Tuesday, December 25, 2012

Tulang Rapuh


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
hmetro bertarikh 24/12/12

KAJI selidik yang dijalankan oleh pembekal produk tenusu, Fonterra, mendapati 32 peratus rakyat Malaysia tidak mengambil makanan berkalsium tinggi setiap hari. Lebih dua pertiga pula tidak melakukan senaman secukupnya, lantas mendedahkan mereka kepada risiko osteoporosis dan penyakit lain berkaitan tulang.

Lebih mengejutkan, satu perempat daripada mereka tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan vitamin D iaitu nutrient penting bagi mendapatkan tulang yang sihat dan kuat.

Osteoporosis yang bermaksud tulang poros, ialah masalah jisim tulang makin berkurangan, lemah, rapuh serta mudah patah dan dalam jangka panjang, postur tubuh penghidapnya membongkok dan menjadi lebih rendah.

Ia boleh menyerang semua kumpulan umur tetapi lebih banyak dihidapi mereka yang berumur 50 tahun ke atas sama ada lelaki atau wanita. Hampir 75 peratus kejadian patah tulang di bahagian pinggul, belakang dan pergelangan tangan berlaku di kalangan mereka yang berumur melebihi 65 tahun.

Namun wanita lebih mudah mendapat osteoporosis kerana mereka kehilangan kepadatan tulang pada kadar lebih pantas apabila paras hormone estrogen semakin menurun selepas menopaus.

Kajian mendapat seorang daripada dua wanita dan seorang daripada lima lelaki yang melebihi umur 50 tahun akan menderita patah tulang akibat osteoporosis dalam tahun selebihnya dalam kehidupan mereka.

Secara global, patah tulang disebabkan osteoporosis diangarkan berlaku setiap tiga saat. Namun indiden berkenaan berbeza antara Negara dan kumpulan masyarakat.

Masalah osteoporosis selalunya tidak disedari selama bertahun-tahun oleh penghidapnya kerana tidak ada symptom atau kesakitan sehinggalah kejadian patah tulang berlaku.

Tulang pesakit osteoporosis mudah patah walaupun berlaku pelanggaran kecil atau ketika membongkok dalam aktiviti harian. Mana-mana bahagian tulang boleh patah atau retak tetapi bahagian paling mudah tercedera ialah pergelangan tangan, belakang dan pinggul.

Apabila patah tulang, pesakit akan mengalami rasa perit yang keterlaluan, ketidakupayaan dan kualiti hidup yang merosot. Patah pinggul juga selalunya akan menyebabkan pesakit terpaksa dimasukkan ke wad, menjalani pembedahan besar atau berhadapan dengan risiko kematian.

Berita baiknya, osteoporosis ialah antara penyakit yang boleh dirawat dan dihindari melalui gabungan amalan gaya hidup sihat seperti bersenan dan pengambilan kalsium dah vitamin D secukupnya.

Pakar ortopedik dan trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata jisim tulang mencapai kemuncaknya pada usia 30 tahun dan sebaik memcecah umur berkenaan, tanpa senaman dan nutrisi yang mencukupi, tulang akan menjadi rapuh, seterusnya menyebabkan osteoporosis.

Beliau berkata, semua individu perlu mengambil langkah untuk menhaga kesihatan tulang mereka sejak muda misalnya dengan berhenti, merokok serta mengambil diet kaya dengan kalsium, protein, vitamin D selain mengekalkan berat badan ideal dan melakukan senaman mengangkat berat.

Osteoporosis ialah penyakit senyap yang menjejaskan kualiti tulang dan kepadatannya. Apabila anda berasa sakit belakang ia mungkin disebabkan oleh osteoporosis.

“Kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia di negara ini tidak bersenan. Oleh itu, mereka perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup supaya tidak berada dalam peratusan penghidap osteoporosis” katanya pada pelancaran Persidangan Osteoporosis Asia Pasifik Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) baru-baru ini.

Risiko yang mendedahkan seseorang kepada osteoporosis ialah genetik, jantina wanita, pertambahan umur, sejarah patah tulang, kurang berat badan, merokok, pemakanan tidak seimbang, tidak bersenam dan pengambilan steroid dalam jangka masa panjang.

