Sesiapa yang bela kucing mesti pernah mengalami keadaan macam ni kan >>>kucing bernafas kencang. Aku panik le jugak bila tengok meooww aku bernafas laju selaju ERL... risau la jugak dibuatnya, mana la tau kalau-kalau dia sakit ke. Apa lagi aku pun tanya le Encik Google yang serba tahu ni so dapat la satu entry ni. Aku copy sebab nak share pulak dengan kawan-kawan aku selain untuk simpanan dan rujukan aku sendiri. Meh kita baca meh....
Kucing akan bernafas kencang iaitu dengan menjelir lidahnya keluar seperti anjing bernafas.
Keadaan ini berlaku kerana beberapa sebab seperti di bawah:
1) Selepas bermain dan terlalu aktif semasa bermain selalunya seleas 15-20 minit bermain secara agresif.
2) Suhu persekitarannya yang terlalu panas serta berhumidity tinggi.
3) Ketika menaiki kereta (bagi sesetengan kucing) untuk menenangkan dirinya.
Keadaan seperti ini adalah normal untuk sebab-sebab di atas kerana kucing dalam kepenatan dari bermain serta perlu menyejukkan badannya kerana ianya tidak boleh berpelugh serta pengambilan oksigen.
Namun begitu, sekiranya ianya bernafas kencang tanpa sebab-sebab ini serta sudah menjadi kebiasaan padanya, besar kemugkinan ianya mendapat asthma (kucing pon ada asthma daaa... huhuhu) dan perlu dipastikan dengan pemeriksaan lanjut dari doktor haiwan.
No comments:
Post a Comment