Monday, November 29, 2010

BARAH MULUT

Statistik Malaysia

Kes barah mulut di Malaysia juga tidak jauh bezanya dengan senario di tempat lain. Daftar Majlis Barah Kebangsaan (NCR) melaporkan barah mulut berada di tangga keenam dan ketiga barah paling biasa ditemui di kalangan lelaki dan wanita keturunan India. Malah, barah mulut di kalangan lelaki dan wanita India merangkumi 5.2% dan 7.7% daripada semua jenis barah. 

Kajian di hospital seluruh Malaysia antara 1994 hingga 1998 mendapati selepas kaum India, barah mulut kerap menyerang penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak diikuti orang Melayu dan Cina.

Seperti juga kes di Amerika, di Malaysia dan Britain, cabaran yang paling sukar dalam pencegahan dan rawatan barah mulut adalah kebanyakan penduduk tidak tahu mengenai barah mulut. Ini dibuktikan dengan kajian Yayasan Kesihatan Pergigian Kebangsaan British 2007 mendapati separuh daripada populasi di Britain tidak pernah mendengar mengenai barah mulut. 

Justeru, mereka akan datang ke hospital apabila barah berada pada tahap yang serius dan sukar diubati. Di Malaysia pula kebanyakan pesakit lebih gemar mendapatkan rawatan alternatif berbanding moden. Ia sekali gus menyukarkan rawatan selain pengetahuan mengenai barah mulut di kalangan sesetengah pengamal perubatan biasa yang terhad. 

Pada peringkat awal barah mulut mungkin hanya tompok-tompok putih, merah atau ulser di dalam mulut. Justeru, tidak ramai pesakit menyedarinya sebagai permulaan barah mulut. 

Simptom Barah Mulut

*Ulser dalam mulut yang tidak sakit dan tidak juga sembuh selepas tiga minggu 
*Pembentukan segumpal tisu di mana-mana bahagian mulut 
*Tompok putih atau merah di mana-mana bahagian mulut 
*Susah untuk menelan, mengunyah, bercakap, menggerakkan rahang atau lidah 
*Rasa kebas pada lidah dan kawasan sekitar mulut 
*Sakit kerongkong berpanjangan untuk lebih enam minggu terutama perokok yang melebihi usia 50 tahun 
*Bengkak pada rahang 
*Bengkak pada leher lebih tiga minggu 
*Sakit telinga yang kronik 
*Berat badan menurun 

Faktor Risiko Barah Mulut

+Merokok 
+Minum alkohol berlebihan 
+Pernah mengalami masalah saluran pernafasan atas sebelum ini 
+Usia yang meningkat 
+Amalan mengunyah sireh 
+ Kurang mengambil sayur atau buah-buahan dalam diet



MARI KURUSKAN BADAN !!


1.Kajian menunjukan bahawa wanita obesiti/gemuk yang mengambil 600 kalori ketika sarapan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam tempoh 8 bulan

2.Makan buah-buahan selepas hidangan akan menyebab perut kembung,sebaiknya makan buah 1/2 jam atau 1 jam sebelum menjamah hidangan


3.Meminimumkan kuantiti minyak ketika mengoreng dan menumis,Lebih baik jika digantikan dengan minyak zaitun kerana ianya lebih menyihatkan

4.Minum air putih akan meneutralkan dan membuang toksin, minum 500ml air untuk meningkatkan metabolisme sehingga 25 peratus dan membakar extra 20 kalori



Diet BARAT tak sesuai ke untuk MALAYSIA ???

Ramai rakyat Malaysia (lebih suku daripada mereka yang berdiet) begitu berlumba-lumba untuk mengikuti diet-diet yang diperkenalkan dan popular dari negara-negara barat, terutamanya Amerika Syarikat (US). Antara diet-diet yang popular (juga dikenali sebagai kategori fad diet) ialah South Beach DietVery Low Calorie Diet, dan yang paling popular, Atkins Diet.


Memang semua diet-diet itu mampu untuk menurunkan berat badan, tetapi diet-diet itu BUKAN direka untuk rakyat Malaysia. Sesetengah diet direka khas oleh pakar pemakanan, doktor dan physician khas untuk golongan tertentu, berdasarkan faktor intrinsik (dalaman, seperti genetik) mahupun faktor entrisik (luaran, seperti faktor demography). Malah sesetengah diet tersebut kurang bersesuaian dengan individu yang bukan tergolong dalam kategori fokus.

Ambil contoh seorang penulis bernama Jayden Chen, seorang pakar dalam bidang kesihatan dan kecergasan di Malaysia. Beliau merupakan seorang jurulatih kecergasan yang tersohor, meskipun beliau pernah melalui sejarah hitam - obesiti ketika alam remaja. Namun Jayden juga sesekali berkeras mendakwa diet daripada barat bukan dicipta untuk rakyat Malaysia. Malah, beliau sendiri sudah mencuba kesemua diet-diet yang berasal dari barat ini, dan rata-rata kesemua diet tersebut mendatangkan penyeksaan dan 'kurang bersesuaian' dengan budaya kita - Ya, makanan kita sendiri merupakan sebuah budaya. Kita dikenali di mata dunia luar sebagai 'syurga makanan' kerana kaya dengan berbagai jenis makanan yang mewakili setiap etnik di negara kita.

Kesemua jenis diet yang wujud di dunia ini (untuk menguruskan badan) dan produk-produk pelangsingan yang berharga ratusan ringgit di luar sana, hanya berpegang pada satu konsep, iaitu 'kurangkan pengambilan kalori'.Low-carb diet (nama pun dah low), Cabbage soup diet (kobis rendah kalori),Detox-diet (fiber tidak mempunyai kalori), Atkins diet, dan produk-produk pelangsingan yang tengah naik seperti pisang goreng panas di luar sana (tak mahu sebut nama, kalian faham-fahamlah sendiri), semuanya berpegang pada satu konsep, iaitu 'KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI'.

Untuk tujuan penulisan ini, akan fokus lebih kepada diet Atkins memandangkan diet ini tersangatlah popular di Malaysia sekarang. Kalian hendak tahu mengapa diet Atkins berkesan?

Mengapa diet Atkins mampu menurunkan berat badan?

Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan daripada nutrisi. Perlu kita ingat bahawa nilai kalori datang daripada 3 macronutrient asas, iaitu Karbohidrat, Lemak dan Protein. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di 'keluarkan' dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan.

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, tinggal sama ada untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet. Tetapi secara logiknya, tidak mungkin pengamalnya HANYA makan makanan berlemak seperti ais-krim, kek keju atau coklat, kerana makanan-makanan berlemak seperti ini masih mempunyai kandungan gula (karbohidrat ringkas) yang tinggi. Maka terpaksalah mereka mengutamakan makanan berprotein seperti sumber kekacang, tofu/tauhu, ayam, ikan, dan daging. Maka dengan itu hadirlah sebab yang kedua, iaitu protein.

Protein adalah lebih thermogenic berbanding karbohidrat dan lemak; bermaksud protein mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma, sekaligus turun berat badan.

Keburukan diet Atkins

Konsep diet Atkins ini mudah, iaitu meletakkan tubuh badan kita dalam peringkat 'ketosis' - peringkat di mana tubuh badan menggunakan ketones bodies (ketones), iaitu produk sampingan untuk metabolisma protein, sebagai sumber tenaga. Ketosis mengurangkan selera makan dan membuatkan nafas berbau. Terdapat juga kajian pakar yang menunjukkan ia mampu memberi kesan kepada ketumpatan tulang (ostreoporosis) dan merosakkan buah pinggang, jika diamalkan secara berterusan, untuk jangka masa panjang. Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan Uric Acid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi) dan batu karang.

Kita mungkin mengambil terlalu banyak lemak dan kolestrol sekiranya terlalu bergantung kepada sumber protein dan lemak. Meskipun makanan laut seperti udang dan ikan adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? Rasa-rasanya para pembaca sendiri mesti sudah mengetahui kesan paras kolestrol yang tinggi di dalam darah.

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang 'skinny-fat-look' dan bukannya 'ripped - nampak definisi otot') kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan banyak penurunan berat air dan otot yang banyak.

Apabila sumber karbohidrat menjadi sangat kurang dan defisit, badan akan mula merujuk kepada hati untuk mendapatkan glycogen sebagai sumber tenaga alternatif (masih ingat 4 hierarki tenaga yang aku ceritakan dahulu?). Badan memerlukan 3g air untuk setiap 1g glycogen yang disimpan, dan sebaliknya jika glycogen itu diguna pakai (reverse process). Bayangkan berapa banyak air yang akan hilang untuk setiap glycogen yang diguna pakai. Ramai yang mendakwa berat yang banyak turun ketika fasa pertama Atkins (atau low-carb diet yang lain) adalah penurunan lemak, tetapi hakikatnya kehilangan air juga banyak berlaku. Dan untuk menampung jumlah air yang hilang, pengamal Atkins juga harus minum jumlah air yang sangat banyak untuk memastikan diri dihidratkan semula.

