.
    ***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg 
    sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke 
    bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.

    2)  FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR)
    Penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.
    ***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis
     (radang pada mata)

    3)  FELINE CALICIVIRUS
    Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus
     lain (seperti FVR) dan bakteria.
    ***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, 
    batuk, konjunktivitis (radang pada mata).

    4)  CHLAMYDIA PSITTACI 
    Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan
     virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam
     dan radang mata)
    ***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Radang mata, mata dan hidung berair.

    5)  FELINE LEUKIMIA (FeLV)
    Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.
    Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema 
    serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.
    ***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing 
    mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.


    Berikan vaksinasi pertama pada kucing anda seawal usia 2 bulan :)


    Jadi, untuk mengelakkan jangkitan virus-virus di atas, anda dinasihatkan untuk memberikan vaksinasi
     mengikut jadual kepada kucing-kucing kesayangan anda..
    Jangan pandai-pandai nak jadi doktor pula ye dengan melantik diri sendiri untuk menjadi doktor kepada
     kucing anda. Bawalah mereka ke Vet berdekatan..lebih selamat dan terjamin!


    JADUAL PEMBERIAN VAKSIN:

    ***VAKSINASI PERMULAAN :
    --> DOS PERTAMA :  Ketika anak kucing berusia 6 Minggu
    --> DOS KEDUA :  Ketika usia 9 Minggu
    --> DOS KETIGA : Ketila usia 12 Minggu

    ***VAKSINASI ULANGAN / BOOSTER :
    --> SETIAP TAHUN! (YEARLY)

    KOS VAKSINASI KUCING:

    ***VET KERAJAAN : RM 20.00 - RM 35.00 (SEEKOR)
    ***VET SWASTA : RM 35.00 - RM 45.00 (SEEKOR)

    **Program Vaksinasi bergantung kepada cadangan doktor perubatan Veterinar anda.
    **Sumber : Rhonema Pure Vax Malaysia, Dr. Toh, DVM


    Jadi, sudahkan anda melakukan tanggungjawab anda terhadap kucing anda?

    Thursday, October 17, 2013

    Apa itu CINTA , SAYANG dan RINDU ♥



     Cinta ni .. sesuatu hubungan yang tak di jangka akan terjalin antara lelaki dan perempuan .. cinta ni boleh membuat kita merasa sedih , bahagia , happy , sakit hati dan cemburu .
      


    Bagaimana pula dengan sayang .. bagi aku nak tunjukkan sayang kita akan seseorang ni .. tak perlu nak menunjukkan dengan bagi barang atau sebaliknya .. cukupla dengan take care tentang dia .. dan selalu adaa untuk dia .. kerana kasih sayang tidak boleh di ukur dengan harta .. simple kan .



    Ok ! rindu pula ..  .. rindu ni susah sikit .. sebab apa .. rindu ni susah untuk di tonjolkan .. kerana hanya kita yang dapat tahu bagaimana bila merindui diri seseorang tuu .

     Rindu ni juga kadang2 boleh membuat kita rasa sedih dan appy bila merindui seseorang .. rindu tuu tak dapat dikira dan sebanyak mana kita rinduukan seseorang .. macam bintang2 di langit .. yang kita nampak .. tapi tak mampu untuk mengiranya .. kerana bintang tuu banyak .. and macam tuu la rindu kita pada seseorang .


    Sunday, October 6, 2013

    Elak Risiko Batu Karang.

    Menikmati makanan enak menjadi budaya dalam masyarakat kita. Perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini, bukan apakah makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

    Ramai orang kita yang sakit bukan disebabkan tidak cukup makan, sebaliknya kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang.

    Jika ada kesedaran sekalipun, kadangkala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan.

    Pakar Perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, tanpa disedari, makanan yang kita makan kerana keenakannya atau diambil kerana inginkan khasiatnya sebenarnya boleh mengundang penyakit jika diambil secara berlebihan.

