Wednesday, March 23, 2011

KELEBIHAN KOPI...

ANTARA KELEBIHAN KOPI :

MELINDUNGI HATI

Peminum kopi sedang iaitu antara 1 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar yang lebih rendah terkena strok daripada bukan peminum kopi.  Kopi mempunyai antioksidan lebih daripada blueberry, sehingga menjadi sumber terbesar antiobsidan dan dalam diet Amerika.

Semua antioksidan dapat membantu mengesan kerosakkan daripada peradangan pada arteri.  Setelah minum, kopi dapat meningkatkan tekanan darah dan detak jantung, tapi selama jangkamasa yang panjang, itu benar-benar dapat menurunkan tekanan darah.

Antioksidan kopi mengaktifkan asid nitric dan melebarkan pembuluh darah.  Peminum kopi dapat merendahkan insiden sirosis dan penyakit hati yang lain.  Salah satu analisis tentang sembilan kajian mendapati bahawa setiap peningkatan 2 cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko kanser hati sebanyak 43 peratus.  Antioksidan-klorogenat dan asid kafein ini boleh mencegah keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser merebak.

MENCEGAH DIABETIS

Antioksidan (asid klorogenat dan quinides, khususnya) boleh meningkatkan kepekaan sel-sel anda tehadap insulin, yang membantu mengatur gula dalam darah.

Bahkan menurut beberapa kajian, orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin mempunyai risiki lebih rendah  menderita diabetes jenis 2.  Penyelidikan lain menunjukkan bahawa kafein boleh menumpukan peningkatan sensitivity insulin, jadi jika anda minum beberapa cawan sehari, cuba campurkan kopi yang bebas kafein sekali.

MENINGKATKAN KEKUATAN OTAK

Minum antara 1 dan 5 cawan sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson. Antioksidan ini dapat mencegah kerosakan sel otak dan membantu neurotransmitter yang terlibat dalam fungsi kognitif untuk bekerja dengan lebih baik.

MEMBANTU SAKIT KEPALA

Melewatkan dos harian kafein TIDAK akan menyebabkan sakit kepala!.  Kajian menunjukkan bahawa 200 miligram kafein (jumlah dalam 16ons membuat kopi) boleh membantu sakit kepala termasuk migraine.

Bagaimana kafein mengurangkan sakit kepala itu tidak jelas.  Tetapi para saintis tahu bahawa kafein meningkatkan sel-sel otak yang menyebabkan sekitar pembuluh darah mengerut.  Satu teori adalah bahawah penempitan ini membantu untuk meringankan tekanan yang menyebabkan rasa sakit (Robert Shapiro, MD, Ph.D. professor neurology dan pengarah Klinik Sakit Kepala di University of Vermont Medical School)

MENGURANGKAN BARAH RAHIM

WANITA yang minum banyak kopi mungkin mengalami risiko yang berkurangan untuk menghidap barah rahim, demikian menurut satu kajian di Jepun. Kajian oleh Kementerian Jepun itu telah memantau kira-kira 54,000 wanita berusia antara 40 tahun dengan 69 tahun sepanjang tempoh 15 tahun, lapor AFP. 

Dalam tempoh itu didapati 117 orang daripada wanita-wanita itu menghidap barah di rahim atau uterus mereka. Para pengkaji dari Pusat Barah Nasional Jepun itu telah membahagikan wanita-wanita itu kepada empat kumpulan mengikut jumlah kopi yang mereka minum. 

Mereka mendapati kumpulan wanita yang minum lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari adalah lebih 60 peratus kurang berkemungkinan menghidap barah rahim, berbanding mereka yang minum kopi kurang daripada dua kali seminggu, menurut kajian itu. 'Kopi mungkin mempunyai kesan untuk mengurangkan paras insulin, lantas menyekat risiko barah rahim,' menurut kajian itu lagi.Kumpulan pengkaji itu juga telah mengkaji kesan-kesan meminum teh hijau, tetapi tidak menemui kaitannya dengan barah rahim.

JADI...

KOPI itu bujan penyebab. Beberapa orang yang super-sensitif terhadap kafein akan mengalami gelisah atau cemas selepas minum kopi, peminum kopi kebiasaan mengembangkan toleransi terhadap kafein yang mampu menghilangkan masalah ini tapi mereka perlu berwaspada terhadap kafein dan mencegah sakit kepala. Kopi juga boleh mengganggu tidur.  Meminum kafein pada siang hari dapat mengelak kesan ini.

Terkini, Kopi tanpa filter (seperti yang dibuat dengan pers Perancis) dapat meningkatkan kolestrol LDL, jadi penapis itu digunakan untuk kesihatan jantung)

Kalau sukakan kopi kita boleh menikmatinya tanpa rasa bersalah!

No comments:

Post a Comment