Thursday, September 4, 2014

Marah kekasih acah terjun bangunan

Kuala Lumpur: Hanya kerana perselisihan faham kecil, seorang gadis berusia 21 tahun bertindak gila cuba terjun dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Jalan Loke Yew, di sini.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, gadis terbabit dikatakan bertengkar dengan kekasihnya yang tinggal di pangsapuri sama.
Tindakan gadis itu duduk di atas balkoni dalam keadaan kaki terjuntai menyebabkan penduduk di kawasan itu cemas sebelum segera menghubungi pihak bomba dan penyelamat.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah Mohd Rafie Kusni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.25 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Masalah komunikasi menjejaskan sedikit usaha kami memujuk mangsa kerana dia tidak faham bahasa Malaysia sebelum teman lelakinya datang untuk membantu.
“Kami mengambil masa lebih 10 minit untuk memujuknya turun sambil dibantu teman lelakinya itu.
Mangsa akhirnya membatalkan hasrat untuk membunuh diri,” katanya.
Difahamkan, mangsa berselisih faham dengan teman lelakinya sebelum cuba bertindak untuk terjun dari bangunan terbabit.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Foto
WANITA yang cuba terjun dari tingkat 13 pangsapuri di Jalan Loke Yew, semalam.
Sumber: hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment