PASIR PUTEH - Nelayan asing khususnya Vietnam dikatakan lebih bersemangat untuk bekerja sekiranya dapat memakan nasi berlaukkan sejenis ular ketika menangkap ikan di laut.
Nelayan tempatan, Khairuddin Mustapha, 67, berkata, kebanyakan tekong membekalkannya untuk awak-awak kerana ia bukan sahaja memberi tenaga kepada pekerja malah ia juga enak dimakan.
Menurutnya, dia sudah lama mengetahui perkara tersebut kerana berkawan rapat dengan ramai tekong dari negara Vietnam yang menceritakan perbezaan nelayan negara mereka dengan nelayan tempatan.
“Tradisi ini diamalkan sejak nenek moyang mereka lagi, saya tak tahu ular apa sebenarnya tapi mungkin ada kebenarannya mengenai khasiat ular tersebut.
“Mereka pernah pelawa saya untuk makan bersama berlaukkan ular tapi saya tolak sebab itu bukan kebiasaan masyarakat kita," katanya.
Khairuddin berkata, dia tidak hairan apabila pihak berkuasa menemui banyak ular dalam tangki ikan bot nelayan Vietnam yang ditahan di negara ini.
Menurutnya, menyimpan ular itu ketika belayar juga merupakan langkah keselamatan sekiranya bot mengalami kerosakan atau hanyut berhari-hari.
“Mereka kata makan ular itu boleh tahan lapar untuk tempoh lama, jadi ia amat diperlukan sekiranya berlaku kecemasan," katanya kepada Sinar Harian.
Dia berkata, ular itu hampir tidak dapat ditemui di negara ini tetapi banyak terdapat di Sungai Mekong selain di muara-muara sungai dan pinggir pantai di negara Indo-China itu.
“Hanya segelintir nelayan Vietnam yang tak mahu makan ular itu sebab mereka tak terdedah dengan tradisi pendalaman dan mereka ingat ular itu ada bisa yang boleh membunuh.
“Sebelum keluar ke laut untuk tangkap ikan, mereka akan cari ular itu dan jika dapat menangkap dalam jumlah yang banyak, mereka akan jualnya kepada nelayan lain yang memerlukan,” katanya.
Sumber: sinarharian

No comments:
Post a Comment