Diet Atkin
Apa itu Diet Atkin? Diet Atkin
agak popular juga di Malaysia. Diet Atikin secara amnya adalah diet rendah
karbohidrat tinggi protein yang dicipta oleh Robert Atkins melalui pembacaanya
di Journal of the American Medical Association yang diterbitkan oleh Gordon
Azar dan Walter Lyons Bloom. Atkin mengatakan bahawa dia menggunakan jurnal itu
untuk menurunkan berat badannya. Dia kemudian mula menulis buku Dr Atkin’s Diet
Revolution.
Bagaimana Diet Atkin Bekerja?
Diet Atkin tidak membenarkan kemasukan
karbohidrat supaya badan membakar lemak daripada glukosa sebagai sumber tenaga.
Proses ini dikenali sebagai ketosis. Proses ketosis bermula apabila kadar
insulin sangat rendah. Kadar insulin rendah kerana kadar glukosa darah darah.
Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150g karbohidrat
dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula
kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memerlukan
karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormone ghrelin. Selepas 4
hari mengamalan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima
ketidakkhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke
mood ketosis.
Diet ketagonik bergantung pada
respon insulin. Disebabkan ketidakhadiran glukosa, insulin tidak dirembeskan.
Kadar glukosa darah harus turun menjadi kurang dari 3.58 mmol/L untuk badan
merembeskan hormon tumbesaran, epinephrine dan glucagon untuk metabolisme
tenaga daripada lemak. Hormon tumbesaran dan epinephrine akan meransang
trigliserol untuk dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas. Asid lemak bebas akan
ke hati dan otot untuk proses pengoksidaan dan dalam masa sama member
asetil-CoA masuk ke kitar kreb.
Glukagon dihasilkan ketika
glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen menjadi glukosa.
Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak bebas.
Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini lah cara diet
atkin bekerja. Diet ini memaksa badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga
dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Bermacam
kontroversi timbul disebabkan diet atkkin ini. Diet Atkin kurang mendapat
sambutan bila diperkenalkan.
Pelan Diet Atkin
Diet Atikin dibahagikan kepada
empat peringkat iaitu:
1. Permulaan (Induction)
2. Penurunan Berat Badan
Berterusan (Ongoing Weight Loss)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance
Permulaan adalah peringkat
terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan
boleh memcecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan:
a. Elak semua jenis karbohidrat
termasuk nasi, mi, bihun, spagethi, roti, segala jenis gula, buah-buahan,
segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat.
b. Boleh makan: Makan ayam panggang,
steam, sup, goring kosong, ikan, daging, udang, sayur hijau, keju, cheffar,
mozzarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti
vitamin, minyak zaitun, omega-3
Sarapan, makan tengahari, makan
malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20hg karbohidrat. Kebanyakan makanan
mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap permulaan
diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat
perlahan. Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan
sehingga 25g karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime-maintenance
diteruskan dengan cara yang sama, Cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan
perbezaan 5g sehari seminggu.
Secara peribadi, saya takut
tengok cara Diet Atkin ini. Saya tidak pernah buat diet atkin dan tak pernah
mengajar sesiapa untuk buat. Saya pelik apabila ada orang cuba menaikkan nama
Atkin ini di Malaysia sedangkan Atikin kurang mendapat sokongan di Amerika.
Kenapa? Apa yang mencetuskan kontroversi?
Kontroversi
Banyak pakar kesihatan
berpendapat bahawa Diet Atkin ada banyak kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel
seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di
University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuuju bahawa Diet
Atkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh
menyebabkan sakit jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang
dan juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang
tinggi.
Gail Frank, PhD daripada American
Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang Diet Atkin ini dengan
mengatakan bahawa badan kita memerlukan 150g karbohidrat sehari untuk badan dan
otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu.
Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan
memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak.
Seorang penulis, Barbara Rolls,
PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University
berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan Diet Atkin jika
dibandingkan dengan pengurangan kalori.
Terlalu banyak yang membantah
Diet Atkin ini dan sehingga kini, diet ini belum terbukti berkesan. Rata-rata
bersetuju bahawa Diet Atkin yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan
beberapa masalah termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, Diet Atkin kurang
mendapat sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk
dengan kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang Diet
Atkin, ada seorang sahaja yang bersetuju dan yang lain membantah.
Mereka tidak menggalakkan Diet Atkin digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan
fungsi sepenuhnya sememangnya memerlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa
nikmat makan karbohidrat? Diet terbaik adalah menurut pyramid
pemakanan. Rasanya ramai yang bersetuju dengan pyramid makanan, bukan?
No comments:
Post a Comment