Sunday, July 13, 2014

Tol Elektronik Penuh Tol Batu Tiga, Sungai Rasau bermula 1 Sept 2014

Bermula 1 september depan, sistem kutipan tol elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Klang. Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (Plus), Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, semua transaksi tol di kedua-dua plaza tol itu akan dikendalikan menerusi kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau SmartTAG.

“Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Plus menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang mudah dan selesa serta membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lancar di plaza tol berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menggunakan kedua-dua plaza tol berkenaan digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.

Plus juga akan menyediakan lorong khas bagi mendapatkan dan menambah nilai kad Touch ‘n Go dan PLUSMiles di lorong paling kiri di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bermula 19 Julai ini.

“Plus juga akan menyediakan rebat tol sebanyak 30 peratus selama empat bulan bermula 1 September depan kepada pengguna kenderaan kelas satu yang membayar secara elektronik pada waktu bukan puncak (di antara 10.00 pagi – 4.00 petang dan 10.00 malam – 6.00 pagi),” katanya.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go dengan harga promosi RM5 di kedua-dua plaza tol berkenaan bermula 18 Ogos hingga 30 November depan.

Sumber:penmerah.com

No comments:

Post a Comment