Berikut adalah gambar lokasi kejadian dan keadaan perompak berkenaan selepas ditembak.
Pemeriksaan polis mendapati dia memakai misai palsu untuk tujuan menyamar dan membawa parang yang disisip di pinggang.
Sebelum tewas di hujung senapang guard, perompak berusia 30-an tersebut telah bertindak berani dengan memasuki bank seorang diri lalu mencurah petrol di hadapan kaunter sambil menjerit mahu melakukan rompakan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang ini dipercayai modus operandi terbaharu di mana jika permintaan perompak tak dituruti maka mereka akan mengancam untuk membakar bank berkenaan.
Bagaimana pun pada kejadian pagi tadi perompak terbabit tidak sempat memanjangkan aksinya apabila pengawal keselamatan bank yang bertugas segera mengejar dan melepaskan tembakan.
Difahamkan pengawal keselamatan tersebut turut tergelincir kerana lantai licin gara-gara petrol yang dicurah namun bidikannya terkena perompak tersebut membuatkannya rebah.
Dipercayai, perompak ini daripada kumpulan sama yang pernah merompak bank terbabit pada 29 Mei lepas dan berjaya melarikan RM60,000.
Jika benar mungkin inilah jawapannya mengapa dia begitu yakin ketika memasuki bank bagi memulakan rompakan hari ini.
Polis masih menyiasat dengan meneliti kamera litar tertutup tentang kemungkinan rakan-rakan perompak terbabit turut berada sekitar bank ketika kejadian tetapi melarikan diri selepas melihat rakan mereka tewas.
Sumber mynewshub.my
No comments:
Post a Comment