Tuesday, September 16, 2014

PEMINAT TEGUR ZAQUAN MUAT NAIK GAMBAR AYU MENYUSU ANAK


Walaupun sebelum ini gosip mengenai Zaquan Adha curang kepada Ayu Raudah, tapi gosip berkenaan tampaknya tidak langsung menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.

Bagaimana pun beberapa hari ini tercetus satu kontroversi apabila tersebar satu gambar dari Instagram Zaquan Adha.

Seperti biasa gambar itu memaparkan aktiviti Zaquan bersama anak isteri cuma yang menarik perhatian pelbagai komen adalah keadaan Ayu ketika gambar diambil sedang menyusu bayi mereka.

Rata-rata mempertikaikan tindakan Zaquan yang terlalu ghairah memuat naik gambar hingga sanggup berkongsi momen agak peribadi.






Bagaimana pun terdapat sebilangan komen lain terutama wanita membidas mereka yang terlalu memperbesarkan isu ini kerana tiada bahagian sulit badan terdedah cuma mereka yang membayangkan lebih-lebih.

Apa pun pada kami tak salah untuk memberi susu badan pada anak di khalayak ramai kerana kini terdapat banyak pakaian yang direka untuk memudahkan penyusuan di mana sahaja tapi berkongsi gambar ini di laman sosial?

Jangan salahkan lelaki kerana fikiran mereka memang mudah sangat terimaginasi lebih-lebih bila melihat sesuatu.Zaquan patut lebih maklum hal ini kot.


Sumber: um-fabolous.blogspot.com

No comments:

Post a Comment