Wednesday, August 29, 2012

Perkembangan bayi dalam kandungan 0-12minggu


Minggu ke 1:
Pada minggu ini, menjadi menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan. Perdarahan terjadi dan hormone-hormone ditubuh mempersiapkan sel telur untuk dilepaskan.

Minggu ke 2:
Uterus (dinding rahim) menebal dan mempersiapkan untuk tahap ovulasi.

Minggu ke 3:
Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur).  Kehamilan terjadi pada saat ini.  Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba faloni,  Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote.

Minggu ke 4:
Saat buat si zygote kecik untuk menemukan tempat di dalam rahim anda.  Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan.  Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahertikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda. 

Minggu ke 5:
Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji apple dan pada minggu ini disebut sebagai embrio.  Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah bekerja sepenuhnya pada minggu ini.  Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, system saraf mulai berkembang.

Minggu ke 6:
Embrio terlihat seperti berudu.  Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan seperti tunas.  Pada minggu ini pembentukan awal dari hati, pancreas, paru-paru, kelenjat tiroid dan jantung.

Minggu ke 7:
Jantung sudah terbentuk lengkap.  Saraf dan otot bekerja bersamaan untuk pertama kalinya.  Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan (anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke 7 ini otak akan terbentuk lengkap.

Minggu ke 8:
Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30mm.  Lengan dan kaki sudah terbahagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan, bahu.  Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen.  Di dalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak.  Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.

Minggu ke 9:
Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG.  Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke 10:
Tulang sudah menggantikan kartilago.  Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut.  Otot leher terbentuk.  Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.

Minggu ke 11:
Organ seks luar sudah terbentuk, jugak folikel-folikel rambut dan gigi.  Bayi sudah dapat menelan carian amnion dan mengeluarkan kembali (kencing).

Minggu ke 12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8cm.  Semua organ vital bayi sudah terbentuk.  Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.  Akhir trimester pertama, organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk.  Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang.  Perkembangan selanjutnya anda akan melihat pertumbuhan bayi dan juga perubahan pada diri anda. 


Tuesday, August 28, 2012

UJIAN SEPANJANG HAYAT...

Sumber: Harian Metro 28/8/12

MENGHADAPI sesuatu ujian atau masalah kadangkala memeritkan, apatah lagi jika ia datang secara tidak diduga serta bertimpa-timpa.

Sesaknya dada dalam menghadapi ujian dan masalah itu hanya Allah yang tahu, sementara manusia di sekeliling hanya mampu memberi kata-kata nasihat untuk terus bertahan. 

Saban hari, media massa sentiasa melaporkan musibah yang menimpa manusia di negara kita mahupun seluruh dunia. Setiap hari ada saja berita mengenai pembunuhan, kemalangan, peperangan atau bencana alam.

Ujian atau musibah ini dilihat tidak lain dan tidak bukan sebagai masalah yang perlu dihadapi manusia dalam kehidupan. Manusia dilihat terlalu sinonim dengan masalah.

Pendek kata, masalah menjadi rakan karib yang sentiasa menemaninya dalam setiap fasa kehidupannya. Bermula daripada saat dilahirkan di dunia, seorang bayi berdepan masalah untuk berkomunikasi.

Yang mampu dilakukan bayi adalah menangis bagi menunjukkan ekspresi terhadap ‘masalah’ dihadapi seperti lapar atau tidak selesa. 

Memasuki fasa kanak-kanak pula, masalah yang mungkin dirasakan besar tentunya datang daripada sekolah, tidak kira sama ada berpunca daripada pelajaran atau rakan. Hinggalah ke peringkat usia selanjutnya, terutama apabila memasuki fasa kehidupan remaja. 

Cabaran dan ujian pastinya datang daripada rasa jiwa remaja yang ‘memberontak’ ketika diri masih tercari-cari hala tuju dalam sebuah kehidupan. 

Tidak kurang juga ujian dan tekanan dalam menggalas harapan menggunung ibu bapa untuk berjaya dalam alam persekolahan. 

Ujian dan masalah kemudian menjengah pula apabila mula memasuki alam dewasa. Fasa ini dilihat paling kritikal kerana seseorang manusia perlu mula mencongak dan melukis jalan kehidupan yang bakal dilalui. 

Ini termasuk soal pekerjaan, perkahwinan, menguruskan ibu bapa yang uzur, menjaga dan mendidik anak dan banyak lagi hinggalah seseorang itu tiba ke alam ‘senja’. 

Pada fasa ini, cabaran serta masalahnya tidak kurang juga hebatnya. Ramai beranggapan apabila mencecah usia tua, masalah dilihat semakin berkurangan. Namun tanggapan sedemikian sebenarnya jauh meleset. 

