Thursday, September 18, 2014

Wanita mati beranak di rumah

Kota Kinabalu: Seorang wanita ditemui maut selepas melahirkan anak di rumahnya di Kampung Bukit Nenas, di sini, pagi semalam.
Difahamkan mangsa, 30, yang tidak sempat ke hospital terpaksa melahirkan anak di sebuah rumah tidak bernombor sebelum disedari ahli keluarga lain sebelum bertindak menghubungi ambulans untuk membawa wanita itu bersama bayinya ke hospital. 

Bagaimanapun, ketika menunggu ketibaan ambulans, wanita itu dikatakan meninggal dunia, bagaimanapun bayi perempuannya selamat dan kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Foto
ANGGOTA polis membawa jenazah mangsa untuk dihantar ke hospital bagi bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa tinggal di situ bersama suaminya namun ketika kejadian lelaki terbabit tiada di rumah.

Sumber: hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment