Wednesday, March 23, 2011

KELEBIHAN KOPI...

ANTARA KELEBIHAN KOPI :

MELINDUNGI HATI

Peminum kopi sedang iaitu antara 1 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar yang lebih rendah terkena strok daripada bukan peminum kopi.  Kopi mempunyai antioksidan lebih daripada blueberry, sehingga menjadi sumber terbesar antiobsidan dan dalam diet Amerika.

Semua antioksidan dapat membantu mengesan kerosakkan daripada peradangan pada arteri.  Setelah minum, kopi dapat meningkatkan tekanan darah dan detak jantung, tapi selama jangkamasa yang panjang, itu benar-benar dapat menurunkan tekanan darah.

Antioksidan kopi mengaktifkan asid nitric dan melebarkan pembuluh darah.  Peminum kopi dapat merendahkan insiden sirosis dan penyakit hati yang lain.  Salah satu analisis tentang sembilan kajian mendapati bahawa setiap peningkatan 2 cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko kanser hati sebanyak 43 peratus.  Antioksidan-klorogenat dan asid kafein ini boleh mencegah keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser merebak.

MENCEGAH DIABETIS

Antioksidan (asid klorogenat dan quinides, khususnya) boleh meningkatkan kepekaan sel-sel anda tehadap insulin, yang membantu mengatur gula dalam darah.

Bahkan menurut beberapa kajian, orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin mempunyai risiki lebih rendah  menderita diabetes jenis 2.  Penyelidikan lain menunjukkan bahawa kafein boleh menumpukan peningkatan sensitivity insulin, jadi jika anda minum beberapa cawan sehari, cuba campurkan kopi yang bebas kafein sekali.

MENINGKATKAN KEKUATAN OTAK

Minum antara 1 dan 5 cawan sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson. Antioksidan ini dapat mencegah kerosakan sel otak dan membantu neurotransmitter yang terlibat dalam fungsi kognitif untuk bekerja dengan lebih baik.

MEMBANTU SAKIT KEPALA

Melewatkan dos harian kafein TIDAK akan menyebabkan sakit kepala!.  Kajian menunjukkan bahawa 200 miligram kafein (jumlah dalam 16ons membuat kopi) boleh membantu sakit kepala termasuk migraine.

Bagaimana kafein mengurangkan sakit kepala itu tidak jelas.  Tetapi para saintis tahu bahawa kafein meningkatkan sel-sel otak yang menyebabkan sekitar pembuluh darah mengerut.  Satu teori adalah bahawah penempitan ini membantu untuk meringankan tekanan yang menyebabkan rasa sakit (Robert Shapiro, MD, Ph.D. professor neurology dan pengarah Klinik Sakit Kepala di University of Vermont Medical School)

MENGURANGKAN BARAH RAHIM

WANITA yang minum banyak kopi mungkin mengalami risiko yang berkurangan untuk menghidap barah rahim, demikian menurut satu kajian di Jepun. Kajian oleh Kementerian Jepun itu telah memantau kira-kira 54,000 wanita berusia antara 40 tahun dengan 69 tahun sepanjang tempoh 15 tahun, lapor AFP. 

Dalam tempoh itu didapati 117 orang daripada wanita-wanita itu menghidap barah di rahim atau uterus mereka. Para pengkaji dari Pusat Barah Nasional Jepun itu telah membahagikan wanita-wanita itu kepada empat kumpulan mengikut jumlah kopi yang mereka minum. 

Mereka mendapati kumpulan wanita yang minum lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari adalah lebih 60 peratus kurang berkemungkinan menghidap barah rahim, berbanding mereka yang minum kopi kurang daripada dua kali seminggu, menurut kajian itu. 'Kopi mungkin mempunyai kesan untuk mengurangkan paras insulin, lantas menyekat risiko barah rahim,' menurut kajian itu lagi.Kumpulan pengkaji itu juga telah mengkaji kesan-kesan meminum teh hijau, tetapi tidak menemui kaitannya dengan barah rahim.

JADI...

KOPI itu bujan penyebab. Beberapa orang yang super-sensitif terhadap kafein akan mengalami gelisah atau cemas selepas minum kopi, peminum kopi kebiasaan mengembangkan toleransi terhadap kafein yang mampu menghilangkan masalah ini tapi mereka perlu berwaspada terhadap kafein dan mencegah sakit kepala. Kopi juga boleh mengganggu tidur.  Meminum kafein pada siang hari dapat mengelak kesan ini.

Terkini, Kopi tanpa filter (seperti yang dibuat dengan pers Perancis) dapat meningkatkan kolestrol LDL, jadi penapis itu digunakan untuk kesihatan jantung)

Kalau sukakan kopi kita boleh menikmatinya tanpa rasa bersalah!

G6PD penyakit kurang enzim

'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki. 

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). 
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu. 
Bagaimana masalah ini dikesan? 
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir. 

Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. 

Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. 
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang. 

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang. 

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria. 

Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi. 

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi:
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan:
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.
Penting kepada para Ibubapa ... ketahui kesihatan anak anda ....
Benda ini biasanya tertulis di dalam kad kesihatan anak anda (biru @ pink) .... 

Sekiranya anak anda ada penyakit ini sila elakkan mereka daripada benda2 yg menyebabkan 'hemolisis' darah merah ...

Tuesday, March 22, 2011

Kebaikan Sunsweet Prunes

Apa yang menarik mengenai sunsweet ni, dia anti0ksidan. memang recommended untuk orang yang nak berdiet dan prunes ni banyak khasiat dia. Antaranya adalah:



  • antikaser
  • mengurangkan risiko osteoporosis
  • antioksidan/penuaan
  • melancarkan sistem penghadaman
  • kaya dengan vitamin
  • bagus untuk pengamal diet seimbang
  • dan lain-lain