Selain susu, sumber lain yang boleh membekalkan kalsium dan vitamin D kepada tulang ialah cahaya matahari, sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan kailan, ikan sardine dan ikan tongkol, keju, yogurt serta telur.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan senaman berterusan dalam tempoh 30 hingga 40 minut sebanyak lima kali seminggu, seperti taichi, yoga, berlari, berjalan kaki, mengangkat berat dan bermain tenis.

Sementara itu, Pensyarah Endokrinologi dan Metabolisma, Institut Sains Perubatan New Delhi, Dr Nikhil Tandon, berkata osteoporosis kini dikelaskan sebagai masalah kesihatan yang serius di empat negara.

Beliau berkata, osteoporosis kini menjadi masalah yang besar kerana setiap tahun kejadian tulang merekodkan 1.5 juta kes, melebihi serangan penyakit jantung, strok dan barah payudara.

“Dijangka masalah patah tulang akibat osteoporosis akan meningkat kepada 50 peratus di Asia menjelang 2050. Apabila terdedah kepada masalah tulang rapuh, ia boleh menyumbang kepada risiko kematian sebanyak 20 peratus, hilang upaya kekal (30 peratus) dan hilang keupayaan bekerja (80 peratus),” katanya.

Risiko itu juga boleh berpunca daripada pengambilan kafein yang tinggi seperti pengambilan tiga cawan kopi sehari, kurang kalsium dan vitamin D, pengambilan melebihi tujuh auns alcohol dalam seminggu, mengambil dadah, tembakau dan kurang bersenam.

Masalah osteoporosis berlaku di seluruh dunia dan berbeza di setiap negara misalnya di negara empat musim, kira-kira 45 peratus kanak-kanaknya boleh terdedah kepada masalah berkenaan ketika musim sejuk kerana kekurangan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Di India pula, kira-kira 86 peratus wanita mengandung terdedah kepada osteoporosis kerana kekurangan zat vitamin D dalam tubuh mereka manakala di Mongolia, kira-kira 10 peratus kanak-kanak kecil mengalami masalah riket kerana kurang kalsium.

Di Kuala Lumpur, lebih 60 peratus penduduknya didapati kurang mengambil kalsium dan masalah osteoporosis turut berlaku di Timur Tengah seperti di Tehran, lebih 80 peratus orang dewasa yang sihat didapati kurang vitamin D.

Namun di Jepun, masalah itu tidak terlalu meruncing dan hanya tiga peratus mengalami masalah kurang kalsium dan vitamin D, kemungkinan besar kerana diet penduduknya menjadikan ikan sebagai makanan utama.

Dalam semua keadaan golongan warga emas, kanak-kanak kecil, wanita dan bayi baru lahir terdedah kepada masalah kekurangan kalsium dan vitamin D.

Menurut Dr Tandon, masalah osteoporosis dijangka meningkat di Asia memandangkan penduduk di rantau ini kebanyakkannya cuma mengambil 46 miligram kalsium sehari berbanding di negara Barat yang purata pengambilan kalsium ialah 1,000 miligram sehingga 1,300 miligram sehari.

Katanya, antara sebab lain berlakunyan pertambahan kejadian patah tulang pula adalah populasi yang semakin ramai orang berusia, keadaan sosio ekonomi, kekurangan vitamin D yang meluas dan pengambilan kalsium yang terlalu rendah.

“Osteoporosis susah dikesan antara lain kerana kurang minat untuk membuat pemeriksaan walaupun selepas patah tulang berlaku serta tidak mendapat kemudahan untuk membuat pemeriksaan kepadatan tulang menggunakan teknologi mesin DXA,” katanya.

Sementara itu pensyarah radiologi, Chan Lai Kuan, 55 yang juga seorang penghidap osteoporosis, berkata ibunya juga menderita masalah osteoporosis dan pernah patah tulang pinggul sebanyak dua kali selepas terjatuh dan kini hanya duduk di kerusi roda.