Ujian selalunya menimpa berbentuk ujian kesihatan. Nikmat mula ditarik sedikit demi sedikit apabila mata mula kabur, telinga kurang mendengar dan tubuh tidak sekuat dulu. Pelbagai penyakit menjadi teman dan perlu berpantang makan. 

Fasa ini juga selalunya dilihat sebagai cabaran terakhir dalam membuat persiapan terbaik untuk berpisah dengan kehidupan dunia dan menempuh alam akhirat. 

Saat ini juga penentu sama ada manusia itu beroleh hidayah daripada Allah atau akan terus leka dengan kehidupan dunia hinggalah ke hembusan nafas terakhir. Nauzubillah. 

Kemudian sekujur tubuh itu akan melalui pula ujian di alam barzakh. Jika baik amalannya semasa hidup di dunia, mudahlah urusannya di alam ini. Jika tidak, bersiap-sedialah dalam menghadapi paluan seksaan daripada Malaikat Mungkar dan Nangkir. 

Pada hari akhirat, manusia akan dibangunkan oleh Allah bersesuaian firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 7, yang bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang yang di dalam kubur.”
Ketika itu manusia akan berdepan ujian dan masalah dalam bentuk berbeza-beza. Ada yang berjalan dengan kakinya dan ada pula yang berjalan dengan wajahnya. Ada yang meniti titian Siratul Mustaqim sepantas kilat, ada juga yang merangkak-rangkak dan akhirnya terjatuh ke dalam lembah neraka. 

Begitulah antara kehidupan yang perlu kita lalui sebagai hamba Allah. Ujian dan masalah tidak pernah sunyi menemani ke mana saja kita pergi. Pendek kata, masalah dan ujian cuma akan terhenti pada ketika saat kaki menjejakkan kaki ke syurga Allah. 

Namun sebagai seseorang yang percaya pada qada dan qadar yang datang daripada-Nya, setiap ujian dan masalah harus dilihat dengan pandangan mata hati tanpa memberi ruang kepada nafsu untuk menilai. 

Kerana apabila nafsu mula menilai, syaitan akan membisikkan kata-kata durjana yang kemudian akan menyesatkan manusia. Manusia akan mula menyalahkan Allah terhadap apa yang menimpanya. 

Segala amal ibadat, solat dan doanya kepada Allah mula dirasakan sia-sia. Kewujudan Allah yang disifatkan dengan sifat Maha Pendengar, Pengasih dan Penyayang mula diragui kerana semakin banyak dia berdoa dan bersolat, semakin hebat ujian yang menimpanya. 

Pada ketika ini, manusia mula mencari bantuan selain daripada Allah. Ketika inilah syaitan menghulurkan ‘bantuan’ yang akan ‘melepaskan’ manusia daripada ujian dan masalah dihadapinya. 

Akan berlakulah kes murtad atau bunuh diri akibat tidak tahan menghadapi ujian Allah SWT. Namun sebaliknya jika manusia mengambil iktibar daripada ujian yang menimpa nabi dan rasul, pasti hatinya merasa terpujuk. 

Ketika menghadapi sesuatu ujian dan masalah, ingatlah bahawa ada manusia yang menghadapi ujian lebih hebat serta lebih teruk lagi. 

Jika anda kehilangan harta benda akibat daripada kemusnahan, ingatlah ada manusia yang kehilangan ahli keluarga dan hidup sebatang kara di dunia. 

Jika anda kehilangan orang tersayang, percayalah anda masih ada Allah yang kekal dan setia menjaga anda hingga ke syurga. 

Yang penting, ketika ditimpa musibah, seseorang yang mengaku beriman kepada Allah dikehendaki bersikap sabar dan tidak terlalu bersedih hati serta menyesali apa yang terjadi. 

Allah memberikan ganjaran pahala tidak terhitung kepada orang mukmin yang sentiasa bersabar tatkala mengalami musibah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155, yang bermaksud: “Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang ketika musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.” 

Tidak guna menyesali terhadap apa yang terjadi kerana perasaan sesal itu tidak mampu merubah apa-apa. Ujian dan masalah sewajarnya tidak dihadapi dengan kelemahan kerana kelemahan itu akhirnya menyebabkan hati menjadi mati.

Daripada Aisyah RA, dia berkata bahawasanya Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang salih akan diperberat (musibah) atas mereka. Dan tidaklah seorang mukmin tertimpa satu musibah, seperti tertusuk duri atau lebih ringan daripada itu, kecuali akan dihapus dosanya dan akan ditingkatkan darjatnya.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim dan Baihaqi).


Tuesday, August 7, 2012

Kenapa OLALAJUON??

Ye la kan... Kenapa ek aku pilih nama Olalajuon neh? bukan ke Juon tu hantu korea yang seram2 sejuk tu... yang muka putih melepak rambut panjang mengurai pastu jalan merangkap... eeiii seramnya... seram2 pon aku pakai gak nama Juon tu... cuma aku komersial kan sket namanya... aku buh le Olala supaya rasa lagi sedap .... kunun la tu.... hehehe...

