Seorang kanak kanak perempuan Sailor Gutzler, 7, yang berjalan sejauh tiga setengah batu merentasi kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan selepas pesawat ringan yang dpandu bapanya terhempas, Jumaat lalu. Berapa kuatnya semangat untuk meneruskan kehidupan..
Dalam nahas yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat itu, bapanya, Marty Gutzler, 49, ibu, Kimberly Gutzler, 45, kakak, Piper Gutzler, 9, dan sepupu, Sierra Walder, 14 maut serta-merta di tempat kejadian.
Gambar yang diambil beberapa hari sebelum pesawat ringan yang dipandu bapanya terhempas
Saolir berjaya keluar dalam keadaan berlumuran darah daripada bangkai pesawat yang terhempas dan berjalan jauh sebelum menemui rumah warga emas Larry Wilkins, 71, pada jam 6.30 petang.
Larry ketika itu sedang menonton televisyen terkejut melihat keadaan kanak-kanak itu dan segera menghubungi talian kecemasan 911.
“Saya sangat kasihan melihatnya sehingga mengalirkan air mata. Dia gadis kecil yang sangat berani,” ujarnya.
Sementara itu, pegawai polis, Sarjan Dean Patterson memberitahu pesawat itu dalam penerbangan ke Illinois dari Florida sebelum terhempas di kawasan hutan berdekatan tasik.
Pesawat itu ditemui dua jam selepas laporan polis dibuat dan dipercayai terhempas kerana masalah enjin.
Sailor yang sudah dibenarkan keluar hospital kini dijaga oleh datuk dan neneknya.
Sumber; cilipanas.blogspot.com
No comments:
Post a Comment