Thursday, June 30, 2011

Thyroid - kanser tekak

kanser tekak ( thyroid )




Barah Thyroid

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.


Jenis penyakit thyroid

Ada dua jenis sakit thyroid yang utama :
1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
2. Hypothyroidism


Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid?

* Perempuan
* Genetik
* Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
* Usia lebih 60 tahun
* Merokok


Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism:

* Bengkak di leher
* Cirit birit
* Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
* Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
* Kesuburan turun
* Konsentrasi kurang
* Kulit lembap
* Lemah
* Mata menjadi besar (bulging)
* Mood yang tidak menentu
* Muscle cramp
* Nervous dan gelisah
* Oesteoporosis (kereputan tulang)
* Pengeluaran peluh banyak / bertambah
* Rambut tidak kuat
* Suhu badan naik
* Sukar bernafas
* Sukar tidur
* Tak tahan panas
* Tekanan darah naik
* Tremor (menggeletar)
* Turun berat badan walaupun selera naik


Rawatan: 

* Ubat Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah.
* Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hyperthyroidism
* Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman
* Radioaktif iodine
* Membuang tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypothyroidism (sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka.


Pemakanan:

* Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang
* Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan metabolisma)
* Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan alkohol
* Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti assionflower (untuk membantu merawat kegelisahan, kunyit
* ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi)


Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism:

* Badan rasa lemah
* Daya ingatan menurun
* Hilang deria rasa dan bau
* Kadar pengepaman jantung perlahan
* Kulit jadi kuning - lesu, pucat
* Kulit kering
* Masalah kesuburan
* Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)
* Muscle cramp dan bengkak
* Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
* Pendarahan haid banyak (heavy period)
* Percakapan lambat
* Pertambahan berat badan
* Rambut gugur
* Rasa mengantuk
* Rendah nafsu seks
* Sakit kepala
* Sembelit
* Suara menjadi serak
* Tak tahan sejuk


(Sumber UUM)

3 comments:

  1. kalu x rawat terus penyakit nie apa akan jadi...tanpa mengambil sebarang ubat...

    ReplyDelete
  2. mampos la jawab nya. =="

    ReplyDelete
  3. kanser memang bahaya... kalo dirawat pada peringkat awal mungkin boleh sembuh... Insya Allah... tapi kalo dibiarkan ... wallahualam...

    ReplyDelete