ULASAN AYAT:
1.
Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan, malas menjalankan ibadah, bahkan
meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan “sengaja” tetapi dengan
tidak sengaja dan terpaksa. Jika buat sekalipun tidak kusyuk dan kesungguhan.
Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang
bermaksud; “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan
tidak (pula) menafikan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah
at-Taubah ayat 54).
2.
Tidak tersentuh ayat Al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan
ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu kusyuk atau
tunduk dari membaca Al-Quran dan mendengarnya. Sedangkan Allah memperingatkan
dalam Al-Quran yang bermaksud; “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang
yang takut kepada ancaman-Ku. (Surah Qaaf ayat 45).
3.
Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi. Tidak tergerak dengan adanya
peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit bencana. Dia
memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang
tidak kaitan dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud; “Cukuplah kematian itu
sebagai nasihat dan peringatan”.
4.
Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat. Semangat dan segala
keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung,
dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya
untuk urusan dunia sajaha seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia.
5.
Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat. Ini adalah satu sebab terbesar
yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah
gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak
berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak
mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan
maksiat.
6.
Kemaksiatan yang berterusan. Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat
kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehigga menjadi lingkaran syaitan yang
sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.
7.
Meremehkan dosa kecil. Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat
semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara yang kita perlu faham, dosa besar
bermula dengan dosa kecil, banjir bersar bermula dari titis hujan.
8.
Tidak peduli sumber makanan. Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini
biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga
dengan syubhat, yang dikira sedap dan enak. Makan di mana pun tidak kira kedai
orang Islam atau bukan Islam yang penting sedap dan enak. Begitu juga dengan
punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana
yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya.
Inilah
antara perkara yang perlu kita perhatikan. Semoga ianya bukan dari sebahagian
perangai dan kesukaan kita, jika ianya masih ada dalam diri kita usahakan untuk
menghilangkannya. WALLAHUALAM
No comments:
Post a Comment