Saturday, July 12, 2014

Gaza bermandi darah

Baitulmaqdis: Israel semalam meningkatkan lagi serangan udara di Gaza dengan mensasarkan ratusan lokasi Hamas semalam.

Penduduk Palestin berkata, antara yang terbunuh dalam serangan baru itu ialah lapan anggota keluarga selepas rumah mereka turut dibom.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata lebih 320 sasaran Hamas dibedil sepanjang malam semalam. Tumpuan utama ialah rangkaian terowong bawah tanah serta tapak pelancar roket kumpulan pejuang.

Ia menjadikan keseluruhan sasaran yang dibom kepada 750 dalam masa tiga hari serangan besar-besaran dilancarkan.


Sekurang-kurangnya 75 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh itu setakat ini.

Jurucakap tentera Zionis itu juga berkata, pihaknya sudah menggerakkan 20,000 anggota pasukan simpanan bagi kemungkinan melancarkan operasi darat di Gaza.

Sumber:hmetro.com.my


No comments:

Post a Comment