Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?
Lendir (Phlegm) adalah cecair
yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput mucus (mucus membrane) yang
terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di
sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung.
Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut
kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.
Lendir yang sedikit selalunya
tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada system
pertahanan badan. Lendir di paru-paru dan trachea memrangkap habuk dan
bendasing dan membawanya ke tekak dengan cara rerambut cilia menolak lendir itu
ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem
pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh
penyakit dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila
lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning
kehijau-hijauan.
Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak?
Lendir (phlegm) di tekak boleh
disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di
tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu
awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalah saluran pernafasan yang kronik.
Namun begitu masalah allergic (alahan) dan jangkitan
virus adalah punca utama bagi
lendir.
Tindakbalas allergic adalah
disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang
pekerja di kilang kain, masalah utama beliat ialah terpaksa berdepan dengan
habuk-habuk kain yang bersaiz kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari.
Seorang guru yang mengajar murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di
papan hitam juga menghadapi masalah allergic pada habuk kapur, atau jika guru
itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergic
kepada bau dakwat yang digunakan.
Apabila tekak diserang oleh habuk
sebegitu, ianya akan memcepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan
untuk mengumpulkan bendasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk.
Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system),
pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak
yang banyak tadi.
Walau bagaimana jika tekak
“diserang” dengan hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga
menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakan bendasing ini masuk
ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan “bronchospasm” yang berlaku pada
pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit
menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir
yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang
(block). Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan
yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plus), boleh
mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.
Lendir yang terlalu lama di tekak
boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan
beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia
terutamanya bactetial pneumonia dan influenza pneumonia.
Jika seseorang mengalami demam
yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih,
ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya kunin, ianya
disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak
kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepada dan
sakit di bahagian otot-ototnya.
Kahak melekat
Mereka yang mempunyai masalah
lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan
selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan
di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar
melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di
tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya
sangat berkait rapat dengan allergic atau sinusitis. Selain itu tabit menghisap
rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok
yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa
berlendir (chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas
(emphysema).
Cara mengurangkan lendir
Lendir di tekak biasanya dirawat
dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk mungkin
steroids. Namun begitu ada beberapa cara yang muah bagi mengurangkan lendir di
tekak yang boleh dicuba di rumah.
Salah satu cara yang mudah dengan
minum air suam kerap yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya.
Cara lain dengan mencampurkan madu dengan cinnamon (cengkih) dan diminum dengan
secamca madu. Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia,
bawang putih dan lada putih (pepper).
Walau bagaimanapun harus dicari
punca (sources) penyebabkan allergic di dalam rumah atau di persekitaran rumah
anda.
Allergic pada habuk dan cuaca
sejuk adalah salah satu sebab utama bagi mereka yang mempunyai allergic.
No comments:
Post a Comment