Thursday, May 19, 2011

Keserasian sel darah merah


Keserasian sel darah merah

  • Individu berjenis darah AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang tidak mengandungi apa-apa antibodi yang melawan antigen A atau B. Oleh itu, individu berdarah jenis AB boleh menerima darah dari mana-mana kumpulan darah (tetapi AB diberi keutamaan), tetapi boleh menderma darah kepada penerima berjenis AB sahaja.
  • Individu berjenis darah A mempunyai antigen A di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang mengandungi antibodi IgM yang melawan antigen B. Oleh itu, individu berdarah jenis A boleh menerima darah dari penderma berdarah jenis A atau O sahaja (tetapi A diberi keutamaan), serta boleh menderma darah kepada penerima berjenis A atau AB.
  • Individu berjenis darah B mempunyai antigen B di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang mengandungi antibodi IgM yang melawan antigen A. Oleh itu, individu berdarah jenis B boleh menerima darah dari penderma berdarah jenis B atau O sahaja (tetapi B diberi keutamaan), serta boleh menderma darah kepada penerima berjenis B atau AB.
  • Individu berjenis darah O tiada antigen A atau B di permukaan SDM-nya tetapu serum darahnya mengandungi antibodi IgM anti-A dan anti-B yang melawan antigen-antigen A dan B. Oleh itu, individu berdarah jenis O boleh menerima darah dari penderma berjenis O sahaja, tetapi boleh menderma darah kepada kepada mana-mana kumpulan darah (A, B, O atau AB). Sekiranya ada sesiapa yang memerlukan pemindahan darah dalam kecemasan genting, dan masa yang diambil untuk memproseskan darah penerima mungkin mengambil masa terlalu lama, darah O negatif boleh digunakan.
  • Jadual keserasian sel darah merah[58][59]
    Penerima[1]Penderma[1]
    O−O+A−A+B−B+AB−AB+
    O−Check mark
    O+Check markCheck mark
    A−Check markCheck mark
    A+Check markCheck markCheck markCheck mark
    B−Check markCheck mark
    B+Check markCheck markCheck markCheck mark
    AB−Check markCheck markCheck markCheck mark
    AB+Check markCheck markCheck markCheck markCheck markCheck markCheck markCheck mark
    Perhatian
    1. Menganggap ketiadaan antibodi luat biasa yang boleh mengakibatkan ketakserasian darah penderma dan darah penerima, seperti yang biasa dijangka dalam darah yang dipilih secara pemadanan.

    Carta keserasian SDM
    Selain menderma kepada golongan sama jenis darah; penderma berjenis O boleh menderma kepada penerima berjenis A, B dan AB; penderma berjenis A dan B boleh menderma kepada penerima berjenis AB.


    Keserasian plasma

    Fail:Plasma-donation.svg
    Carta keserasian plasma
    Selain menderma kepada golongan sama jenis darah; plasma dari jenis AB boleh diderma kepada penerima berjenis A, B dan O; plasma dari jenis A dan B boleh diderma kepada penerima berjenis O.
    Penerima boleh menerima plasma sama jenis darah, tetapi selain itu keserasian penderma-penerima bagi plasma darah adalah kebalikan dari SDM: plasma yang diekstrakkan dari darah jenis AB boleh dipindahkan ke penerima mana-mana kumpulan darah; penerima berdarah jenis O boleh menerima plasma dari mana-mana kumpulan darah; dan plasma jenis O hanya boleh dipindahkan kepada penerima jenis O.
    Jadual keserasian plasma[59]
    PenerimPenderma[1]
    OABAB
    OCheck markCheck markCheck markCheck mark
    ACheck markCheck mark
    BCheck markCheck mark
    ABCheck mark
    Perhatian
    1. Menganggap ketiadaan antibodi luar biasa yang kuat dalam plasma penderma

No comments:

Post a Comment