    Foto
    BATU karang yang ditemui dalam buah pinggang pesakit.

    Menurutnya, banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu struktur keras menyerupai kristal yang terbentuk daripada bahan mineral. Ia boleh terbentuk di bahagian antara ginjal hingga ke saluran kencing.

    Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan.

    Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.

    “Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak,” katanya.

    Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor serta pendarahan dalam kencing.

    Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan:
    • Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang

    • Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di saluran buah pinggang

    • Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.

    Jenis batu karang
    • kalsium
    • asid urik
    • struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
    • cystine

    Batu karang yang boleh dikesan sinaran X ialah batu kalsium fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak dapat dikesan dengan sinaran X tetapi biasanya dapat dikesan dengan ultrasound atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine.

    “Batu yang membesar dalam ginjal mungkin mengambil masa lama untuk terbentuk, dari beberapa tahun hingga berpuluh-puluh tahun.

    “Kadar pembentukan batu tidak sama, ada individu mendapat batu karang yang saiznya masih sama biarpun selepas 10 tahun,” katanya.

    Satu daripada 20 orang dijangka menghidap penyakit batu karang. Lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Ini disebabkan hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang membentuk batu.

    Kejadian batu karang kerap terjadi pada individu berusia antara 20 hingga 50 tahun dan penyakit ini biasanya berulang. Ia kerap berlaku kepada orang putih dan Asia kerana genetik dan jarang berlaku dalam kalangan orang Afrika.

    Faktor risiko

    • 25% daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang

    • kerap berlaku di negara bercuaca panas

    • gaya hidup yang kurang aktif

    • dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)

    • pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi

    • jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang

    Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu. Selain itu, lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang.

    Pembentukan batu karang boleh dicegah dengan banyakkan minum air serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

    Gejala

    • kencing berdarah
    • sakit belakang/kawasan pundi kencing
    • wujud butiran pasir di dalam air kencing
    • jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
    • demam dan badan menggigil
    • kencing kotor

    Rawatan

    Jika wujud gejala batu karang, segera berjumpa doktor. Doktor akan menjalankan ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan CT scan.

    Pesakit yang mempunyai batu karang kecil digalakkan supaya meminum banyak air. Ubat tahan sakit juga akan diberi sekiranya pesakit mengalami kesakitan.

    Doktor juga mungkin memberi ubat yang membantu merapuh dan meleburkan batu karang yang akhirnya akan keluar melalui air kencing.

    Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing.

    Kaedah memecahkan batu karang di buah pinggang, saluran buah pinggang dan pundi kencing:

    1) Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)

    • kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan

    • membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang

    • kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing

    • sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X

    • pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan

    • rawatan pesakit luar

    2) Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)

    • pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang

    • tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound

    3) Litotripsi Ureteroskopi (URS)

    • pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang

    • kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang

    • batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara pneumatik atau laser melalui skop

    4) Vesikolitotripsi

    • ini pembedahan untuk memecahkan batu di pundi kencing

    • kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga yang boleh memecahkan batu

    Pencegahan/panduan

    • banyakkan minum air

    • kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang

    • elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa risiko pembentukan batu karang

    • protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini banyak menyebabkan kejadian batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan kira-kira 150g/sehari

    Sumber dari hmetro.com.my: 2013/10/06

    Bahaya gigitan sang nyamuk!!!

    Kain pemidang amaran lokasi panas denggi sering dipasang di kawasan yang mempunyai kes denggi tinggi sebagai ingatan kepada penduduk setempat. Mungkin bagi sebilangan orang, ia pemandangan biasa kerana setiap kali musim hujan, banyak nyamuk membiak lantas kes denggi meningkat.

    Apapun, jangan pandang ringan serangga kecil dengan kaki berbelang hitam putih itu kerana gigitannya boleh membawa maut.

