Friday, October 5, 2012

Penyakit Hati

Penyakit hati adalah sesuatu istilah untuk sekumpulan penyakit-penyakit dan infeksi-infeksi yang mempengaruhi sel-sel, jaringan-jaaringan, struktur dan fungsi dari hati.

FUNGSI HATI
Hati adalah suatu organ penting terletak di bahagian kanan atas abdomen. Ia berfungsi sebagai:
1. Menyaring dan membersihkan darah.
2. Menghasilkan enzyme hempedu, suatu zat yang membantu pencernaan lemak.
3. Memproses dan mengikat lemak pada pengangkutnya (protein) termasuk kolestrol. Gabungan lemak dan protein disebut lipoprotein (Chylomicron, VLDL, LDL, HDL), menyimpan gula dan membantu tubuh untuk mengangkut dan mengalirkan energi.
4. Memproses protein-protein penting, seperti kebanyakkan yang terlibat pada pembekuan darah.
5. Memetabolisme pelbagai ubat-ubatan seperti barbiturates, sedatives dan amphetamines.
6. Menyimpat zat besi, vitamin A dan D serta beberapa dari vitamin B.
7. Memproses protein-protein penting seperti albumin yang mengatur pengakutan cairan di dalam darah dan ginjal.
8. Membantu menguraikan sel-sel darah merah.

Jika hati menjadi bengkak atau dijangkiti kuman, makan kemampuannya untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini akan menjadi lemah.

Penyakit hati dan pelbagai jangkitan kuman adalah disebabkan oleh suatu keadaan yang dijangkiti virus, seranagan bakteria dan perubahan kimia atau fizikal di dalam tubuh.

Penyebab yang paling biasa dari kerosakan hati adalah kerana kekurangan gizi (malnutrition) terutamanya terjadi kerana ketagihan rokok dan alcohol.

Gejala-gejala penyakit hati mungkin akut, terjadi tiba-tiba, atau kronik berkembang perlahan melalui suatu jangka masa yang lama. Penyakit hati kronik adalah jauh lebih umum daripada yang akut. Peratus penyakit hati kronik dari lelaki adalah dua kali lebih tinggi dari wanita. Penyakit hati juga dapat menjangkau dari penyakit yang ringan sehingga penyakit berat seperti kanser hati.

TANDA PENYAKIT HATI
Biasanya, gejala-gejala penyakit hati bergantung kepada jenis penyakit hati yang dihidapi seseorang.

Pada kebanyakan kes, mungkin tidak terdapat gejala. Tanda-tanda dan gejala-gejala yang umum berbeza bagi setiap orang, seperti:

1. Jaundice atau kekuningan kulit.
2. Air kencing yang berwarna coklat seperti teh.
3. Merasa mual dan loya.
4. Hilang selera makan.
5. Kehilangan atau kenaikan berat tubuh yang abnormal.
6. Muntah.
7. Cirit-birit.
8. Warna najis yang pucat.
9. Merasa senak di bahagian atas abdomen (perut) kanan.
10. Lemah tubuh badan.
11. Gatal-gatal.
12. Varises (pembesaran pembuluh vena).
13. Keletihan.
14. Hipoglikemia (kadar gula dalam darah rendah).
15. Demam ringan.
16. Sakit oto dan sendi.
17. Gairah sex berkurangan.
18. Kemurungan.

HATI GAGAL BERFUNGSI
Antara gejala kegagalan fungsi hati seperti:
1. Aplastic anemia, bermaksud suatu keadaan di mana sumsum tulang (bone marrow) tidak dapat memproses sel-sel darah.
2. Ascites, bermaksud terkumpulnya cairan di dalam abdomen.
3. Oedema, bermaksud bengkak di bawah kulit.
4. Encephalopathy, bermaksud kelainan yang mempengaruhi fungsi-fungsi otak.
5. Hati yang bengkak dan membesar sehingga menimbulkan kesakitan.
6. Limpa membesar dan membengkak.
7. Perubahan dalam status mental atau tingkat kesedaran.
8. Mudah berlaku pendarahan dalaman.

No comments:

Post a Comment