Aku pilih nama Olala Juon ni sebab aku dah tak tau nak amek nama apa.... tibe2 jek terpacul nama tu di kotak pemikiran aku.... agaknya aku pon lebih kurang Juon la kot... hahahahah... tapi Ada aku Kesah? Janji aku bahagia walaupon nama dia mcm tak brapa nak sedap...

ni le muka antu Juon tu... takot tak? huhuhuhu...


yang ni anak Juon kot... aku pon ala2 lupa dah citer ni sbb masa tengok tu aku tutup mata... ngeeee....:p



sekian, wassalam....

Kutu Babi @ Pijat @ Sengkenit @ Pirah

Harini aku nak citer sket pasal Kutu Babi @ Pijat @ Sengkenit... banyak bebenor namanya tapi ropa dia sama jek aku tengok... Pagi tadi balik dari spital aku baring jap atas katil nak hilangkan penat memandu dari spital ke rumah... 

Lam 10mins aku pon bangun... Tibe2 aku nampak ada benda merayap atas handbeg pink aku... (barang2 aku segala handbeg, beg kain sumer aku buh atas katil aku)... so aku pon apa lagi aku ketuk2 le benda tu ngan cover handphone aku... Aku tengok dari segi rupa dia mcm pijat... ish... cemana pijat leh ada lam umah ni... terpinga2 aku kejap sambil tu tangan aku tak lepas ketuk2 dia... aku capai tisu ada kat sebelah aku dengan harapan nak penyek dia sampai mati... tup2 benda tu dah ilang secara misteri ala2 misteri nusantara... puas aku cari... Aku angkat cadar, angkat selimut, angkat bantal, angkat beg2, angkat segala2nya lah tapi benda tu tadek.... ishhh pelik bin hairan betul... adoiiiii dah la aku ni ngeri sket ngan benda2 ni... Cemana leh muncul pon aku tak tau....Dekat setgh jam jugak la aku dok mencari tak jugak jumpa... Benda tu besar la jugak takkan la aku takleh nampak... dah tu pulak cadar aku kaler kuning cair bukan kaler gelap pon... memang boleh nampak punyalah... huwaaaaaaaaaaaaa.... takotnyee...takot kalo time tdo dia masuk lam tinger aku.... tolonggggggggggggggggg.... 

macam ni la ropa benda yang aku jumpa tadi... mmg kutu babi la kan? kan?

Disebabkan dah nak kul 7 pagi so aku pon lupakan pasal pijat tu dan mandi dan siap2 terus p kerja... sambil tu dok tengah memandu aku masih lagi memikirkan kemanakah hilangnya kutu babi tadi? Adakah ianya "hantu kutu babi" yang cuba2 nak menakutkan aku? huhuhuhu...

So kat bawah ni aku jumpa entry berkenaan dengan kutu babi @ pijat @ sengkenit @ pirah ni... aku copy paste je lah... so korang baca lah yek untuk tambahkah ilmu pengetahuan tentang binatang ni.... Daaaaaa....

Mari kenal apa itu Pijat?

Pijat ni, dalam bahasa omputih orang panggil bed bugs, and dalam bahasa saintifiknya, Cimex.  Ianya adalah haiwan bertelor.  Ada macam-macam jenis, kalo nak tau, cer chek wikipedia... pastu, pijat ni ada macam-macam kaler kalo tak pernah tengok lagi, ada gambar kat bawah ni... 

Pijat ni, kaler dia adalah putih-putih sikit sampai adalah seakan-akan cokelat kemerah-merahan...jangan tertipu, pijat bukan satu kaler jek.. Pijat yang dah hisap darah manusia selalunya kaler coklat.  Kalo jumpa yang dah kaler coklat tu, pukul la, insyaAllah keluar darah korang.  Pastu, bentuk pijat nih, kalo tengok dari atas adalah seekor binatang yang berbentuk bujur (oval) dan kalo dilihat dari tepi adalah sejenis serangga yang amat flat sekali macam kredit kad.  

Dan amat beruntunglah bagi kita, binatang bertuah bernama pijat ni tak pernah dikurniakan sayap dan sesungguhnya ia TIDAK DAPAT TERBANG.  Jadi, senang la bagi kome2 yang nak kejar dan tangkap pijat-pijat ni.  Dan satu lagi, pijat ni sejenis serangga yang merangkak (crawling wikipedia tulis), jadi ia amatlah lambat.  Korang bandungkanlah sama ada berlari or merangkak lebih laju... :p

Bila dan macam mana ia menyerang?

