Hari
Tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu pada hari ke-2 hingga
ke-4 Hari Raya Korban. Hari tersebut
umat Islam juga diharamkan untuk berpuasa. Berkorban dengan melakukan
penyembelihan binatang ternakan selama 4 hari berturut-turut (pada 10, 1, 12,
dan 13) dibulan Zulhijjah bagi orang-orang yang berkemampuan, adalah satu
tuntutan syariat yang telah ditentukan.
Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a katanya “Rasullah
SAW bersabda: Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari
makan minum.”
Oleh
yang demikian hari ini diharamkan berpuasa. Umat Islam diharamkan berpuasa pada
hari ini kerana mereka masih lagi meraikan Hari Raya Korban. Kita sedia maklum
yang ibadah korban yang dijalankan adalah berupa penyembelihan binatang
peliharaan seperti lembu, biri-biri, kambing dan binatang peliharaan yang
dibenarkan dalam Islam. Ibadah ini dilakukan dengan penuh keikhlasan beserta
niat kerana ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment