Sebagai pengguna Facebook kami sering tertanya tanya berapa lama lagi Facebook mampu bertahan dalam pasaran sebelum hilang seri dan mati seperti nasib MySpace dan Friendster. Dan pada masa yang sama kami juga mencariThe Next Facebook.
Hari ini, Facebook memperkenalkan fungsi “legacy contact” yang membolehkan pengguna Facebook memilih individu lain untuk memadamkan akaun atau menguruskan akaun selepas mereka meninggal dunia. Fungsi ini diperkenalkan kepada pengguna US terlebih dahulu.
Dan fungsi baru ini membuatkan kami fikir Facebook benar benar serius dalam menjadikan dunia internet seperti dunia sebenar dan ini salah satu cara mereka untuk kekal relevan dalam pasaran.
Seandainya anda memilih untuk set up “legacy contact”, individu tersebut boleh menukar gambar profile, menerima permintaan menambah rakan dan pin pengumuman di timeline akaun selepas Facebook menerima notis kematian anda.
Legacy contact tidak boleh post status menggunakan akaun anda dan tidak boleh melihat privatemesej anda. Facebook juga akan memberi pilihan kepada legacy contact untuk memuat turun fail yang mengandungi gambar, post dan lain lain maklumat akaun si mati.
Sebelum ini, Facebook cuma memberi pilihan untuk membekukan akaun si mati dan tiada cara untuk membolehkan individu lain urus atau memadamnya secara automatik. Facebook turut mengatakan fungsi Legacay Contact akan diperkenalkan kepada negara lain secara berperingkat.
Sumber: The vocket