Monday, October 29, 2012

:: HARI-HARI TASYRIK ::


Hari Tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu pada hari ke-2 hingga ke-4 Hari Raya Korban.  Hari tersebut umat Islam juga diharamkan untuk berpuasa. Berkorban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan selama 4 hari berturut-turut (pada 10, 1, 12, dan 13) dibulan Zulhijjah bagi orang-orang yang berkemampuan, adalah satu tuntutan syariat yang telah ditentukan.

Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a katanya “Rasullah SAW bersabda: Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

Oleh yang demikian hari ini diharamkan berpuasa. Umat Islam diharamkan berpuasa pada hari ini kerana mereka masih lagi meraikan Hari Raya Korban. Kita sedia maklum yang ibadah korban yang dijalankan adalah berupa penyembelihan binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri, kambing dan binatang peliharaan yang dibenarkan dalam Islam. Ibadah ini dilakukan dengan penuh keikhlasan beserta niat kerana ALLAH SWT. 


Friday, October 5, 2012

Penyakit Hati

Penyakit hati adalah sesuatu istilah untuk sekumpulan penyakit-penyakit dan infeksi-infeksi yang mempengaruhi sel-sel, jaringan-jaaringan, struktur dan fungsi dari hati.

FUNGSI HATI
Hati adalah suatu organ penting terletak di bahagian kanan atas abdomen. Ia berfungsi sebagai:
1. Menyaring dan membersihkan darah.
2. Menghasilkan enzyme hempedu, suatu zat yang membantu pencernaan lemak.
3. Memproses dan mengikat lemak pada pengangkutnya (protein) termasuk kolestrol. Gabungan lemak dan protein disebut lipoprotein (Chylomicron, VLDL, LDL, HDL), menyimpan gula dan membantu tubuh untuk mengangkut dan mengalirkan energi.
4. Memproses protein-protein penting, seperti kebanyakkan yang terlibat pada pembekuan darah.
5. Memetabolisme pelbagai ubat-ubatan seperti barbiturates, sedatives dan amphetamines.
6. Menyimpat zat besi, vitamin A dan D serta beberapa dari vitamin B.
7. Memproses protein-protein penting seperti albumin yang mengatur pengakutan cairan di dalam darah dan ginjal.
8. Membantu menguraikan sel-sel darah merah.

Jika hati menjadi bengkak atau dijangkiti kuman, makan kemampuannya untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini akan menjadi lemah.

Penyakit hati dan pelbagai jangkitan kuman adalah disebabkan oleh suatu keadaan yang dijangkiti virus, seranagan bakteria dan perubahan kimia atau fizikal di dalam tubuh.

Penyebab yang paling biasa dari kerosakan hati adalah kerana kekurangan gizi (malnutrition) terutamanya terjadi kerana ketagihan rokok dan alcohol.

Gejala-gejala penyakit hati mungkin akut, terjadi tiba-tiba, atau kronik berkembang perlahan melalui suatu jangka masa yang lama. Penyakit hati kronik adalah jauh lebih umum daripada yang akut. Peratus penyakit hati kronik dari lelaki adalah dua kali lebih tinggi dari wanita. Penyakit hati juga dapat menjangkau dari penyakit yang ringan sehingga penyakit berat seperti kanser hati.

TANDA PENYAKIT HATI
Biasanya, gejala-gejala penyakit hati bergantung kepada jenis penyakit hati yang dihidapi seseorang.

Pada kebanyakan kes, mungkin tidak terdapat gejala. Tanda-tanda dan gejala-gejala yang umum berbeza bagi setiap orang, seperti:

1. Jaundice atau kekuningan kulit.
2. Air kencing yang berwarna coklat seperti teh.
3. Merasa mual dan loya.
4. Hilang selera makan.
5. Kehilangan atau kenaikan berat tubuh yang abnormal.
6. Muntah.
7. Cirit-birit.
8. Warna najis yang pucat.
9. Merasa senak di bahagian atas abdomen (perut) kanan.
10. Lemah tubuh badan.
11. Gatal-gatal.
12. Varises (pembesaran pembuluh vena).
13. Keletihan.
14. Hipoglikemia (kadar gula dalam darah rendah).
15. Demam ringan.
16. Sakit oto dan sendi.
17. Gairah sex berkurangan.
18. Kemurungan.

HATI GAGAL BERFUNGSI
Antara gejala kegagalan fungsi hati seperti:
1. Aplastic anemia, bermaksud suatu keadaan di mana sumsum tulang (bone marrow) tidak dapat memproses sel-sel darah.
2. Ascites, bermaksud terkumpulnya cairan di dalam abdomen.
3. Oedema, bermaksud bengkak di bawah kulit.
4. Encephalopathy, bermaksud kelainan yang mempengaruhi fungsi-fungsi otak.
5. Hati yang bengkak dan membesar sehingga menimbulkan kesakitan.
6. Limpa membesar dan membengkak.
7. Perubahan dalam status mental atau tingkat kesedaran.
8. Mudah berlaku pendarahan dalaman.

Antara penyakit hati dalam diri manusia

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al Anfal:2)

ULASAN AYAT:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan, malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan “sengaja” tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa. Jika buat sekalipun tidak kusyuk dan kesungguhan. Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud; “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafikan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah at-Taubah ayat 54).

2. Tidak tersentuh ayat Al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu kusyuk atau tunduk dari membaca Al-Quran dan mendengarnya. Sedangkan Allah memperingatkan dalam Al-Quran yang bermaksud; “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancaman-Ku. (Surah Qaaf ayat 45).

3. Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi. Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud; “Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan”.

4. Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat. Semangat dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sajaha seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia.

5. Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat. Ini adalah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat.

6. Kemaksiatan yang berterusan. Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehigga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.

7. Meremehkan dosa kecil. Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara yang kita perlu faham, dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir bersar bermula dari titis hujan.

8. Tidak peduli sumber makanan. Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dikira sedap dan enak. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting sedap dan enak. Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya.

Inilah antara perkara yang perlu kita perhatikan. Semoga ianya bukan dari sebahagian perangai dan kesukaan kita, jika ianya masih ada dalam diri kita usahakan untuk menghilangkannya. WALLAHUALAM

Wednesday, October 3, 2012

Kahak (Lendir Degil Dalam Tekak)


Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput mucus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.

Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada system pertahanan badan. Lendir di paru-paru dan trachea memrangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak dengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak?

Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalah saluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah allergic  (alahan) dan jangkitan virus  adalah punca utama bagi lendir.

Tindakbalas allergic adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, masalah utama beliat ialah terpaksa berdepan dengan habuk-habuk kain yang bersaiz kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah allergic pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergic kepada bau dakwat yang digunakan.

Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan memcepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan bendasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.

Walau bagaimana jika tekak “diserang” dengan hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakan bendasing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan “bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plus), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bactetial pneumonia dan influenza pneumonia.

Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya kunin, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepada dan sakit di bahagian otot-ototnya.

Kahak melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.

“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergic atau sinusitis. Selain itu tabit menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir (chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Cara mengurangkan lendir

Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk mungkin steroids. Namun begitu ada beberapa cara yang muah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh dicuba di rumah.

Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam kerap yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan mencampurkan madu dengan cinnamon (cengkih) dan diminum dengan secamca madu. Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper).

Walau bagaimanapun harus dicari punca (sources) penyebabkan allergic di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda.

Allergic pada habuk dan cuaca sejuk adalah salah satu sebab utama bagi mereka yang mempunyai allergic.