Tuesday, April 26, 2011

25 TANDA-TANDA SAKIT


Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUKi). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONGi) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAHa) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darahi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCINGa) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESARa) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarahi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Monday, April 25, 2011

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Suntikan influenza kini lebih mudah

TANPA sedar ramai antara kita lebih menyayangi kereta daripada diri sendiri. Buktinya, ramai yang menghantar kenderaan untuk servis apabila tiba waktunya. Tidak boleh tidak penyelenggaraan perlu dilakukan.
Berapa ramai pula antara kita menjaga diri sendiri dengan mengambil suntikan vaksin bagi menguatkan sistem imunisasi badan? 

TAK SAKIT...jarum suntikan vaksin Intanza lebih pendek dan nipis iaitu 10 kali lebih pendek daripada jarum suntikan biasa.
TAK SAKIT...jarum suntikan vaksin Intanza lebih pendek dan nipis iaitu 10 kali lebih pendek daripada jarum suntikan biasa. 

Ramai tidak mengambil tahu dan beranggapan suntikan vaksin hanya diperlukan apabila badan sudah dijangkiti penyakit berbahaya seperti virus influenza dan H1N1 serta tidak perlu diambil ketika sihat.

Malah, ramai yang masih percaya kepada mitos yang mengatakan suntikan vaksin menyakitkan dan boleh menyebabkan demam dan muntah serta-merta.

Selain itu, sikap suka tunggu dan lihat terutama di kalangan kumpulan berisiko terhadap jangkitan Influenza A (H1N1) iaitu pesakit kronik, obesiti dan wanita hamil untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah penyakit berkenaan, boleh meningkatkan risiko penularan wabak yang lebih serius.

Menurut Ketua Bahagian Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan, Dr Christopher Lee di Malaysia pengetahuan mengenai influenza masih kurang.

Orang ramai masih mengambil mudah mengenai selesema dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga sehingga mereka sendiri dijangkiti virus.

“Orang ramai tidak seharusnya mengambil mudah perkara ini kerana penyakit influenza seperti H1N1, H3N2 dan Influenza B masih wujud dan langkah pencegahan perlu diambil, bermula dengan langkah mendapatkan vaksin dengan segera,” katanya.

Dr Lee memberitahu, dia pernah merawat pesakit influenza iaitu seorang wanita me�ngandung yang pada mulanya mengalami demam, batuk dan sakit dada berpanjangan.

Kemudian dia dimasukkan ke hospital dan doktor mengesyaki dia mendapat pneumonia.

Selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) barulah dia disahkan mendapat jangkitan H1N1 dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Jangkitan influenza bukan saja boleh menyebabkan seseorang itu demam, batuk dan sakit dada berpanjangan, malah lebih kronik sehingga menyebabkan kematian.

Di Amerika Syarikat, seramai 243 orang meninggal dunia sepanjang 2009 hingga 2010. Kebanyakannya adalah mereka yang berisiko tinggi seperti penyakit asma kronik, jantung, wanita mengandung, obesiti dan diabetes, mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan pesakit Aids.

Menurutnya, influenza atau demam selesema bermusim ialah sejenis penyakit pernafasan berpunca daripada jangkitan virus selesema.

Jenis atau strain virus selesema yang menyebabkan penyakit ini boleh berubah sifat dari setahun ke setahun atau dalam tahun yang sama.

Pesakit demam selesema mungkin akan mengalami demam, kesejukan, sakit kepala, batuk kering dan sakit otot dan mungkin sakit selama beberapa hari hingga seminggu atau lebih.

Kebanyakan pesakit sembuh dengan sepenuhnya. Namun bagi sesetengah orang, demam selesema bermusim mungkin menjadi lebih serius dan mengakibatkan pneumonia dan komplikasi lain termasuk kematian.

Di Malaysia, langkah pencegahan dengan memberikan suntikan vaksin Tamiflu dan Relanza diambil bagi mengatasi wabak influenza manakala vaksin antimeningitis, influenza, pneumococcal dan hepatitis A, B dan C untuk jemaah haji dan umrah.

Bagi menyediakan orang ramai menghadapi musim kemuncak jangkitan influenza pada masa akan datang, Sanofi Pasteur melancarkan vaksin Influenza Intanza pertama berbentuk intradermal bagi melindungi diri daripada virus infleunza dengan hanya satu suntikan saja.

Menggunakan inovasi terkini sistem mikrosuntikan intradermal (ID), ia lebih mudah dan senang digunakan serta kesakitan yang minimum.

Menurut Pakar dan Pengamal Perubatan Australia, Dr Ginni Mansberg, pelancaran vaksin berkenaan bertujuan menyediakan orang ramai menghadapi musim kemuncak jangkitan influenza dengan menggabungkan keberkesanan dan keselesaan ketika suntikan dijalankan.

“Keistimewaan sistem suntikan mikro Intanza kerana membabitkan kemasukan vaksin hanya satu atau dua milimeter ke dalam lapisan kulit dan komponen ini mengandungi jumlah sel imunisasi yang banyak dinamakan sel dendritic,” katanya.
Menurut Dr Ginni, sel de�ndritic ini akan memerangkap dan memproses antigen, sekali gus menghasilkan tindak balas imunisasi berkesan.

Selain itu, suntikan Intanza juga selamat dan tidak menyakitkan kerana jarum suntikan lebih pendek dan nipis serta berisiko rendah.

“Dengan suntikan Intanza, pesakit akan mendapat pengalaman yang lebih selesa. Suntikan vaksin Intanza lebih pantas dan tidak terlalu menyakitkan. Ini kerana jarum suntikan yang perlu menusuk ke dalam kulit sepanjang 1.5 milimeter iaitu 10 kali lebih pendek daripada jarum suntikan lain yang biasanya menusuk sehingga 15 milimeter,” katanya pada satu taklimat media mengenai vaksin Intanza di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Kemoterapi dan Penyakit Berjangkit Malaysia, Dr Hamimah Hassan dan Chef Selebriti, Zamzani Abdul Wahab.

Tambah Dr Ginni, inovasi baru ini amat diperlukan terutama dalam usaha mengawal jang�kitan influenza dengan lebih ketat, memandangkan salah satu cabaran utama dalam usaha membanteras influenza adalah untuk meyakinkan pesakit supaya mendapatkan vaksin.

Percubaan klinikal yang dijalankan di Australia sebelum ini menunjukkan bahawa lebih 96 peratus individu yang menggunakan Intanza berpuas hati dengan sistem suntikan mikro yang digunakan.

Orang ramai berumur 18 tahun ke atas kini boleh mendapatkan dua dos suntikan Intanza daripada profesional perubatan di Malaysia. Dos yang sesuai untuk mereka yang berumur 18 hingga 59 ialah sembilan mikrogram manakala 15 mikrogram bagi dewasa berumur 60 tahun ke atas. Suntikan boleh dilakukan pada setiap tahun.

Kesan sampingan biasa bagi vaksin selesema adalah rasa sakit di tempat suntikan yang dialami sehingga dua hari manakala bagi sesetengah orang mendapat demam ringan atau rasa letih selepas sehari suntikan.


Fakta pengambilan suntikan vaksin Intanza

  • Tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai reaksi sebelum ini atau ada alahan.




  • Demam teruk sehingga simptom penyakit berkura�ngan. Namun penyakit lain yang tidak serius, sama ada dengan demam atau tidak, tidak akan menjejaskan penggunaan vaksin selesema.




  • Terdapat tindak balas seperti rasa sakit, tetapi sangat minimum. Rasa ingin demam dan sakit kepala pada individu tertentu saja.




  • Wanita mengandung pada trimester pertama tidak digalakkan mengambilnya. Mereka dibenarkan mengambil vaksin ini pada trimester kedua dan ketiga.




  • Ibu yang masih menyusukan anak boleh mengambil suntikan ini.




  • Sekiranya anda menghadapi masalah alahan pada ubat-ubatan tertentu, dapatkan nasihat doktor dan beritahu kepada doktor anda mengenai jenis ubat yang tidak boleh diambil. 
  • Tuesday, April 19, 2011

    7 KEAJAIBAN JANIN

    Proses pembelajaran janin sudah dimulai sejak dalam kandungan, janin ikut belajar pada trimester kedua dan ketiga, seperti di dalam ruang Amphitheater yang lebih canggih dari kelas mana pun di dunia.

    Berikut keajaiban bayi yang sudah dimiliki sejak dalam kandungan, menurut Fred J. Schwartz, MD, ahli anestesi dari Piedmont Hospital in Atlanta, Georgia dikutip, Sabtu (26/2/2011).

    1. Menghisap Ibu Jari
    Wajar jika kebanyakan bayi suka mengisap ibu jari, kerana ternyata kebiasaan ini sudah dimulai sejak dalam kandungan. Refleks mengisap ibu jari ini membantu bayi saat akan menyusu, maka ibu tidak perlu lagi memaksakan untuk memasukkan puting. Kemahiran mengisap ibu jari ini sudah mulai sejak minggu ke-19 karena otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik sehingga ia mampu membuat gerakan dengan sedar seperti menghisap ibu jari.

    2. Berenang
    Sejak bayi di dalam kandungan ia sudah terbiasa berada di dalam air selama 9 bulan, yaitu cairan ketuban. Bayi aktif berenang di usia kehamilan 20 minggu. Saat ini bayi sedang membuat gerakan-gerakan aktif yang dapat dirasakan ibu, mungkin kerana panjangnya baru separuh dari panjang lahir dan beratnya baru sekitar 340 gram sehingga ia masih punya banyak ruang untuk berenang.

    3. Tersedu
    Saat hamil, terkadang ibu merasakan gerakan bersambung di satu bagian perutnya. Boleh jadi saat itu janin sedang sedu. Hal ini biasanya dirasakan sejak kandungan mencapai minggu ke-25. Hal ini menandakan bahwa janin sedang berlatih pernafasan. Saat ini janin menghirup dan mengeluarkan air ketuban, ketika air ketuban yang tertelan terlalu banyak maka ia akan sedu. Hal ini sesuatu yang wajar.

    4. Mendengar
    Banyak yang menyarankan ibu hamil sering-sering berkomunikasi dengan janin dalam kandungannya. Hal ini benar, karena meski masih di dalam kandungan, janin sudah dapat mendengar suara ibunya sendiri dan suara orang lain di sekitarnya. Saat melakukan USG 4 dimensi, selain memeriksa kelengkapan organ tubuh, doktor juga akan meminta janin melakukan sesuatu dan melihat respon si janin. Misalnya, ketika janin sedang menunduk, ketika doktor meminta ia menegakkan kepala, ternyata janin bisa mengikuti perintah. Jadi sebaiknya ibu hamil berhati-hati dalam berkata-kata karena janin juga bisa mendengar jika ibunya sedang marah-marah. Hal ini terbukti dengan reaksi perut yang terus terus menegang.

    5. Membezakan Terang dan Gelap
    Beberapa penelitian menunjukkan bahwa bayi sejak dalam kandungan 27-28 minggu sudah bisa membuka matanya, sehingga sudah bisa membezakan antara gelap dan terang. Boleh terlihat ketika doktor meletakkan lampu suluh di perut, ia boleh melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim. Bahkan janin boleh mengedipkan mata jika menurutnya terlalu silau.

    6. Mengekspresikan Diri
    Sejak dalam kandungan janin ternyata sudah boleh mengekspresikan diri sesuai dengan yang sedang dirasakan ibunya. Jika ibu dalam keadaan bahagia, duduk santai sambil mendengarkan musik, maka janin juga akan merasakan kebahagiaan tersebut sehingga ia akan tersenyum. Sebaliknya, jika ibu sedang stres, maka janin akan mengerutkan dahi. Lihat saja pada potret USG 4 dimensi bayi Anda.

    7. Belajar Dua Bahasa
    Ternyata, bayi di dalam kandungan boleh belajar memahami bahasa yang sering ia dengar, bahkan hingga dua bahasa sekaligus. Dan kemampuan ini terbawa hingga mereka lahir. Dalam sebuah penelitian yang dimuat di Psychological Science, bayi yang terbiasa mendengar dua bahasa selama dalam rahim ibunya kelak akan lebih mudah belajar dua bahasa. Hal ini juga sesuai dengan hasil penelitian psikolog dari Universitas of British Columbia dan Organization for Economic Cooperation and Development di Perancis.

    Thursday, April 14, 2011

    Kelebihan Solat Dhuha

    Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
    “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
    (Riwayat Ahmad)
    Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
    Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
    “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
    (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
    Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
    “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
    (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
    Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

    Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
    (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

    Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
    (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

    Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

    Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. 
    Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

    Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).



    Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.

    Waktunya


    Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.

    Rakaatnya

    Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.
    Tatacaranya

    Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

    Rakaat Pertama

    1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya olat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "

    2. Takbir

    3. Baca Doa Iftitah

    4. BacaTa'awwudz

    5. Baca Surah al-Fatihah

    6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

    7. Takbir dan rukuk

    8. Iktidal dan bacaannya

    9.Sujud dan bacaannya

    10. Duduk dan Bacaannya

    11. Sujud dan bacaannya

    12. bangun rakaat kedua dengan takbir.



    Rakaat kedua


    1. Baca surah al-Fatihah

    2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

    3. Takbir dan rukuk

    4. Iktidal dan bacaannya

    5. Sujud dan bacaannya

    6. Duduk dan bacaannya

    7. Sujud dan bacaannya

    8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

    9. Salam Penutup


    Kemudian kalau di khendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.

    Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.

    Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.
    "Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
    cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
    kekuatannya kekuatanMu,
    ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
    maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
    Jika cahaya jauh perdekatannya
    dan jika ada hampir maka permudahkannya
    dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
    Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
    Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

    Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
    Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat

    Wednesday, April 6, 2011

    Khasiat Serai

    Dalam kalangan masyarakat Melayu, serai sering digunakan dalam menambahkan perisa di dalam sesetengah makanan bagi meningkatkan kelazatannya. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Bagi yang baru ingin mengenalinya, nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus dan ia adalah daripada Famili Gramineae.Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Ahli-ahli sains juga telah mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone.

    Banyak bahan dalam serai yang membuatkan herba ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai ramuan makanan, malah berguna untuk tujuan perubatan tradisional. Estrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.

    Antara khasiat serai :

    1) Bahan galaktogogue dalam minyak serai amat baik untuk wanita. Ini kerana bahan galaktogogue adalah agen yang mampu meningkatkan pembentukan susu dalam payu dara. Ia amat sesuai untuk ibu yang sedang menyusui bayi.

    2) Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit dan inflamasi. Ia juga mampu melegakan sakit otot, sendi, sakit gigi dan sakit kepala. Ia turut mengurangkan sakit badan yang diakibatkan daripada senaman yang dilakukan secara tiba-tiba.

    3) Bahan antikemurungan dalam minyak serai boleh merangsang keyakinan, semangat, kekuatan mental dan melawan kemurungan. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami kemurungan yang diakibatkan daripada pelbagai sebab.

    4) Bahan antimikrob dan antibakteria dalam minyak serai membuatkan ia sesuai digunakan untuk menyekat pertumbuhan mikrob dan bakteria di dalam atau di luar tubuh. Ia dikatakan boleh menyekat jangkitan bakteria di kolon, perut, saluran urinari, luka, sistem pernafasan dan lain-lain lagi.

    5) Bahan antipiretik dalam minyak serai dikatakan boleh merawat demam. Ia hampir sama dengan bahan febrifuj tetapi ia amat berkesan untuk menurunkan demam yang tinggi. 

    6) Bahan karminatif dalam minyak serai dikatakan mampu mengawal masalah angin dalam badan. Ia bukan saja mampu mengurangkan angin daripada usus tetapi mampu menghentikan pembentukan angin dengan lebih lanjut.

    7) Dalam perubatan tradisional, serai yang dicampur dengan lada hitam boleh merawat masalah haid dan loya. Jika serai diminum sebagai teh, ia juga adalah diuretik yang paling berkesan.

    8) Serai juga dikatakan herba pencuci yang mampu membantu menyahtoksik hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing, dan saluran pencernaan. Ia juga dikatakan mampu menurunkan asid urik, kolesterol, lemak berlebihan dan toksin lain dalam tubuh.

    9) Serai juga mampu memperbaiki kulit dengan cara mengurangkan akne dan jerawat. Ia bertindak menegapkan otot dan tisu. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah dengan cara meminum air serai yang telah direbus. Serai amat terkenal dengan kesan memberi ketenangan yang mampu melegakan insomnia atau tekanan.

    10) Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa setiap 100gm serai yang direbus mengandungi beta karotena, sejenis antioksidan yang dipercayai oleh para saintis mampu mencegah kanser. 

    Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat serai tak kira sama ada digunakan secara mentah mahupun direbus dan diekstrak minyaknya. Namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemudaratan pada kemudian hari.

    Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Edisi 31 Dis 2010 - 6 Jan 2011