    Denggi adalah penyakit disebabkan virus daripada genus flavivirus bawaan nyamuk aedes betina. Cara penyebaran penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes terhadap individu yang mengalami demam denggi. Selepas itu, virus yang diperoleh daripada pesakit demam denggi membiak dan masuk ke dalam kelenjar air liur nyamuk berkenaan yang kemudian dipindahkan kepada individu sihat melalui gigitan.

    Virus berkenaan merebak ke seluruh tubuh pesakit membabitkan limpa, kelenjar dan sel darah putih. Tempoh pengeraman virus antara empat hingga lapan hari dan selepas tempoh berkenaan, timbul gejala demam denggi.


    NYAMUK aedes yang menyebarkan genus flavivirus.

    Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Dada Pusat Perubatan Tropicana Dr Mohammed Fauzi Abdul Rani berkata, tahap serius demam denggi bergantung kepada beberapa faktor seperti umur pesakit, kadar virus dan juga kewujudan beberapa polimorfisma genetik dalam kalangan beberapa gen pesakit denggi.

    GEJALA:

    demam
    pening kepala
    sakit otot
    sakit badan
    loya
    muntah
    menggeletar
    hilang selera makan
    sakit dada
    cirit-birit

    Menurutnya, sekiranya seseorang itu menghidap penyakit kronik seperti asma atau diabetes dan tiba-tiba digigit nyamuk aedes, demam denggi yang dialami boleh menjadi lebih teruk.

    Mereka yang diserang demam denggi mungkin mengalami demam denggi biasa, denggi berdarah atau denggi sindrom kejutan.

    Dalam kebanyakan kes, pesakit sembuh dalam masa dua minggu. Bagaimanapun, terdapat individu yang mengalami gejala berlarutan sehingga empat minggu. Dalam kes ini, dua minggu selepas sembuh dan keluar wad, pesakit masih mengalami sakit seperti pening kepala, sakit sendi atau sakit badan.

    Di Malaysia, insiden demam denggi meningkat daripada 44.3 kes/ 100,000 populasi pada 1999 kepada 181 kes/ 100,000 populasi pada 2007.

    “Di negara ini, pesakit demam denggi kebanyakannya berusia 15 tahun ke atas dan kadar insiden tinggi dalam kalangan pelajar sekolah dan golongan bekerja.

    “Sebanyak 80 peratus kes berlaku di bandar kerana kepadatan penduduk yang tinggi di samping faktor kepesatan pembangunan. Banyak kawasan mengandungi air bertakung dan sampah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

    Menurutnya, terdapat tiga fasa demam denggi iaitu febrile (demam), kritikal dan pulih. Pengurusan pesakit bergantung kepada fasa dan klasifikasi denggi yang mempunyai tanda amaran, tanpa tanda amaran dan denggi teruk.

    Fasa demam

    Lazimnya pesakit tiba-tiba mendapat demam dengan suhu yang tinggi. Fasa demam akut antara dua hingga tujuh hari dan selalunya disertai muka merah, kulit kemerahan akibat pengembangan kapilari darah, sakit badan, sakit pada otot, sakit sendi dan sakit kepala. Sebilangan pesakit juga mengalami sakit tekak, loya dan muntah.

    Fasa kritikal

    Fasa kritikal berlaku selalunya selepas tiga hari demam atau fasa akhir demam (biasanya antara tiga hingga lima hari sakit tetapi mungkin berlarutan hingga hari ketujuh). Akhir fasa kritikal antara 24 hingga 48 jam. Ramai pesakit sihat tiba-tiba atau selepas tempoh pemberian titisan cecair ke dalam tubuh atau terapi elektrolit.

    Dalam keadaan yang lebih teruk akibat kebocoran plasma, pesakit mungkin berpeluh, sukar berehat dan mengalami kesejukan melampau. Pesakit mengalami sakit perut, muntah berterusan, kegelisahan dan tidak sedarkan diri.