Pada 2003, Chan sendiri didapati mengalami masalah sama selepas melakukan pemeriksaan kepadatan tulang namun doktor tidak melakukan rawatan. Dia hanya dinasihatkan mengambil kalsium dan vitamin D kerana umurnya yang masih muda ketika itu.

Namun selepas membuat pemeriksaan sekali lagi pada tahun 2010, keadaannya bertambah teruk dan terpaksa menjalani rawatan serta mengambil ubat untuk melambatkan proses kehilangan jisim tulang dan perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak tulangnya patah.

“Saya tidak mahu mengali nasib yang sama seperti ibu. Jadi sekarang saya sangat berhati-hati supaya tidak terjatuh dan mengalami patah tulang selain melakukan senaman angkat berat,” katanya.

Atkin Diet


Diet Atkin

Apa itu Diet Atkin? Diet Atkin agak popular juga di Malaysia. Diet Atikin secara amnya adalah diet rendah karbohidrat tinggi protein yang dicipta oleh Robert Atkins melalui pembacaanya di Journal of the American Medical Association yang diterbitkan oleh Gordon Azar dan Walter Lyons Bloom. Atkin mengatakan bahawa dia menggunakan jurnal itu untuk menurunkan berat badannya. Dia kemudian mula menulis buku Dr Atkin’s Diet Revolution.

Bagaimana Diet Atkin Bekerja?

Diet Atkin tidak membenarkan kemasukan karbohidrat supaya badan membakar lemak daripada glukosa sebagai sumber tenaga. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Proses ketosis bermula apabila kadar insulin sangat rendah. Kadar insulin rendah kerana kadar glukosa darah darah. Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memerlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormone ghrelin. Selepas 4 hari mengamalan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakkhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis.

Diet ketagonik bergantung pada respon insulin. Disebabkan ketidakhadiran glukosa, insulin tidak dirembeskan. Kadar glukosa darah harus turun menjadi kurang dari 3.58 mmol/L untuk badan merembeskan hormon tumbesaran, epinephrine dan glucagon untuk metabolisme tenaga daripada lemak. Hormon tumbesaran dan epinephrine akan meransang trigliserol untuk dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas. Asid lemak bebas akan ke hati dan otot untuk proses pengoksidaan dan dalam masa sama member asetil-CoA masuk ke kitar kreb.

Glukagon dihasilkan ketika glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen menjadi glukosa. Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak bebas. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini lah cara diet atkin bekerja. Diet ini memaksa badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Bermacam kontroversi timbul disebabkan diet atkkin ini. Diet Atkin kurang mendapat sambutan bila diperkenalkan.

Pelan Diet Atkin

Diet Atikin dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
1. Permulaan (Induction)
2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance

Permulaan adalah peringkat terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan boleh memcecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan:

a. Elak semua jenis karbohidrat termasuk nasi, mi, bihun, spagethi, roti, segala jenis gula, buah-buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat.

b. Boleh makan: Makan ayam panggang, steam, sup, goring kosong, ikan, daging, udang, sayur hijau, keju, cheffar, mozzarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti vitamin, minyak zaitun, omega-3

Sarapan, makan tengahari, makan malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20hg karbohidrat. Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap permulaan diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat perlahan. Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan sehingga 25g karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime-maintenance diteruskan dengan cara yang sama, Cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan perbezaan 5g sehari seminggu.

Secara peribadi, saya takut tengok cara Diet Atkin ini. Saya tidak pernah buat diet atkin dan tak pernah mengajar sesiapa untuk buat. Saya pelik apabila ada orang cuba menaikkan nama Atkin ini di Malaysia sedangkan Atikin kurang mendapat sokongan di Amerika. Kenapa? Apa yang mencetuskan kontroversi?

Kontroversi

Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa Diet Atkin ada banyak kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuuju bahawa Diet Atkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi.

Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang Diet Atkin ini dengan mengatakan bahawa badan kita memerlukan 150g karbohidrat sehari untuk badan dan otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu. Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak.

Seorang penulis, Barbara Rolls, PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan Diet Atkin jika dibandingkan dengan pengurangan kalori.

