Saturday, September 20, 2014

MH17: Lima sudah ‘disatukan’

Petra Jaya: “Sejak tragedi itu, saya tidak henti berdoa semoga urusan jenazah anak, menantu dan cucu dipermudahkan.
“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dengan lima daripada mereka sudah ‘disatukan’,” kata Dayang Noriah Jamilah Abang Anuar, 72, ibu kepada Ariza Ghazalee, 46, yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 bersama suami, Tambi Jiee, 49, dan empat anaknya. 
Selain berdoa, Dayang Noriah Jamilah berkata, saban hari dia dan keluarga solat berjemaah dan memohon kepada Allah supaya jenazah mereka dibawa pulang segera dari Belanda. 

Menurutnya, kepulangan dua lagi cucunya, Muhammad Afzal Tambi, 17, dan Marsha Azmeena Tambi, 15, semalam, cukup melegakan mereka sekeluarga.

Foto
AHLI keluarga Tambi merenjis air di pusara ahli keluarga berkenaan di Tanah Perkuburan Islam, Samariang, Petra Jaya.

“Kini, lima daripada mereka (keluarga Tambi) sudah selamat disemadikan, namun kami masih menanti khabar berita seorang lagi cucu (Muhammad Afruz, 13) yang masih dalam proses pengecaman.


“Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan arwah akan dibawa pulang serta disemadikan bersebelahan pusara ibu bapa serta adik-beradiknya,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian Muhammad Afzal dan Marsha Azmeena di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Semariang, di sini, semalam. 

Sumber: hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment