ISNIN, 5 JANUARI 2015 - 5:19PM
PANGKALAN BUN: Helikopter milik Amerika, Seahawk membawa beberapa kerusi penumpang dari lokasi nahas pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dan mendarat di Lapangan Terbang Iskandar, di sini, petang tadi.
Helikopter Seahawk mendarat jam 4.15 petang waktu tempatan dan kelihatan menurunkan lima kerusi penumpang sebelum dibawa anggota Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) ke Posko DVI di Lanud Iskandar.
Keadaan kerusi berkenaan didapati sudah rosak teruk.
Helikopter berkenaan adalah dari kapal USS Sampson yang turut terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan pencarian pesawat di Laut Jawa. - Detik.com
No comments:
Post a Comment