Dari segi ekonomi, Atkins diet memerlukan banyak belanja. Para pembaca perlu ingat, harga pasaran untuk makanan berasaskan protein adalah mahal. Sebiji telur saiz A yang mengandungi 6.3g protein (dalam 30 sen sebiji) adalah jauh LEBIH MAHAL berbanding 2 sudu teh gula (berapa senlah sangat) yang mengandungi 8.4g karbohidrat. Itu baru aku ambil contoh sumber protein termurah, bayangkan kalau ayam, daging, ikan, dan makanan laut yang lain. Rasa-rasanya kalian mampu untuk makan protein semata-mata sepanjang hayat? Bagaimana pula dengan golongan yang berpendapatan rendah?

Diet Atkins direka untuk orang barat

Atkins diet ini direka berdasarkan konsep hidangan makanan barat. Berbeza dengan corak pemakanan di negara kita, di barat makanan utama mereka adalah berasaskan sumber protein seperti ayam, daging, dan makanan-makanan laut, walhal corak pemakanan negara kita dan negara-negara Asia yang lain adalah berasaskan sumber karbohidrat seperti nasi, sebagai hidangan utama. Lihat sahaja contoh terdekat seperti KFC, di mana ayam goreng merupakan hidangan utama, manakala sumber karbohidrat seperti roti bun kecil dan kentang putar adalah sebagai makanan sampingan (side-dish).

Ingat, makanan utama kita adalah nasi, makanan utama orang Asia itu adalah nasi! Mengapa orang kita sering menyalahkan nasi, sedangkan nasi itu tidak bersalah. Yang bersalah adalah nafsu kita - makan sepinggan nasi secara penuh membubu walhal kerjanya bukanlah membanting tulang di sawah, mahupun bekerja kontrak di bawah matahari terik. Malah, orang barat sendiri sebenarnya kagum dengan diet orang Asia, terutamanya Asia Timur yang terbukti berkhasiat dan menyihatkan, malah rata-rata di kalangan golongan veteran mereka yang berpegang pada makanan tradisi hidup hampir 100 tahun! Makanan tradisi? Apa yang mereka makan? Ya, mereka makan nasi sebagai hidangan utama, malah nasi mereka juga jauh lebih berkanji berbanding yang terdapat di negara kita. Namun berapa banyak nasi yang mereka ambil dalam satu hidangan? Lihat sendiri dalam hidangan sushi itu sendiri, berapa banyak nasi yang dipakai?

Jauh di sudut hati, aku ingin memohon seribu keampunan sekiranya entri aku kali ini membuat segelintir rakyat Malaysia terasa. Namun niat aku tulus, aku tidak mahu lagi rakyat kita terpengaruh dengan diet negara barat yang langsung tidak secocok dengan pemakanan dan gaya hidup kita. Kita ada adat dan budaya kita sendiri. Mengapa kita perlu hancurkan adat dan budaya itu (yakni pemakanan kita) semata-mata kerana hendak kurus?

Kurus itu hanya persoalan jangka masa pendek, namun sampai bila kita harus mengharamkan makanan tradisional kita? Kita ada Kevin Zahri, kita ada Jayden Chen, dan ramai lagi pakar-pakar pemakanan tempatan yang punya strategi diet tersendiri, bersesuaian dengan budaya pemakanan kita, namun mengapa kita tidak mengikut tokoh-tokoh seperti ini? Mengapa kita sering terpedaya dengan iklan produk pelangsingan? Mengapa kita mudah terpengaruh dengan budaya barat (diet)? Mengapa? Dan Mengapa? Susu Sejat mahukan jawapan itu wahai para pembaca. Tepuk dada tuan-tuan dan puan-puan, tepuklah dada, namun jangan sesekali bertanyakan pada selera, tetapi bertanyalah pada hati. 

DIET ATKINS

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.


Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1.         Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3.         Pre-maintenance
4.         Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Yang anda Boleh Makan:

1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…
3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!


Contoh sarapan / Breakfast

1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.)Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.)Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.)Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.)Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.)Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.)Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Anda boleh cuba selama 2 minggu dan lihat hasilnya..tapi…

Adakah diet Atkins sesuai untuk kita, Apakah kebaikan dan keburukan diet Atkins..? 

