Apa itu kencing kotor?
Istilah kencing kotor sering
digunakan oleh seeorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas
kencing atau kencing tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning
jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air
kencing kelihatan keruh atau kotor?
- Kekurang air dalam badan
- Jangkitan kuman dalam sakuran
kencing (Urinary Tract Infection – UTI)-
- Terlalu banyak pengambilan
Vitamin yang larut air seperti Vitamin B dan Vitamin C
- Pesakit kencing manis
(diabetes)
- Mengandung
- Pengambilan sesetengan ubatan
- Terdedah kepada sesetengan
bahan kimia
- Batu karang dalam saluran
kencing
- Kerosakan buah pinggang
- Hubungan seks juga merupakan factor
yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh
dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif
pembunuh sperma atau spermasid.
- Memasukkan tampon tanpa
membasuh tangan terlebih dahulu.
Seringkali yang datang ke klinik
swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka
kebanyakknya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering
menggunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk merujuk penyakit
seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran
air kencng daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah
(urethra) di mana air kencing akan keluar.
Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan
Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan
jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman
yang dipanggil Escherichia Coli atau E.Coli (=e-kolai).
20% lagi disebabkan oleh
kuman-kuman yang lain. Kuman E.Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di
dubur. Kuman ini akan bergerak dari
dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundit kencing dan boleh
sampai ke buah pinggang. Kuman ini
terpaksa naik ke bahagian atas dengan melawan arus kencing. Jadi sekiranya air
kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke
bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di
kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air
kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.
Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal
atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundit kencing. Bila pundit kencing telah penuh ia akan
mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). jadi apa-apa yang menghalang pengaliran air
kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E.Coli melawan arus air kencing dan
bergerak ke bahagian atas saluran kencing.
Dengan ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di
saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran
air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostate dan
lubang kencing yang sempit (uretharal structure). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing
dan kurang pengambilan air.
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat
awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria
merebak naik ke buah pinggang.
Apakah tanda-tanda kencing kotor dan UTI
Tanda atau simptomnya
berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan
sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana
sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5
hari.
Mesti diingati iaitu sekiranya
terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, symptom atau tanda-tanda seperti di
atas juga terdapat pada seseorang itu.
Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini
hendaklah berjumpa dengan doctor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing
akan dibuat. Biasanya dengan uristix
(gambarajah di bawah).
Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat
ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Ambillah ubat antibiotic yang
telah dinasihatkan oleh doktor. Jika
gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumla doktor semula (anda perlu
menghabiskan antibiotic yang diberikan itu)
Pencegahan
Minum air dengan secukupnya
Elak menahan kencing
Makan buah cranberries atau blueberries
yang mempunya antioxidants. Jusnya
senang terdapat di farmasi.
Makan buah nenas. Nenas mempunya
bromelin yang bertindah sebagai anti-radang.
Sumber dari~sakitanda.com
jika sesiapa ada maslah kencing sakit, kencing xlawas, kerap kencing, pm saya untuk membantu anda
ReplyDelete0136240955(ulfa)