KUALA LUMPUR – Pelajar fizik di China, Jimmy Wang tidak mempunyai kepentingan dalam dunia penerbangan sehinggalah penerbangan MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac dengan bapanya Wang Lijun, 58 tahun berada di dalam pesawat tersebut.
Wang, 31, kini menghabiskan masanya di China dengan membaca blog-blog penerbangan berkaitan ciri-ciri teknikal Boeing 777, bertukar-tukar hasil cariannya dengan rakan-rakan dan waris MH370 yang lain.
Dia adalah salah seorang daripada beratus-ratus saudara yang terdesak untuk mengetahui nasib orang tersayang mereka dan menyalurkan kesedihan mereka merentas sempadan dengan media sosial yang ada, tetapi setakat ini kempen berhubung misteri penerbangan terbesar yang berlaku mereka masih belum berhasil. Wang telah meninggalkan pengajiannya di Sweden untuk bersama ibunya yang bersedih.
“Saya tidak boleh hidup dalam persoalan sepanjang hayat saya,” kata Wang melalui Skype, dari rumahnya di bandar Anyang.
Menerusi laman mikro-blogging Cina, Weibo – 153 warga China berada di dalam penerbangan MH370, sebuah kumpulan di Facebook dan Skype mengadakan pertemuan dengan berpuluh-puluh orang, dengan para peserta bertukar-tukar hasil, membincangkan teori terkini dan cadangan untuk tindakan kumpulan.
Kumpulan itu, yang menggelarkan diri Voice370 dengan kira-kira 300 ahli, menerima dan berbahas nasihat daripada pakar undang-undang, penerbangan dan lain-lain, sama seperti kumpulan yang sama terbentuk selepas bencana Air France pada 2009.
Ketika beberapa mesyuarat bersemuka diadakan, kebanyakan pertukaran hasil carian dijalankan melalui webcam atau e-mel, dengan ahli-ahli melakukan undian strategi.
Ketika melakukannya, mereka mengimbangi zon masa dan halangan bahasa dengan ‘mesyuarat’ diadakan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, dengan khidmat penterjemah dari China untuk rakyat mereka.
“Ia benar-benar menjadi ‘agak komuniti’,” kata Sarah Bajc, seorang warga Amerika di mana pasangannya, Philip Wood berada dalam penerbangan tersebut.
“Saya merasakan perlu melakukan segala-galanya yang saya mampu untuk mencari Philip. Kami terhutang budi kepada mereka.”
Penerbangan MH370 hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di dalam pesawat. Tidak ada tanda-tanda ia telah dijumpai walaupun carian yang luas diketuai Australia dilakukan di Lautan Hindi, lapor mStar.
Sumber: kualalumpurpost
No comments:
Post a Comment