Tuesday, November 23, 2010

HEPATITIS B


Apakah itu Hepatitis B

Hepatitis B (Jangkitan bengkak hati jenis B)
Hepatitis dalam bahasa Latin adalah bengkak hati, Hepatitis di sebabkan virus yang di panggil virus hepatitis B.Jenis lain jangkitan bengkak hati ini adalah hepatitis A dan hepatitis C.

Hepatitis B :-
Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.
Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.


Punca-punca Hepatitis B
Virus Hepatitis B boleh merebak dengan pelbagai cara:-

- Jika pesakit menerima darah yang tercemar Virus ini akan masuk ke dalam badan pesakit melalui salur darah.
- Virus ini juga boleh di sebarkan melalui hubungan kelamin di mana ia boleh hadir di dalam air mani.

- Bagi ibu yang mengandung dan menghidap penyakit ini, virus boleh di sebarkan kepada bayi melalui dinding uri
- Jenis hepatitis B adalah amat berjangkit dan boleh, dalam kes-kes jarang, boleh merebak di kalangan ahli-ahli keluarga tanpa hubungan seks atau hubungan dengan darah yang dijangkiti kuman. Dalam kes-kes ini, virus mungkin desebarkan oleh berus gigi atau penciuman.

Hepatitis B selalunya dijumpai pada penagih dadah, atau lelaki homoseks.

Simptom Hepatitis B

Tanda-tanda seseorang terkena jangkitan ini ialah:

- Selalu merasa mual dan muntah

- Mengalami cirit-birit
- Selera makan berkurangan
- Sering sakit kepala
- Merasa lemah dan keletihan
- Demam dan selesema.


Kita akan dapat melihat kesan daripada pemindahan virus ini pada badan penghidap seperti kulit akan kelihatan kekuningan, kencing kotor (berwarna gelap), najis keputihan dan hati mula membengkak.

PENYAKIT BARAH / KANSER / CANCER


Tahukah anda bahawa seramai 50 ribu rakyat Malaysia telah menghidap kanser/cancer/barah(berbagai jenis kanser),seramai 123 orang meninggal dunia setiap hari....Berita terkini menyatakan,pada setiap tahun,akan muncul kira-kira 20ribu pesakit barah yang baru..!!suatu jumlah yang bergitu menakutkan!!,Setiap orang yang dilahirkan ke dunia ada sel barah..bila permaknaan tak di jaga akan aktiflah sel itu,penyakit barah timbul di sebabkan metabolisma badan yang tidak seimbang..terdapat 52 jenis barah dan sesiapa yang menjalani rawatan kimoteapi,biasanya akan meninggal setelah 1 1/2 tahun+kemudian,penawar ini mampu membunuh semua sel kancer tetapi menyegarkan semua sel baik.sedangkan rawatan kimo adalah berupa racun yang membunuh segala sel tidak kira sel kanser atau tidak..peluang untuk anda menerima kesan adalah 0.00001%


Info terkini:-

6juta orang di seluruh dunia sudah meninggal akibat kanser
40 ribu sedang menderita sekarang
20 ribu kes baru pada setiap tahun
123 orang mati setiap hari
1 sel barah yang aktif didalam badan,akan mengandungi 427 jenis penyakit
Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit,paru-paru,hati,limpa dll.Tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal,dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri.Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu orgen ke satu organ yang lain.Sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel.Proses ini dikawal bergitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi.Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati.Jika berlaku luka,penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.


Asal-usul barah 

Sel barah bermula dari sel normal dalam tubuh,hanya satu sel sahaja diperlukan unutk mencetuskan ketumbuhan barah.Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku sangat perlahan dan berperingkat-pringkat serta memakan masa bertahun-tahun.Setiap peringkat sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal


Sel-sel Barah

Sel barah membahagi dan bercantum mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal.Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi.pencambahan yang bergitu cepat menjadi ketumbuhan.Sel ini tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel ini tidak langsung menyerupai tisu yang normal.Bahan makanan diserap melalu sel yang normal,tetapi sel barah tidak berfungsi langsung.



Jenis-Jenis Barah 

Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel barah itu:-

.Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit,perut,pundi kencing,rahim,prostat,usu kecil dan besar,dubur,buah dada dan salur benih
.Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang,otot-oto dan lemak
.lymphoma - dari kelenjar lymph
.leukemia - dari sel darah putih



Ketumbuhan

."Benign",jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat.ketumbuhan ini tidak merebak,ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal.

."malignant "jenis ini merbahaya kerana ia terdiri daripada sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu normal.sel dari ketumbuhan ini bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya mengakibatkan kematian



Mengapa barah terjadi?

sebabnya tidak di ketahui,tetapi biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua.Satu teori mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel yang tidak normal,tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi.Namun bergitu sebilangan sel berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.Ada juga barah di warisi seperti barah mata(retina) dan barah buah dada.Kebanyakan barah di percayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi,kimia tertentu atau bahan-bahan lain.Cahaya ultra-ungu dari matahari boleh mengakibatkan barah.Bahan yang dimasukkan dalam makanan,ubat dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.



Cara barah membiak

Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya,ia merebak dengan terattur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya.Kemudian sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu badan,seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya.Dari sani sel barah menembus masuk ke saluran darah,Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel mati dan jangkitan,sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi.Sel ini akan mati tetapi satu daripadanya akan bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua.dari sini sel itu akan merebak ke salur darah dan dibawa keseluruh tubuh.



Tanda-tanda awal barah/kanser

Kanser Pangkal Rahim-sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa,sakit selepas bersenggama dan turun berat badan
Kanser Payudara-bengkak atau gumpalan di buah dada,keluar cairan berdarah dari puting,pembesaran kelenjar di ketiak,kedutanpada kulit di buah dada
Kanser Usus Besar-perubahan tabiat membuang air,hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus,berlaku pendarahan semasa membuang air.
Kensar Paru-Paru-batuk kuat berterusan,batuk berdarah,nafas termengah-mnengah,sakit dada dan hilang berat badan.
Knaser Perut-hilang berat badan,muntah berdarah,sistem pencernaan yang tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
Kanser Limpa-sakit di bahagian abdomen,hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
Kanser Ovari-haid tidak teratur,tumbuhan keras di bahagrian abdomen,sakit semasa bersenggama,ketumbuhan bulu rambut yang melampau,suara menjadi lebih mendalam.
Kanser Otak-sakit kepala,muntah-muntah,gangguan penglihatan,lemah ataulumpuh,ening/pitam,pelupa,perubahan personaliti.
Kanser prostat-sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
Kensar Darah(leukimia)-letih,pucat,mudah lebam dan mudahh mendapat efeksi.
Kanser Tekak-suara garau/serak,ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher
Mengesan Barah...


Barah boleh di kesan dengan berbagai cara seperti:- 
  • sinar x dan imbasan
  • biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
  • Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan pangkal rahim
  • Pemeriksaan tubuh terutamanya kelenjar lymph
  • Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
  • isotope iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dlam tubuh,dan di keluarkan melalui sinar x
  • termografi iaitu mengesan suhu pasa setiap bahagian yang terlibat,sel barah lebih tinggi suhunya

Bolehkan ia di kesan awal dan di rawat?


Ya jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik menyedari,namun kebanyakkan orang mengabaikan tanda awal ini sehingga penyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.


Beberapa langkah boleh dia ambil untuk mengelak berlakunya barah:-
  • elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secra terus menerus
  • elakkan menghisap rokok
  • elakkan menjalani sinar x kecuali jika benar-benar perlu
  • kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
  • lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
  • kurangkan makan bahan-bahan manis
  • tinggal di kawqasan yang tisak tercemar udara
  • pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan yang boleh menyebabkan barah

Adakah semua kanser sama?

Tidak,ada jenis kenser yang menyerang organ badan.Sesetengah jnis kanser tumbuh perlahan,tetapi ada yang merebak cepat.Berlainan jenis kanser memberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan. 


Bolehkah ia diwarisi?


Secara umumnya tidak,bahaimanapun individu yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko,tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser,paling penting kanser tidak boleh berjangkit walaupun pemindahan darah.


