Oleh Raja Faraa. Kredit foto peribadi Madiani.
Madiani Mahdi, isteri kepada pramugara Malaysia Airlines (MAS), Allahyarham Shaikh Mohd Noor Mahmood yang menjadi mangsa nahas pesawat MH17, hari ini berkongsi rasa hatinya bersama kami. Beliau juga bermurah hati berkongsi beberapa keping foto beliau bersama suaminya.
Madiani yang juga merupakan pramugari syarikat penerbangan negara ini melahirkan rasa sedih kerana jenazah suaminya belum lagi dikenalpasti dan tidak dapat dibawa pulang pada Hari Perkabungan Negara, hari ini, 22 Ogos 2014.
“Very sad. As you know jenazah crew lain dah dijumpai cuma ada beberapa krew lagi belum ditemui termasuklah, Shaikh,” ujar Madiani sedih.
“Tetapi saya akan tetap setia menanti dan sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan pencariaannya,” sambung Madiani lagi ketika ditanya mengenai jenazah Shaikh yang belum dijumpai dan dikenalpasti.
Madiani yang kelihatan sangat tenang dan redha dengan tragedi ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu menghulurkan bantuan untuk mencari dan membawa pulang jenazah mangsa.
“Terima kasih kepada JAKIM, MAS, pihak kerajaan Malaysia dan semua pihak lain yang bersungguh-sungguh memberikan komitmen terhadap MH17”
Pesawat MAS MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas pada 17 Julai 2014.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6:10 pagi. Pesawat terbabit membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Sumber: sinarfm
No comments:
Post a Comment