Terlalu banyak yang membantah Diet Atkin ini dan sehingga kini, diet ini belum terbukti berkesan. Rata-rata bersetuju bahawa Diet Atkin yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan beberapa masalah termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, Diet Atkin kurang mendapat sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk dengan kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang Diet Atkin, ada seorang sahaja yang bersetuju dan yang lain membantah.

Mereka tidak menggalakkan Diet Atkin digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi sepenuhnya sememangnya memerlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan karbohidrat? Diet terbaik adalah menurut pyramid pemakanan. Rasanya ramai yang bersetuju dengan pyramid makanan, bukan?

Dukan Diet


Apakah itu Dukan Diet? Apa yang lebih mengejutkan apabila Kate Middleton juga mengamalkan Dukan Diet ini. Mukanya tidak jatuh malah kelihatan segar bugar.

Dukan Diet ini sebenarnya telah dipopularkan oleh Dr. Pierre Dukan dari Perancis. Dukan Diet ini bukanlah sesuatu yang sukar kerana asas amalan yang diperlukan ialah “makan banyak protein, kurangkan karbohidrat” ataupun diet rendah karbohidrat dan yang lebih penting diet ini tidak memfokuskan kepada kalori.

Mesti kita tertanya—tanya, betul ke ini boleh turunkan berat badan dalam masa seminggu ke? Ya, anda memang boleh!!

Dukan Diet ini bukanlah sesuatu yang luar biasa di oversea. Caranya sangat mudah di mana kita hanya perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat sedikit yang mungkin ataupun gantikannya dengan sumber nutrisi yang lain. Misalnya, makanan seharian kita adalah nasi, kini anda perlu menghindarkan nasi dan gantikannya dengan sumber yang lebih baik iaitu protein. Contoh protein yang terbaik adalah putih telur, dada ayam, ikan dan sebagainya.

Selain itu, elakkan sumber makanan yang dipanggil FRUKTOS (buah-buahan yang kaya dengan gula) yang boleh membentuk lemak. Selain itu, gantikan dengan air kurang gula. Misalanya kita ke kedai makan, pastikan order air dan susulilah order anda itu dengan air yang kurang gula.

Kita kena sedar bahawa kandungan gula yang berlebihan dalam darah akan disimpan menjadi lemak sekiranya gula tersebut tidak diserap oleh tisu-tisu badan sebagai tenaga melainkan kita selalu bersenam.

Namun, jangan khuatir kerana kita juga berpeluang untuk makan makanan kesukaan kita pada 1 hari dalam seminggu yang dikenali sebagai “Cheat Day”.

Cheat Day merupakan hari di mana anda berpeluang memakan apa sahaja makanan kesukaan anda ataupun makanan yang kita idamkan. Tetapi ingat SATU hari sahaja! So tetapkanlah dalam seminggu, satu hari sebagai Cheat Day kita. Makanlah nandos ke, pizza ke, tuti frutti ke asalkan dalam satu hari sahaja. Lebih baik ambil masa hujung minggu sebab kita pastinya hendak keluar dengan keluarga mahupun rakan-rakan.

Jangan khuatir dengan Cheat Day kerana makanan/minuman yang anda makan akan bertahan selama 24-48 jam sahaja dan seterusnya berat akan kembali normal.

Jangan terlalu memaksa jika anda kurang mampu untuk mengamalkan diet ini. Mungkin anda boleh memulakan mengurangkan karbohidrat dan saya percaya lama-kelamaan kita akan terbiasa untuk makan tanpa nasi misalannya. Biasakan diri berubah demi kebaikan diri. Kata nak kurus kan?

Setakat ini , apa yang didapati, pengamal diet ini mampu mengurangkan berat badan mereka sekurang-kurang 2 kilo dalam seminggu dengan displin dan boleh mencapai sebanyak 5 kilo jika melakukan senaman ringan. Tidak mustahil bukan? Kalau kita semua tengok rancangan Biggest Looser, mereka juga mampu untuk menurunkan sehingga berbelas—belas pound dalam masa seminggu. Kenapa tidak kita?

Dukan Diet ini saya rasa diet yang tidak memerlukan kos dan saya rasa semua mampu membuatnya asalkan mempunyai niat yang tinggi untuk mengurangkan berat badan dan jangan terkejut mungkin peminat bertambah ramai.

