Tahukah
anda bahawa kurang makan juga boleh menyebabkan anda menjadi gemuk?
Berikut
saya kongsikan 10 sebab terhangat mengapa manusia menjadi gemuk
Tempat ke 10
Pengambilan Ubat-ubatan Anti-Depression
Sekarang
ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka.
Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma
dan menjejaskan keseimbangan badan kita untuk mengekalkan berat badan.
Tempat ke 9
Menghidapi Penyakit Kronik
Penyakit-penyakit
seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan
penghasilan kortisol di dalam badan yang boleh menyebabkan
pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu
menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.
Tempat ke 8
Genetik
Memang
tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menentukan samda kita
mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namum perlu diingat faktor cara hidup dan
persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.
Tempat ke 7
Stress
Setiap
kali stress, kadar kortisol di dalam badan juga akan meningkat. Kortisol
membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawan untuk
pengumpulan lemak di bahagian perut. Kortisol juga melemahkan system imunisasi
dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkan STRESS!
Tempat ke 6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah
kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita semua ini menjadikan kita
hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan
budaya ini kita sentiada berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita
sudah mengambil lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan
itulah kita mudah menjadi gemuk.
Tempat ke 5
Tak Makan
Percaya
tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, ktia akan makan lebih banyak
secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan
menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Di
samping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan
berlemak dan bekalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak di perut
kita.
Tempat ke 4
Label “Rendah Lemak”
Berapa
ramaikah di antara kita yang menyangkakan makanan berlabel “rendah lemak” juga
mengandungan “rendah kalori”? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel
rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai
di antara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya
sihat dan tak menggemukkan.
Tempat ke 3
Kurang Bersenam
Latihan
bebanan dan kardiovaskular membantu
kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak
yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membanti lebih banyak otot dibina
dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar lakori walaupun
sedang berehat.
Tempat ke 2
Kadar Metabolisma Rendah
Kadar
metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun
tahukan anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisama kerana otot membakar
kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan
jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.
Tempat Pertama
Diet Yang Tidak Sihat
Terimalah
hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian
kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah
makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan
buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan
makanan di kedai mamak dan di KFC atau McDonald. Seringkali kita sukar keluar
makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi
disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin
gemuk dari hari kesehari.
Jadi…
marilah kita semua bersama-sama berubah ke arah cara hidup yang lebih sihat!!!
No comments:
Post a Comment