Pantang untuk seseorang pesakit kanser mengambil glukosa kerana ia bertindak mengaktifkan sel kanser,jauhkan dari mengambil protin haiwan.Disarankan mengambil Quaker oats,Vit C,banyakkan makan sayur dan buah,digalakkan mengambil air mineral berPH tinggi,Vit B17 amat bagus(dari buah apricot)


10 penyebab utama kanser :
  1. Makanan
  2. tembakau
  3. alkohol
  4. radiasi
  5. sinar cahaya matahari
  6. pekerjaan
  7. pengambilan ubat
  8. pencemaran air dan udara
  9. perokok yang tidak aktif
  10. keturunan

Punca lain penyakit kanser :
  • Tembakau - 90% daripada kanser tulang ,bahan kimia dalam tembakau(TAR)menyebabkan kanser mulut,buah pinggang,tekak,pundi kencing dan serviks
  • Permakanan dan diet - 30% - 40% punca kanser adalah diet,permakanan lemak meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada,garam menyebabkan kanser tekak dan perut
  • Tabiat seksual - seks pada usia awal,seks secara rambang menyebabkan kanser serviks
  • Pengambilan minuman beralkohol - pengambilan alkohol yang tinggi menyebabkan kanser mulut,tekak dan usus,alkohol juga mempunyai kaitan tinggi dengan kanser hati.
  • Tabiat mengunyah sirih dan tembakau - barah rongga mulut atau kanser mulut biasanya menyerang mereka yang berumur 50 ke atas.Di Malaysia masyarakat iindia paling ramai menghidap penyakit ini,ia menyerang bahagian pipi,lidah,gusi dan bawah lidah
  • Jangkitan Hepatitis B - jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser.
  • Pendedahan di tempat kerja - pendedahan agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser.Contoh agen ini seperti asap,bahan kimia kilang dan lain-lain.

Rawatan Barah


Rawatan barah bergantung keada jenis barah,bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak,ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit.Kebanyakkan barah dirawat secara pembedahan,radioterapi(terapi sinarX)atau kemoterapi.


Apa itu KEMOTERAPI


Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan unutk merawat barah dengan membunuh sel barah,fungsinya adalah menghalang sel barah daripada terus merebak dan bertambah,sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati.Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah,ubat tersebut juga boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.

Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel barah.Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakkan unutk memberi kesan rawatan yang terbaik.Namun ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi.berbeza dengan sel barah,sel normal boleh bertambah dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara.malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.Kebanyakan keadaan beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada persakit,hanya kes-kes tertentu sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan.

Mengapa rawatan kemoterapi diberikan


Adalah untuk menyembuhkan,mengawal penyakit barah atau mengurangkan gejala penyakit barah.Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan bergantung kepada jenis barah dan ubat yang digunakan,secara amnya rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh 6 - 12 bulan,adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau panjang,pesakit digalakkan berbincang dengan doktor yang merawat.

Bagaimana kemoterapi dilakukan


ubat mestilah memasuki salur darah untuk sampai ke sel barah dalam tubuh badan.ubat memasuki salur darah dengan segera sekiranya ia disuntik ke dalam salur darah,sekiranya diberikan secara kaedah lain,ubat tersebut mestilah menyerap masuk ke dalam salur darah(contoh:ubat dalam bentuk biji yang dimakan dan diserap melalui dinding perut dan usus),ubat ini akan berada dalam sistem peredaran darah dan boleh memasuki serta memusnahkan sel tertentu,sel yang dipengaruhi oleh ubat adalah sel yang bertambah dengan kadar segera seperti sel barah.Kadar kemusnahan sel adalah berbeza ianya bergantung kepada jenis barah itu sendiri.


Sel tubuh normal yang bertambah cepat juga boleh terganggu oelh kesan ubat kemoterapi tetapi sel normal tersebut berupaya untuk pulih dan bertambah semula berbanding sel barah.Tempoh rehat di antar dua rawatan dapat memberi peluang kepada sel normal pulih sebelum tiba masa rawatan yang selanjutnya.


Doktor yang merawat akan mengambil kira beberapa faktor dalam memebuat perancangan rawatan kepada pesakit,antara faktor yang penting adalah jenis darah,bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekirannya barah telah merebak.Faktor lain adalah umur pesakit dan tahap kesihatan pesakit secara umumnya.Ini bermakna seriap pesakit mendapat rawatan yang berbeza.

Kekerapan rawatan dan tempoh rawatan bergantung kepada jenis barah,ubat yang diberikan,tindakbalas sel barah terhadap ubat dan kesan sampingan ubatan.Kemoterapi biasanya diberikan dalam bebrapa tahap.Tempoh bagi setiap rawatan mengambil masa beberapa jam hingga kepada beberapa hari bergantung kepada ubat yang diberi.Setiap rawatan akan diikuti dengan tempoh rehat untuk beberapa minggu bagi membolehkan tubuh pulih daripada kesan sampingan rawatan.Jumlah keseluruhan rawatan bergantung kepada tindak balas barah terhadap rawatan,rawatan mungkin mengambil beberapa bulan unutk merawat penyakit barah.Bagi sesetengah pesakit pula,mereka dikehendaki memakan ubat unutk beberapa minggu atau bulan sebelum diberikan tempoh rehat.