Selamat mencuba semua J

Wednesday, December 12, 2012

Buruk Siku?


Hukum meminta semula barang yang telah diberi.

Maka jawabnya haram meminta semula barang yang telah diberi.

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud “Tiada halal yakni haram seseorang yang memberi kepada orang lain sesuatu hadiah, barang atau sebagainya meminta semula barang yang telah diberi itu melainkan ayah halal meminta semula dari anaknya”.

Sekarang banyak berlaku dalam masyarakat kita akhir zaman ini yang putus tunang meminta semula barang-barang hantarannya seperti cincin atau sebagainya. Barang yang diminta semula itu adalah haram, tidak halal.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud melalui hadis riwayat Imam Bukhari, “Orang yang meminta semula barang pemberiannya kepada seseorang sama seperti orang yang menjilat semula muntahnya yang telah keluar”. 
Sumber: Al-Azhar Ad Din

Buruk Siku

Dalam sebuah hadis yang datangnya daripada Tawus bahwa Ibnu Umar dan Ibnu Abbas keduanya telah merafa’kan sebuah hadis di mana Nabi saw bersabda

لا يحل للرجل أن يعطي العطية فيرجع فيها إلا الولد فيما يعطي ولده ومثل الرجل يعطي العطية ثم يرجع فيها كمثل الكلب أكل حتى إذا شبع قاء
ثم رجع في قيئه 

Maksudnya” :Tidak halal bagi seseorang yang memberikan sesuatu pemberian lalu ia menarik kembali pemberian itu melainkan seorang ayah yang memberikan kepada anaknya. Perumpamaan seseorang yang memberikan sesuatu pemberian kepada orang lain kemudian ia menarik kembali pemberiannya adalah seperti anjing yang makan sehingga muntah kemudian ia memakan kembali muntahnya itu”.

Huraian hadis

Hadis ini mengingatkan umat Islam supaya jangan bersikap buruk siku dalam sesuatu pemberian. Nabi SAW menggambarkan orang yang buruk siku ini seperti anjing yang menjilat muntahnya sendiri bagi menunjukkan betapa hinanya perbuatan tersebut.

Contoh?

Contohnya apabila seseorang yang memberi hutang kemudian bermurah hati untuk menghalalkan hutang yang diberi menyebabkan orang yang berhutang merasa gembira dan berterima kasih kepadanya.
Perbuatan menghalalkan hutang yang diberi apatah lagi kepada mereka yang memang susah amat digalakkan dan dianggap sebagai sedekah yang mana pahalanya cukup besar di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT,

“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)”. (Al-Baqarah 280)

Kemudian orang memberi hutang tiba-tiba berubah fikiran mungkin kerana dihasut oleh seseorang atau kerana si pemberi hutang sudah jatuh miskin lalu dia meminta kembali duit yang sudah dihalalkannya itu.

Perbuatan seperti ini adalah “haram dan berdosa” di sini Allah SWT kerana ketika orang yang memberi hutang itu menghalalkan hutangnya maka akad hibah telah pun sempurna.

Syarat utama sah sesuatu pemberian atau hibah atau sedekah ialah qabdh takni barang itu telah diterima dan dipegang oleh penerima.

Pengecualian

Tetapi sekiranya barang itu belum diterima maka pemberi berhak untuk membatalkan pemberiannya. Sebagai contoh Ali hendan meminjam duit daripada Abu. Abu bersetuju untuk memasukkan duit itu dalam akaun Ali pada keesokkan hari dengan katanya.

“Tidak perlulah engkau membayarnya kembali… anggaplah duit itu pemberian ikhlas daripada aku kepada engkau”.

Tetapi keesokkan sebelum Abu memasukkan duit itu ke dalam akaun Ali (Ali belum menerima duit itu) dia menghubungi Ali,

“Tak jadilah aku beri duit itu secara percuma kepada engkau… aku anggap duit yang kuberi itu nanti sebagai hutang”.

Maka pembatalan seperti ini adalah harus kerana transaksi pemberian dan penerimaan hibah belum sempurna.

Wallahualam
sumber: http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com