Kuala Lumpur: “Saya tidak akan berhenti berharap dan tetap menunggu kepulangan suami walau dalam apa jua bentuk sekalipun,” kata Madiani Mahdi, 42, isteri Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, kru kabin pesawat Penerbangan Malaysia MH17.
Shaikh Mohd Noor adalah satu-satunya anak kapal yang masih belum dibawa pulang selepas 14 rakannya yang lain sudah bersemadi dengan ‘tenang’.
Madiani yang juga pramugari MAS berkata, setakat ini, dia diberitahu oleh pihak MAS suaminya masih belum dikenal pasti.
“Walaupun penantian itu satu penyeksaan, saya tetap menunggu kepulangan suami, pasti ada hikmah di sebaliknya kenapa sehingga sekarang jasadnya saja yang tidak dapat dikenal pasti berbanding anak kapal lain.
GAMBAR kenangan Shaikh Mohd Noor (kiri) bersama isteri dan anak.
“Kadang-kadang saya ada terfikir mungkin suami saya masih hidup, jika benar ia berlaku, saya doakan dia sentiasa dilindungi Allah SWT walau di mana jua dia berada,” katanya.
Sumber: hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment