Luahan Hati Olalajuon ...

~ Harapan itu untuk masa depan, bukan untuk masa lalu ~

Tuesday, August 26, 2014

Maryam binti Imran, Miss Universe sebenar


Maryam binti Imran, Miss Universe sebenar
Muslimah perlu meneladani sifat keperibadian Maryam yang solehah dan berakhlak mulia. - Gambar hiasan


NAMA indah Maryam dikongsi oleh ramai wanita di dunia. Nama istimewa ini disebut dalam al-Quran malah diabadikan dengan menamakan sebuah surah yang sering menjadi amalan ibu mengandung.

Maryam melambangkan keperibadian si pemilik nama wanita Bani Israel yang solehah, contoh wanita positif berakhlak mulia.

Asal-usul perkataan ‘Maryam’ meliputi bahasa Ibrani, Aramaik dan Latin bermaksud alim dan suci. Terdapat pelbagai maksud lain namun al-Quran mencatatkan beberapa sifat istimewa mengenai Maryam Binti ‘Imran yang secara langsung menyerlahkan status keperibadian beliau Maryam dan keturunannya sentiasa dipelihara ALLAH SWT daripada syaitan.

Setelah kelahiran Maryam, ibundanya telah berdoa: "... dan bahawasanya aku menamakannya Maryam dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang direjam (yang dikutuk dan disingkirkan).” (Surah Al-Imran: 36)

Wanita yang sedang hamil sepatutnya bertarbiah untuk mengukuhkan hubungan dengan ALLAH melalui ibadah dan amalan soleh. Ibunda Maryam, seawal kandungan lagi telah menazarkan janin yang dikandung kepada ALLAH agar sentiasa dilindungi daripada sebarang  kejahatan.

Ini membuktikan kebijaksanaan ibundanya bahawa masa depan agama suci Islam terletak di bahu ibu yang melahirkan dan membesarkan zuriat yang soleh.

Maryam membesar dengan sempurna di bawah jagaan Nabi Zakaria AS dan dikurniakan rezeki oleh ALLAH: “Maka dia (Maryam) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.

Setiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah daripada ALLAH, sesungguhnya ALLAH memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.” (Surah Ali-Imran: 37)

Oleh kerana niat suci ibundanya, ALLAH telah merahmati Maryam dengan asuhan yang terbaik dan rezeki yang cukup istimewa buat beliau. Segalanya adalah bukti keberkatan ALLAH terhadap Maryam yang sentiasa di bawah perlindunganNya.

Amat menyedihkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang menganggap mempunyai anak perempuan merupakan satu beban menyusahkan keluarga. Walhal, segala rezeki dan ketentuan adalah kuasa mutlak ALLAH Yang Maha Pemurah.

Justeru, setiap ibu bapa perlu meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap ALLAH bahawa setiap anak yang lahir ke dunia mempunyai aturan rezeki yang telah ditetapkan dan mereka bukanlah beban semata-mata.

Malah, anak adalah amanah yang tidak wajar disia-siakan. ALLAH menjamin melalui al-Quran bahawa Maryam adalah gadis yang suci dan hamba-Nya yang taat. Firman-Nya: "Dan Maryam Binti Imran yang menjaga kehormatan dan kesuciannya beliau; dan Kami tiupkan ke dalam (tubuhnya) roh daripada Kami; dan dia mengakui kebenaran kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya, dan merupakan salah seorang yang taat (hamba).” (Surah At-Tahrim: 12)

Ayat ini jelas menyatakan kesucian dan ketaatan Maryam yang dijamin oleh ALLAH. Wanita Muslimah pada hari ini hendaklah sentiasa berlumba-lumba ke arah reda ALLAH kerana ALLAH amat menyayangi wanita yang taat terhadap setiap perintahNya.

Namun apa yang berlaku di zaman ini, wanita amat mementingkan penampilan luarannya dengan berlumba-lumba agar kelihatan menarik tanpa memikirkan nilai sebenar yang lahir daripada keimanan dan ketaatan kepada ALLAH.

Justeru itu, iMuslim Akademi sekali lagi mengambil peluang untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya golongan wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan The Bidadari.

Bertemakan Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh dalam kalangan Muslimah dalam memainkan peranan sebagai pembentuk ummah sejagat di samping membaiki diri ke arah  ketaatan kepada ALLAH.

Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju ALLAH, berkisarkan kisah teladan daripada isteri-isteri, puteri Rasulullah SAW dan sahabat.

Sepanjang tiga tahun lalu, konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia.

Buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen The Bidadari bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos ini.

Konvensyen The Bidadari turut menyasarkan golongan Adam agar turut sama merasai keunikan acara tahunan yang dinanti-nantikan ini. Istimewa buat mereka, School of Sahabah menjanjikan sebuah pengisian mantap dengan memaparkan barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa.

Temui Prof Dr Muhaya, Dr Harlina Halizah Siraj, Dr Zahazan Mohamed dan ramai lagi berserta Duta The Bidadari seperti Mizz Nina, Natasha Hudson dan Ummi Nazeera pada Ogos ini.

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.


Sumber: sinarharian
Posted by ChintaSayang at 1:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

1M4U

1M4U

DRE1M

DRE1M

Followers

HIStats

Total Pageviews

468088

About Me

My photo
ChintaSayang
Jangan takut akan perubahan. Kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik, namun kita akan peroleh sesuatu yang lebih baik lagi...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2016 (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
  • ►  2015 (23)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (20)
  • ▼  2014 (878)
    • ►  December (143)
    • ►  November (95)
    • ►  October (178)
    • ►  September (200)
    • ▼  August (142)
      • Cara Menyelamatkan Diri dari Dajjal di Akhir Zaman
      • Mohon MAS henti saji arak
      • Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di B...
      • Sembilan Rahasia Yahudi
      • Tanda-tanda Seseorang telah Dipengaruhi / Terjebak...
      • (8 GAMBAR) Taktik Keji Dan Jijik Sesetengah Peniag...
      • JIJIK! Gambar Pekerja ‘Bercawat’ Buat Putu Mayam
      • Misi senjata hipersonik AS gagal
      • Kisah Tentera Jepun Bersembunyi Selama 30 Tahun Ke...
      • KEJAM!! Gara-Gara Makan Biskut, Kanak-Kanak Mati D...
      • GAMBAR: Perompak AmBank Bermisai Palsu Ditembak Mati
      • Pakar bedah gila seks dihantar pulang Malaysia
      • Model pakaian muslimah disuruh beraksi ghairah
      • NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KU...
      • BERITA BAIK UNTUK ANDA YANG SEDANG MENCARI DANA UN...
      • Wanita guna Sabit bunuh harimau bintang
      • Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga...
      • Lima maut letupan di Madinah
      • MH17: Lima jenazah, dua abu mayat pulang 2 September
      • 10 perkara yang patut anak perempuan anda tahu seb...
      • (VIDEO) Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhama...
      • Rogol kekasih bawah umur: Remaja dipenjara 5 tahun
      • Mayat bayi di tapak sampah
      • Media Barat Cuba Menjatuhkan MAS Dengan Gambar Pes...
      • TV3 Dikecam Kerana Tidak Peka Pesanan Sharifah Aini
      • Politik: Mengapa Sultan Selangor minta lebih nama
      • Penting!!! Berhati2 semua terutama wanita!!
      • MH370: Kempen rungkai misteri MH370
      • Chef maut digigit kepala ular yang sudah putus
      • Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin
      • Gadis Kelantan berhenti sekolah darjah enam jual t...
      • Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong
      • 7 Perkara Ganjil (Pengalaman Si Pencuri Kain Kafan)
      • "PATUNG ASMARA" JEPUN YANG SEMAKIN REALISTIK (15 G...
      • Apa itu tekanan darah rendah (hipotensi)
      • 5 Tempat Untuk Anda Nikmati Roti Canai Terbaik Di ...
      • RAHSIA BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH
      • MH17: Selepas ini kita mungkin tidak bertemu - All...
      • Maryam binti Imran, Miss Universe sebenar
      • Siew Mei si gadis kental
      • Minum Air Putih di Pagi Hari? Apa Manfaatnya?
      • Penyakit Angin Pasang (Inguinal Hernia)
      • MH17: Penerbangan paling emosi sepanjang 33 tahun ...
      • Tanda-tanda terkena sihir pukau
      • This Woman Drinks 3 Litres Of Water Every Day And ...
      • Singapore Airline Nightmare -11 passengers and one...
      • MH17: MH17: "Saya akan setia menanti…” - Madiani
      • MH17: Perjalanan pulang yang penuh emosi...
      • Isteri mandul benarkan suami 'nikmati' tubuh adik ...
      • Gejala Mati Dalam Tidur - Bahaya Tidur Menghadap K...
      • Terselamat Walaupun Jatuh Ketinggian 33 Ribu Kaki ...
      • MH17: Abu mayat ditabur dalam laut
      • MH17: VIDEO: Video Terakhir daripada Arwah Hamfazl...
      • MH17: Pramugari 'hadiah' nota tulisan tangan
      • MH17: Lapan mangsa MH17 dibawa pulang Sabtu
      • MH17: Gadis Biadap Pertikai Sedekah Al-Fatihah Unt...
      • Gambar Gadis Ini Comel Atau Dirinya Terlampau Kurus
      • GST: Harga rumah dijangka naik
      • Jangan persoal Hari Malaysia Berkabung
      • Drama tebusan dua jam berakhir ejekan
      • Penerbangan MAS ke Tokyo patah balik selepas 50 minit
      • Terjerumus dalam dunia pelacuran
      • Kisah-Kisah Seram di Lebuhraya Karak...
      • Gambar kematian Robin William tersebar...
      • Dua maut ketika ke tempat kerja
      • Hidangan pelik nelayan Vietnam
      • MH17: Kasih Sayang Seorang Ayah Pada Anaknya
      • MH17: Laluan Pergerakan Konvoi Jenazah Pada Hari Ini.
      • MH17: Bapa tidak sabar tatap jenazah Mohd Ali esok
      • Tiga sebab utama pekerja kemuka cuti sakit
      • AMARAN (Ngeri): Gambar Didakwa Mayat Robin William...
      • MH17: Tetap dakwa di Malaysia
      • MH17: ‘Anak awak cukup sifat’
      • MH17: Nama 20 jenazah mangsa tragedi MH17 yang tib...
      • MH 17: 20 jasad dibawa pulang Jumaat ini
      • Rintihan Hati Gadis Lari Ikut Kekasih Ke Indonesia
      • Gadis Cantik Masih Hidup Lepas Jatuh Flat Tingkat 7
      • Rizab Selangor RM3b punca berebut nak jadi MB?
      • MAKNA TAHI LALAT YANG ADA PADA TUBUH BADAN KITA
      • Saksi ceritakan keadaan ngeri anggota polis yang d...
      • Mujahidin Malaysia Gugur Di Syria
      • KEJAM.!!! Seorang Remaja Dibunuh Dan Dimalukan..
      • Lelaki Melayu Isytihar Murtad di Twitter
      • 4 Petua Didik Anak Pintar – Ibu Bapa Mesti Baca!
      • Daging budak RM8 sebungkus
      • Padah menghadap komputer
      • Pelajaran dari tragedi Robin Williams
      • Padah terlalu banyak tindik
      • MH17: Peluang penghormatan terakhir
      • Perkosa 100 mayat
      • MH17: Akur Ali sudah tiada
      • Khasiat Rose Bud (putik bunga ros)
      • Remaja Habuan 6 Rakan, Aksi Seks Dirakam
      • Pembinaan landasan MRT runtuh, 3 disyaki tertimbus
      • Perjanjian ahli sihir David Copperfield dengan jin
      • Suami meraung lihat mayat isteri di bilik bedah
      • 20 Powerful Photos That Show The Severe Reality of...
      • Muhammad nama popular untuk bayi di Britain
      • Exco Majlis Belia Malaysia maut dilanggar lori kon...
      • MH17: 18 keranda, 4 bekas abu dibawa pulang dari B...
    • ►  July (48)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (18)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ►  January (9)
  • ►  2013 (25)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (26)
    • ►  December (4)
    • ►  October (4)
    • ►  September (8)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (27)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (6)
    • ►  March (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (15)
    • ►  December (9)
    • ►  November (6)
Watermark theme. Powered by Blogger.