Pesakit mungkin diperlukan menjalani ujian sinarX atau berjumpa doktor sebelum diberikan rawatan dan ini sememangnya mengambil masa.Kesemua ubatan disediakan dengan cara tertentu dan pesakit mungkin perlu menunggu seketika sebelum memperolehi ubatan daripada Jabatan Farmasi Hospital..

Doktor akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan tindakbalas barah terhadap rawatan,pesakit diperlukan untuk menjalani ujian darah,sinar X dan ujian imbasan,hasil daripada ujian akan menunjukan tahap tindakbalas barah terhadap rawatan,pelan rawatan harus diubah berdasarkan keputusan ujian kerana ada masanya rawatan yang diberikan tidak memberi kesan seperti yang dikehendaki,kiranya pesakit mendapat kesan seperti loya,ubat penahan muntah akan dibekalkan,pesakit digalakkan mengambil ubat penahan muntah sebelum mendapat rawatan seterusnya.


Masalah yang sering dihadapi pesakit

1.Masalah usus - Sesetengah pesakit mugkin menghadapi sembelit atau cirit-birit,mereka digalakkan unutk minum lebih air bagi mengatasi masalah ini.Sembelit boleh dielakkan sekirannya pesakit mengambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum dan pasta,bijirin,buah-buahan dan sayur-sayuran.Cirit-birit pula pesakit dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap,ambil makanana yang bersuhu suam atau sedik sejuk berbanding makanan yang panas atau terlalu sejuk,elak makanan pedas,berserat,berlemak,digoreng,berkuah,bersos,sosej,buah-buahan atau sayuran yang mentah,berkulit atau berbiji.Makanan snek yang sesuai seperti sup,roti bakar,biskut,keju atau nasi,apabila sembuh penting bagi pesakit mengambil makanana seimbang seperti buah-buahan,sayur-sayuran dan bijiran.Pesakit perlu melaporkan masalah sembelit,cirit-birit atau sakit perut kepada doktor yang merawat.

2.Masalah mulut - Ubat anti barah memberi kesan kepada lapisan mulut adakalanya menyebabkan luka/ulser atau jangkitan mulut.Penjagaan kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit yang menjalani rawatan,Pesakit digalakkan menggosok gigi dua kali sehari dengan mengunakan berus gigi yang lembut,ubat kumuhan bagi mengelakkan jangkitan kulat,pesakit tidak digalakkan mengguna ubat kumur komersil tanpa merujuk doktor terlebih dahulu kerana ia berkemungkinan merengsa lapisandinidng mulut,penggunaan sesudun garam dalam segelas air suam boleh digunakkan.Mulut anda kering,banyakkan mengambil cecair,terutamannya air dan makanlah makanan lembut seperti kaserol,buah-buahan masam atau guka-gula berangin.Bincangkan masalah pergigian dengan doktor,maklumkan dahulu kepada doktor gigi anda sedang menjalani rawatan sebelum menjalani rawatan pergigian.

3.Rambut gugur - disebabkan kesan sampingan sementara ubat pada rambut,walaupun bergitu tidak semua ubat menyebabkan keguguran ,tahap keguguran rambut bergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan,rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan,selain daripada keguguran rambut,pesakit juga mungkin juga mungkin kehilangan bula pada bahagian angota badan yang lain.Masalh keguguran rambut boleh diatasi dengan menggunakan rambut palsu,topi atau skaf.Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaan sejuk yang melampau,pesakit hendaklah menjagakebersihan rambut dan kulit kepala,sekirannya bulu mata turut gugur,gunakkan kaca mata unutk melindungi mata.Pada hari yang berangin anda perlu memastikan rambut dan kulit sangat bersih


Ini semua untuk pengetahuan anda dan saya sendiri,  tiada kata yang dapat saya katakan selain daripada semua penyakit yang diturunkan oleh Allah itu ada penawarnya, setiap penyakit yang diberi kepada kita adalah ujian bagi kita umatnya yang dia sayang dan orang-orang yang dia ambil itu adalah umatnnya yang paling dia kasihi....