Friday, August 29, 2014

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK


Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh pihak ketiga.

SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Mekanikal dan Elektrikal di Rumah Pam Wangsa Maju oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TARIKH/MASA GANGGUAN

2 September 2014 (Selasa), 8.00 pagi hingga 6.00 pagi keesokan harinya,
3 September 2014 (Rabu).

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur (36 Kawasan)

Flat DBKL Dato' Keramat; Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney;         
Kementah; PULAPOL; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; 
Jalan U-Thant dan Jalan Ampang Hilir; Taman Panda Jaya; Taman      Cempaka; 
Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman          Cahaya; 
Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga;   Taman Miharja; 
Taman Kobena; Desa Pandan; Permaisuri; Sebahagian Taman   Maluri; 
Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; 
Taman   Pandan Indah; Taman Maju Jaya; Taman Cheras Indah; Taman Pandan Komersial;    
  Kawasan Jalan Pandan Utama dan Kawasan Jalan Pandan Mewah.

Wilayah Gombak (101 Kawasan)

MINDEF; Desa Hussein Onn; Taman Setiawangsa; Taman Puncak Setiawangsa;         
Taman Bukit Setiawangsa; Keramat AU1 hingga AU5; Kampung Datuk Keramat;   
Taman Keramat (Jalan Enggang); Jalan Jelatek; Wangsa Melawati; Taman Permata;     
Desa Setapak; Taman Sri Rampai; Kampung Kemensah; Taman Dagang Permai;       
Setapak Jaya; Taman Bukit Mas; Taman Hillview; Taman Sri Ukay; Dataran Ukay;       
Ukay Heights; Taman Hijau; Taman Dato' Ahmad Razali; Taman Ampang Utama;   
Kampung Baru Ampang; Kampung Melayu Ampang; Taman Cahaya Indah; 
Taman Kelab Ukay; Bukit Mulia; Bukit Mewah; Pinggiran Ukay; Bukit Jubina;
Villa Sri         Ukay; Ukay Perdana; Ukay Bistari; Kampung Sungai Sering;
Wangsa Ukay; Taman          Zooview; Kampung Pasir Hulu Kelang; Taman Tun Abdul Razak; 
Taman Kosas;  Taman Rasmi Jaya; Taman Uda Jaya; Taman Ampang Indah; Kampung Dato' Mufti; 
Taman Perwira Dua Ampang Jaya; Kemensah Heights; Kemensah Indah;          
Pesona Villa; Kampung Tasek Permai; Kampung Ampang Indah; 
Kampung Ampang Campuran; Kampung Tasek Tambahan; Taman Sri Raya; 
Bandar Baru   Ampang; Ampang Avenue; Taman Pandan Ria (Mesra Ria, Villa); 
Ampang Mewah;    Ampang Jaya; Baverly Heights; Bukit Antarabangsa; 
Bukit Utama; Bukit Jaya;       Taman puncak Utama; Bukit Indah; Kuala Ampang; 
Taman Sering Ukay; Taman Andaman Ukay; Taman Bukit Kemensah; Taman Sri Bayu; 
Kampung Pinggir Tiga; Kampung Tengah Lembah Jaya; Taman Fairuza; Taman Ampang Prima; 
Taman  Grandview Ampang Jaya; Wangsa Maju; Villa Wangsa Mas; Bukit Wangsa Mas;         
Megan Setapak; Taman Permai Jaya Ampang; Taman Tasek Tambahan; 
Ampang Waterfront; Bukit Ampang Permai; Desa Lembah Permai; 
Taman Dagang Jaya/Halaman Indah; Taman Sri Watan; Taman Sri Ampang; Taman Halaman; 
Taman Kesuma; Taman Ampang Saujana; Lembah Jaya Utara; Lembah Jaya Selatan; 
Kampung Muhibbah; Taman Bukit Ampang; Taman Sri Ampang; Danau   Kota (Kawasan A); 
Wangsa Delima; Jalan Usahawan; Taman Wangsa Jaya; 
Taman Andaman Wangsa Maju dan Rampai Niaga Business Park.

Para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini dapat bersabar dan memahami kesulitan yang di alami.

Para pengguna juga disarankan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my

No comments:

Post a Comment