Apakah itu Dukan Diet? Apa yang
lebih mengejutkan apabila Kate Middleton juga mengamalkan Dukan Diet ini.
Mukanya tidak jatuh malah kelihatan segar bugar.
Dukan Diet ini sebenarnya telah
dipopularkan oleh Dr. Pierre Dukan dari Perancis. Dukan Diet ini bukanlah
sesuatu yang sukar kerana asas amalan yang diperlukan ialah “makan banyak
protein, kurangkan karbohidrat” ataupun diet rendah karbohidrat dan yang lebih
penting diet ini tidak memfokuskan kepada kalori.
Mesti kita tertanya—tanya, betul
ke ini boleh turunkan berat badan dalam masa seminggu ke? Ya, anda memang
boleh!!
Dukan Diet ini bukanlah sesuatu
yang luar biasa di oversea. Caranya sangat mudah di mana kita hanya perlu
mengurangkan pengambilan karbohidrat sedikit yang mungkin ataupun gantikannya dengan
sumber nutrisi yang lain. Misalnya, makanan seharian kita adalah nasi, kini
anda perlu menghindarkan nasi dan gantikannya dengan sumber yang lebih baik
iaitu protein. Contoh protein yang terbaik adalah putih telur, dada ayam, ikan
dan sebagainya.
Selain itu, elakkan sumber
makanan yang dipanggil FRUKTOS (buah-buahan yang kaya dengan gula) yang boleh
membentuk lemak. Selain itu, gantikan dengan air kurang gula. Misalanya kita ke
kedai makan, pastikan order air dan susulilah order anda itu dengan air yang
kurang gula.
Kita kena sedar bahawa kandungan
gula yang berlebihan dalam darah akan disimpan menjadi lemak sekiranya gula
tersebut tidak diserap oleh tisu-tisu badan sebagai tenaga melainkan kita
selalu bersenam.
Namun, jangan khuatir kerana kita
juga berpeluang untuk makan makanan kesukaan kita pada 1 hari dalam seminggu
yang dikenali sebagai “Cheat Day”.
Cheat Day merupakan hari di mana
anda berpeluang memakan apa sahaja makanan kesukaan anda ataupun makanan yang
kita idamkan. Tetapi ingat SATU hari sahaja! So tetapkanlah dalam seminggu,
satu hari sebagai Cheat Day kita. Makanlah nandos ke, pizza ke, tuti frutti ke
asalkan dalam satu hari sahaja. Lebih baik ambil masa hujung minggu sebab kita
pastinya hendak keluar dengan keluarga mahupun rakan-rakan.
Jangan khuatir dengan Cheat Day
kerana makanan/minuman yang anda makan akan bertahan selama 24-48 jam sahaja
dan seterusnya berat akan kembali normal.
Jangan terlalu memaksa jika anda
kurang mampu untuk mengamalkan diet ini. Mungkin anda boleh memulakan
mengurangkan karbohidrat dan saya percaya lama-kelamaan kita akan terbiasa
untuk makan tanpa nasi misalannya. Biasakan diri berubah demi kebaikan diri.
Kata nak kurus kan?
Setakat ini , apa yang didapati, pengamal diet ini mampu mengurangkan berat badan mereka sekurang-kurang
2 kilo dalam seminggu dengan displin dan boleh mencapai sebanyak 5 kilo jika
melakukan senaman ringan. Tidak mustahil bukan? Kalau kita semua tengok
rancangan Biggest Looser, mereka juga mampu untuk menurunkan sehingga berbelas—belas
pound dalam masa seminggu. Kenapa tidak kita?
Dukan Diet ini saya
rasa diet yang tidak memerlukan kos dan saya rasa semua mampu membuatnya
asalkan mempunyai niat yang tinggi untuk mengurangkan berat badan dan jangan
terkejut mungkin peminat bertambah ramai.
Selamat mencuba semua J
No comments:
Post a Comment