Dalam laporan sebuah portal hari ini, hasil siasatan yang mengandungi data penuh penerbangan pesawat hanya akan didedahkan Jumaat ini oleh pasukan penyiasat Belanda yang ditugaskan untuk menganalisis data dan maklumat yang diperoleh dari perakam data penerbangan pesawat tersebut.
Namun tindakan Ukraine yang terlebih dahulu mendedahkan hasil siasatan maklumat dan data kotak hitam disifatkan tidak matang.
Menurut jurucakap Belanda, kotak hitam tersebut sepatutnya diserahkan kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) pada 23 Julai lalu selepas data tersebut diserahkan kepada Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pihak kami sudah memperoleh dan menganalisis 50 peratus dari keseluruhan data dan kami masih tidak selesai menyiasat data kotak hitam tersebut.
"Bagaimanapun kita harus pertimbangkan bahawa ada kemungkinan maklumat itu dibocorkan dari pihak Belanda," katanya.
Data yang diperoleh daripada kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas baru-baru ini menunjukkan kapal terbang itu telah ditembak jatuh sehingga menyebabkan berlakunya letupan besar.
Kenyataan tersebut didakwa didedahkan oleh jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Ukraine, Andriv Lysenko pada Isnin lalu.
Mengulas mengenai perkembangan penyiasatan data maklumat kotak hitam, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Hasil siasatan terhadap data penerbangan masih disiasat dan kami tidak boleh buat sebarang kesimpulan," katanya lagi.
Sumber: sinarharian 300714
No comments:
Post a Comment