Monday, November 29, 2010

BARAH MULUT

Statistik Malaysia

Kes barah mulut di Malaysia juga tidak jauh bezanya dengan senario di tempat lain. Daftar Majlis Barah Kebangsaan (NCR) melaporkan barah mulut berada di tangga keenam dan ketiga barah paling biasa ditemui di kalangan lelaki dan wanita keturunan India. Malah, barah mulut di kalangan lelaki dan wanita India merangkumi 5.2% dan 7.7% daripada semua jenis barah. 

Kajian di hospital seluruh Malaysia antara 1994 hingga 1998 mendapati selepas kaum India, barah mulut kerap menyerang penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak diikuti orang Melayu dan Cina.

Seperti juga kes di Amerika, di Malaysia dan Britain, cabaran yang paling sukar dalam pencegahan dan rawatan barah mulut adalah kebanyakan penduduk tidak tahu mengenai barah mulut. Ini dibuktikan dengan kajian Yayasan Kesihatan Pergigian Kebangsaan British 2007 mendapati separuh daripada populasi di Britain tidak pernah mendengar mengenai barah mulut. 

Justeru, mereka akan datang ke hospital apabila barah berada pada tahap yang serius dan sukar diubati. Di Malaysia pula kebanyakan pesakit lebih gemar mendapatkan rawatan alternatif berbanding moden. Ia sekali gus menyukarkan rawatan selain pengetahuan mengenai barah mulut di kalangan sesetengah pengamal perubatan biasa yang terhad. 

Pada peringkat awal barah mulut mungkin hanya tompok-tompok putih, merah atau ulser di dalam mulut. Justeru, tidak ramai pesakit menyedarinya sebagai permulaan barah mulut. 

Simptom Barah Mulut

*Ulser dalam mulut yang tidak sakit dan tidak juga sembuh selepas tiga minggu 
*Pembentukan segumpal tisu di mana-mana bahagian mulut 
*Tompok putih atau merah di mana-mana bahagian mulut 
*Susah untuk menelan, mengunyah, bercakap, menggerakkan rahang atau lidah 
*Rasa kebas pada lidah dan kawasan sekitar mulut 
*Sakit kerongkong berpanjangan untuk lebih enam minggu terutama perokok yang melebihi usia 50 tahun 
*Bengkak pada rahang 
*Bengkak pada leher lebih tiga minggu 
*Sakit telinga yang kronik 
*Berat badan menurun 

Faktor Risiko Barah Mulut

+Merokok 
+Minum alkohol berlebihan 
+Pernah mengalami masalah saluran pernafasan atas sebelum ini 
+Usia yang meningkat 
+Amalan mengunyah sireh 
+ Kurang mengambil sayur atau buah-buahan dalam diet



No comments:

Post a Comment