Sebenarnya, pijat ni suka menyerang pada waktu subuh atau sejam sebelum subuh.  Jadi, kalo korang nak sediakan perangkap tu, time ni seswai sangat-sangat.  Tapi kalo korang rasa korang pandai dengan bekata "takpe la, kita berhati-hati jer la, jangan biar pijat makan darah kita, biar dia mati kelaparan".  Sebenarnya, waktu itu, anda bukan bijak, tetapi amat jahil sekali... hehehe... kerana sesungguhnya pijat boleh hidup selama 18 BULAN tanpa makan. 

Pijat ni judak amatlah tertarik dengan benda-benda panas (warm) dan karbon dioksida.  Jadi, salah satu cara prevent dia adalah jangan bernafas ataupun tido dalam peti sejuk... fikir2kan lah... hehehehe

Dan pijat ni, sewaktu dia menggigit manusia, ia akan mencucuk dua tiub yang ada lubang (macam injection la), satu tiub untuk inject saliva yang mengandungi anaesthetic dan anticoagulant (dah macam doktor bedah dah) dan satu lagi untuk minum darah korang lebih kurang macam straw la.


Kesan gigitan???

Binatang ni menggigit dengan tiada rasa sakit.  Dan sesungguhnya ia menggigit dalam masa LIMA MINIT.  Diulangi, LIMA MINIT.  Dan inilah masa keemasan anda untuk membanteras gejala gigitan serangga ini.  Kesan gigitan macam kena gigit semut, kecik, bengkak, kaler putih dan tadek spot merah pada kesan gigitan.  Gigitan "Dracula kecik" nih akan meninggalkan kesan yang sungguh asyik sekali iaitu kegatalan yang melampau berpanjangan selama berjam-jam atau berhari-hari.  Insan bertuah yang terkena gigitan hendalah cuba sedaya upaya mengelah daripada menggaru kawasan gigitan supaya tidak berlaku jangkitan lain (secondary infection).  Beruntunglah, keran pijat ini tidak membawa penyakit berjankit.... so jangan risau sangat... kena gigit jer kot... Tetapi ia juga berpotensi menyebarkan Hepatitis B so cepat-cepat la ambik injection anti Hepatitis B.  

Di mana?

Pijat ni korang leh jumpa mana-mana jer, sama ada di hotel atau apartment kurang mewah.  Sebab badannya yang leper, pijat ni senang la nak masuk mana-mana kawasan yang ada ruang atau pun 'small ventricle'.  Menurut sumber aku, kat papan dan paip la paling tinggi kebarangkaliannya.  Katil adalah lokasi utama. 

Apa nak buat kalau jumpa pijat ni??

Apa nak buat?  Takkan nak berjabat tangan dan berkenal-kenal kot? Haha... kalau terjumpa mana-mana pijat, tangkap dan simpan untuk barang specimen dan kajian... yang kalau korang itu adalah seorang saintis la... Kalau tak pon korang hantar speciment tu kat Texas A&M Center for Urban and Structural Entomology ataupun University of Arkansan Deparment of Entomology yang membuat kajian pasal binatang nih.  Tapi, senang-senang bunuh jer kot .  

Berapa banyak leh ada pijat ni??

Seekor pijat betina leh menghasilkan 5-500 telur.... wowww... banyakkan? so dalam masa 6-10 hari telur-telur ni dah boleh menetas... Jadi kira la guna jari berapa banyak binatang bernama pijat ni boleh ada dalam rumah kita????


Macam mana nak mencegah dan menghapuskannya??

1.  Pukul guna kayu besbol dan seumpama dengannya. 

2. Jemur bantal-bantal dan tilam anda lebih-lebih lagi di musim panas ni. 

3. Sembur racun serangga di tempat-tempat "jenayah" ataupun "sarang-sarang penjenayah" ini. 

4. Hubungi pembunuh-pembunuh serangga yang berhampiran. 

Monday, August 6, 2012

Demam Malam >> Masalah Kesihatan Serius


Selalu orang beranggapan bahawa perubatan Islam adalah suatu ikhtiar untuk merawat penyakit tertentu sahaja seperti gangguan jin, santau, sihir, penyakit-penyakit misteri dan sebagainya. Akan tetapi sebenarnya rawatan Islam adalah menyeluruh tidak kira penyakit yang berkaitan rohani atau fizikal.

Walau bagaimanapun bagi memudahkan pemahaman kita terutamanya demam biasa atau disebabkan gangguan lain, disini saya sertakan dahulu info apakah yang menyebabkan demam itu dari perspektif klinikal terutama kepada kanak-kanak. Selamat membaca!



INFO:


Kanak-kanak anak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius

ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi.

Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

“Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

“Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga,” katanya.

Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

“Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa,” katanya.
Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

“Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

“Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak,” katanya.


Mengapa demam?


1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya memandikan anak ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis atau penyakit auto imun.

Demam yang memerlukan rawatan serius

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit