Saturday, April 12, 2014

MH370: Tiada Pengesanan Akustik 24 Jam Lalu

KUALA LUMPUR – Tiada pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lalu di kawasan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi, menurut Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia.

Menurut JACC, pesawat dan kapal melaporkan mengesan beberapa objek semasa pencarian semalam tetapi sedikit sahaja yang berjaya diambil dan tiada satu pun disahkan berkaitan pesawat MH370.

“Sehingga sembilan pesawat tentera, satu pesawat awam dan 14 kapal akan membantu dalam pencarian hari ini,” menurut JACC dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut JACC, AMSA hari ini merancang pencarian visual di kawasan seluas 41,393 kilometer persegi, 2,331 kilometer ke barat laut Perth.

Kapal Ocean Shield akan menumpukan kepada usaha mengesan isyarat kotak hitam pesawat manakala pesawat AP-3C Orions meneruskan pencarian akustik.

“Kapal HMS Echo juga mencari di kawasan itu bersama kapal Ocean Shield. Usaha diteruskan bagi mengecilkan kawasan pencarian bawah permukaan laut apabila kenderaan bawah permukaan laut digunakan,” menurut kenyataan itu. – Berita Harian

Sumber:mynewshub.my

No comments:

Post a Comment