    Fasa pulih

    Meskipun pesakit kelihatan sihat dan berselera makan, sebilangan masih lagi mengalami ruam. Tekanan darah berbalik kepada asal dan jumlah platelet normal.

    Seseorang yang demam boleh mengesyaki dia diserang penyakit ini sekiranya mengalami pening kepala, sakit sendi, sakit otot, sakit mata, ruam, tanda pendarahan seperti di mulut atau kulit dan bilangan sel darah putih atau platelet yang rendah daripada biasa.

    “Mereka yang disyaki menghidap demam denggi tetapi kadar kiraan darah dan pemeriksaan fizikalnya normal tanpa loya, muntah, pendarahan dan sakit perut digalakkan minum banyak air. Sakit perut menandakan kemungkinan terdapat pendarahan dalam perut pesakit dan ia adalah tanda amaran denggi teruk.

    “Di hospital, pesakit boleh diklasifikasikan kepada denggi dengan tanda amaran, denggi teruk tanpa kejutan atau denggi dengan kejutan. Ketiga-tiga kumpulan ini perlu dimasukkan titisan air ke dalam tubuh dan kategori ketiga perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk rawatan dan pemerhatian,” katanya.

    Demam denggi berdarah terjadi apabila berlaku kebocoran daripada saluran darah menyebabkan pendarahan yang kemudian keluar di liang roma atau pendarahan dalam usus.

    Pesakit dirawat dengan memberi cecair sama ada minum (untuk kes biasa) atau titisan (drip). Kadar cecair yang patut dimasukkan ke dalam tubuh ditentukan dengan ujian darah.
    Bergantung tahap serius penyakit, pesakit mungkin memerlukan pemindahan darah sekiranya berlaku pendarahan teruk. Pesakit digalakkan minum banyak air kosong atau jus.

    “Ketika mengalami demam denggi, pesakit boleh mendapat jangkitan kuman lain disebabkan daya melawan penyakit yang lemah, misalnya mendapat serangan bakteria yang boleh mengakibatkan kegagalan hati, buah pinggang, jantung atau jangkitan kuman di otak,” katanya.

    Tiada rawatan yang spesifik untuk pesakit demam denggi. Lazimnya, pesakit yang sudah tidak demam selama dua hari dan pulih segala kiraan darah boleh dibenarkan keluar wad.

    Sebelum keluar wad, selalunya pesakit akan beransur sihat dengan selera makan bertambah, pengeluaran air kencing dan tahap tekanan darah bertambah dan pemulihan kiraan platelet biasanya didahului oleh pemulihan sel putih.

    Penyakit demam denggi tidak berlaku di kawasan beriklim sejuk atau empat musim tetapi cepat merebak di kawasan beriklim tropika dan sub tropika. Cuaca panas lembap dan terdapat air bertakung membolehkan nyamuk aedes membiak.

    Cara mengawal pembiakan nyamuk aedes melalui pencegahan iaitu:

    1) Membunuh nyamuk dengan semburan racun serangga dan bubuh ubat jentik-jentik di kawasan air bertakung
    2) Buang sumber air bertakung seperti lopak air, tayar, botol plastik, pelapik pasu bunga serta pasu jambangan bunga segar
    3) Sekiranya menyimpan bekalan air, tutup bagi mengelakkan nyamuk aedes bertelur
    4) Pastikan longkang tidak tersumbat pada musim hujan yang boleh menjadi tempat nyamuk Aedes bertelur
    5) Elak daripada gigitan nyamuk. Serangga ini gemar di kawasan berwarna hitam, misalnya perabot berwarna gelap, pakaian hitam dan ketat
    6) Pada waktu malam, tutup tingkap bagi menghalang nyamuk memasuki rumah
    7) Nyamuk aedes gemar keluar pada waktu pagi dan senja, oleh itu elakkan berada di tempat yang banyak nyamuk pada waktu itu.

    Sumber dari hmetro.com.my : 2013/09/22